“Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i, dan Tirmidzi).
Tarikh-tarikh di bawah mungkin tiada kaitan secara langsung dengan datangnya hari kiamat (mungkin ada, Wallahu a'lam), tapi ini merupakan salah satu dari peringatan-peringatan Allah agar sama-sama kita renungkannya… ‘Kun Fayakun!’ ‘Maka jadilah’ segalanya tanpa ada yang mustahil di sisi-Nya….
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(15-1-2010) Gerhana matahari “hari Jumaat”
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Juga kaitan ayat Al-Quran dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku. Contohnya gempa bumi di Padang (akhir 2009) jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Lihatlah pada Al-Qur’an… mungkin tiada kaitan yang pasti, mungkin juga benar-benar diaturkan Allah sedemikian rupa… Wallahu a’lam. Yang pasti, terasa betapa kerdilnya kita di hadapan Allah swt…
17:16 (Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya?”
17:58 (Al Israa’ ayat 58): ”Tiada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)”.
8:52 (Al Anfaal: 52): “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Beberapa tanda kiamat bersumberkan Hadis:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik, etc etc xlarat nak sebut...
4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..
~ m..masjidnya gah, tapi jemaah xde...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan buruk dengan jiran tetangga.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ na’uzubillah... berapa ramai anak yang menyisihkan ibu bapa/ meninggalkan mereka di rumah orang tua…
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa je para ulama'yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani
~ kita boleh menilai…
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa...?!
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² akan tibanya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian² wanita yang apabila mereka memakainya, keadaan mereka seperti bertelanjang'.
~ teruknya fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)... yang bertudung pun macam tak bertudung jea…
10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani
~ tak caya try gi tengok....
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ tak kira la orang perseorangan ke, TV ke, akhbar ke, majalah² ke…..
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad
~ mcm2 kes ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Subhanallah... semua tanda-tanda nie dah ada + berleluasa dah pun sekarang... Mohon kekuatan dari Allah... agar kita tidak menjadi 'penyumbang' kepada 'kerisaaun' Rasullullah terhadap perilaku teruk + melampau umatnya kini...
0 comments:
Post a Comment