CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 5, 2010

Mereka Saudara Kita...




Jika tidak kerana peperangan, Gaza dikatakan sebuah bandar beriklim Mediterranean yang amat cantik, setara dengan Los Angeles. Beberapa wartawan dari Belgium dan Itali pernah mendakwa, strawberi terbaik di dunia datang dari Gaza!

Gaza ditadbir oleh Hamas yang memenangi pilihanraya secara sah, namun dinafikan haknya oleh Rejim Zionis. Ini kerana Hamas sekali-kali tidak berkompromi dengan Israel dalam segala aspek, termasuk penaklukan haram Israel ke atas Baitul Maqdis and Palestin secara umumnya.

Hamas yang terdiri dari kalangan mereka yang rela mati dalam perjuangan, bersedia bila-bila masa sahaja untuk syahid. Pejuang Hamas dikatakan berjumlah lebih kurang 25,000 orang tanpa sebarang senjata canggih, namun jumlah kematian direkodkan amat sedikit kerana punya semangat juang yang amat tinggi!

Sekatan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Gaza menyebabkan saudara kita di sana kadang kala terpaksa merebus rumput kerana kekurangan makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri.



Di hospital, sebarang pembedahan atau jahitan di kulit etc terpaksa dibuat tanpa bius kerana tiada bekalan ubat yang mencukupi. Yang pasti, kanak-kanak menangis dan menjerit kesakitan apabila luka di kepala dijahit. Mereka menjadi yatim, tiada pendidikan, makanan, keselesaan hidup, bahkan segala aspek kehidupan mereka tidak sempurna berbanding rakan-rakan sebaya di negara Islam yang lain…

Kita di sini, punya segala keselesaan dan kemewahan… tak tertanggung rasanya jika kita ‘di tempat’ mereka…

Bersama kita doakan mereka selepas solat mahupun tika melaksanakan tugas-tugas harian. Doakan kekuatan iman mereka, ketabahan hati dan kemenangan mereka ke atas Yahudi (Zionis) yang tidak pernah berperikemanusian itu. Sumbangkan doa, wang ringgit, dan sedaya yang termampu untuk saudara kita.. UNTUK ISLAM (dan Baitul Maqdis) di Palestin!





0 comments: