Salah seorang sahabat Rasulullah saw, Rabi'ah Ibn Ka'ab al-Aslami pernah meminta kepada Rasulullah saw:
"Wahai Rasulullah, aku meminta agar aku dapat menemanimu di syurga kelak..."
Baginda kemudiannya berkata: "Atau ada permintaanmu yang lain?"
Lantas Rabiah menjawab: "Itu sahaja yang kupinta, ya Rasulullah.."
Nabi saw bersabda: "Maka bantulah aku untuk itu dengan memperbanyakkan sujud..." (H.R Muslim)
"Bersungguh-sungguhlah kalian berdoa pada waktu sujud kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".
[Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]
"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)" [Hadis Riwayat Imam Tabrani]
Saintis yang membuat kajian menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara di dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Hanya dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan dan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).
Antara lain hikmah sujud:-
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
11. Mengurangkan kegemukan.
12. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
13. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
0 comments:
Post a Comment