CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 27, 2010

Kau Istimewa...


Ya Rasulullah...

Engkau sangat istimewa di hati kami...

Mampukah kami untuk turut menyintaimu setulus kasih cintamu pada kami...semulus kasih cinta para Sahabatmu terhadapmu, wahai Kekasih Agung...

Rindu dan cinta mereka melebihi kasih mereka terhadap diri dan keluarga mereka sendiri...

... Selepas kewafatan Rasulullah, sahabat2 Baginda bersedih hati yang teramat sangat. Teringat segala kenangan2 manis yang terlalu indah untuk dikenang…segala susah payah.. titisan darah dan air mata Rasullullah untuk mendaulahkan Islam di bumi Mekah dan Madinah… Segala-galanya amat sayu untuk dikenang…Sungguh, cinta mereka terhadap Rasulullah melebihi cinta pada keluarga dan diri mereka sendiri!!

Tidak sanggup menahan kerinduan, antara sahabat yang paling rapat dengan Baginda, Saidina Bilal bin Rabah berhijrah ke Syria. Di sana beliau meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad.

Suatu ketika di Syria beliau telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.

“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muhammad SAW dalam mimpi Bilal.

Sedar dari mimpi, Bilal kesedihan yang amat sangat. Kerinduannya terhadap Rasulullah semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam akan kembali ke Madinah; menziarahi kubur Nabi SAW untuk menghilangkan kerinduannya terhadap Kekasih Agung

Sesampai di Madinah, Bilal terus meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur Nabi, hatinya sudah tidak tertahan lagi, dia menekup mukanya, air mata membasahi seluruh wajah dan janggutnya… Penuh dengan kerinduan dan cinta yang teramat sangat..

Amat pedih mengenangkan segala memori bersama orang yang paling dicintainya.. terbayang keindahan akhlak, ketelusan budi pekerti, kasih sayang Baginda, bahkan segala2nya pada susuk seorang kekasih… itulah Muhammad bin Abdullah… Sesiapa sahaja pasti tertawan, bahkan para sahabat amat menyintai Baginda melebihi segala-galanya…

Bilal kemudiannya berjumpa dengan cucunda Nabi SAW; Hassan dan Hussain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya. Dalam suasana kesedihan itu Hassan dan Hussain berkata, “Wahai Bilal, kami terlalu ingin mendengar azan yang kamu dendangkan”

Pada mulanya Bilal menolak, tapi akhirnya pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan lantas beliau bersedia untuk melaungkan azan.

“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan Madinah kegamatan. Ramai rakyat Madinah terkejut, merindui suara azan Bilal bin Rabah.

Apabila sampai pada laungan, “Asyahadu Anna Muhammad Rasulullah”, kegamatan Madinah itu telah bertukar dengan kedengaran tangisan manusia, menggamit memori mereka bersama Rasullullah.. seakan-akan Baginda masih hidup...

Tangisan itu adalah tangisan kerinduan mereka terhadap Rasulullah SAW. Kerinduan bersama Kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin dan sahabat yang paling dicintai. Subhanallah.. tak dapat digambarkan suasana Madinah saat itu..Suasana yang tersangat hiba..tika semua sahabat menitiskan air mata kerinduan, terasa terlalu berat kehilangan seorang Kekasih.. terasa amat pilu mengenangkan segala kenangan bersama Baginda... Madinah diselubungi tangisan kerinduan yang terlalu amat sangat..

Seusai azan, Bilal jatuh pengsan kerana terlalu sedih. Apabila disedarkan oleh para sahabat, Bilal dengan tangisan yang membasahi seluruh wajah dan janggutnya berkata: "Aku amat rindukan Rasulullah yang sentiasa berada di sisi ku, menjawab setiap bait azan yang aku laungkan... Sungguh, aku amat rindukan suara dan susuk jasad Baginda..."

Subhanallah...

... Tanya pada iman... Rindukah kita pada Baginda...?

... Berbicara pada diri... Andainya aku pernah hidup sezaman dengan manusia paling mulia ini.. menyaksikan segala titisan darah dan air mata yang tertumpah kerana mendaulahkan Islam... menyaksikan segala jerih perit dan halangan yang terpaksa Baginda tempuhi... juga menyaksikan betapa indahnya peribadi Baginda yang penuh dengan kasih sayang dan ketenangan... pasti lahirnya CINTA dan RINDU yang teramat sangat pada Kekasih Allah ini...

... Berbisik pada jiwa... Sekiranya aku berada di sisi Rasulullah sewaktu sakaratul maut Baginda... dan namaku disebut-sebut oleh lidah yang mulia itu sambil menanggung pedihnya sakaratul maut... Aku dikasihi walaupun sebelum kewujudanku!! Subhanallah... ajaibnya cinta Baginda padaku... Aku sentiasa diingati di dalam doa Rasulullah sepanjang hidup Baginda... bahkan disebut-sebut sewaktu hampir menemui ajal.. Istimewakah aku...?

Subhanallah... aku menjadi 'istimewa' kerana menjadi ummat kepada 'Kekasih-MU' yang sangat istimewa... 'Muhammad bin Abdullah'... Nama yang menjadi kerinduan seluruh penduduk langit dan bumi...


Andai dapat kudengari...

"Ummati.. Ummati.."

Aku diingati saat Rasulullah berdepan dengan sakaratul maut..

Bahkan kerana sayang...

Baginda ingin menanggung pedihnya sakaratul maut ummat..

Juga kerana cinta...

Baginda inginkan jaminan keistimewaan pada ummat..


"Ummati.. Ummati.."

Itulah aku... yang sentiasa istimewa di sisi Rasulullah...

Wahai Kekasih...

Inginku jadikan engkau juga

'Amat istimewa' di hatiku...




"Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira'..

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu.."

12 Rabi'ul Awwal







0 comments: