CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 7, 2010

Apa Tindakan Kita?



Jom, kita laksanakan beberapa tindakan di bawah:

1. Bangun pagi dengan azam untuk tidak menyumbang apa-apa kepada Yahudi serta menyekat kemaraan mereka. (Misalnya rokok, barang2 keluaran Yahudi serta stesen minyak yang ada kaitan dengan mereka).

2. Solat hajat dan doa moga dihancurkan segala tipudaya dan serangan Yahudi/ Israel.

3. Solat Subuh berjemaah di masjid. (Yahudi amat takutkan apabila umat Islam menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat Jumaat)

4.Setiap hari membaca, mempelajari dan memahami al-Quran.

5. Memastikan sunnah Rasulullah SAW diutamakan dan diamalkan.

6.Tanamkan dan sebarkan kesedaran indahnya hidup beragama melalui SMS, email, CD, risalah, blog dan lain-lain.

7. Hadiri majlis ilmu atau membaca bahan bacaan yang mengukuhkan kefahaman kita tentang kejahatan dan tipudaya Yahudi kepada orang Islam.

8.Ziarah dan bertanya khabar (sms atau email) sesama Muslim.

9. Memperuntukkan sumbangan kepada tabung kebajikan dan dakwah setiap hari.

10. Sedaya mungkin memboikot barangan yang ada kaitan dengan ekonomi Yahudi.

11.Menyokong dan menyertai mana-mana aktiviti bantahan kepada Yahudi.

12. Memboikot semua rancangan media yang berbentuk hiburan maksiat serta merosakkan akhlak remaja Islam.

13. Menjalankan program yang membina iman ahli keluarga.

14. Membantu menjayakan program di masjid bagi menyemarakkan roh Islam.

15. Memperbanyakkan bacaan doa Qunut Nazilah

16. Bermuhasabah tindakan setiap hari, apakah menguntungkan Yahudi? Kemudian beristigfar dengan dosa serta berazam tidak akan memberi apa2 sumbangan kepada Yahudi.

(Credit to Al-Fadhil Ustaz Zainul Asri Hj Ramli, Ummu Hani)



Geram dan Marah, tapi..?



Pasti ramai yang geram dan marah dengan tindakan Zionis Yahudi yang tidak berperikemanusiaan, tapi...

masih buat-buat lupa pada 'suntikan jarum Zionis' yang dah berakar umbi dalam masyarakat ~ rokok, dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tak solat, budaya hedonisme dan dualisme etc. Maka, tindakan terbaik untuk menunjukkan penentangan dan kemarahan adalah dengan menentang sekeras-kerasnya idealism dan gaya hidup yang dibawa oleh Yahudi dan 'kuncu-kuncunya'!

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


Petikan artikel Ustaz Pahrol Mohd Juoi:

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat?"

Mari demonstrasi hari-hari..



Saturday, June 5, 2010

Mereka Saudara Kita...




Jika tidak kerana peperangan, Gaza dikatakan sebuah bandar beriklim Mediterranean yang amat cantik, setara dengan Los Angeles. Beberapa wartawan dari Belgium dan Itali pernah mendakwa, strawberi terbaik di dunia datang dari Gaza!

Gaza ditadbir oleh Hamas yang memenangi pilihanraya secara sah, namun dinafikan haknya oleh Rejim Zionis. Ini kerana Hamas sekali-kali tidak berkompromi dengan Israel dalam segala aspek, termasuk penaklukan haram Israel ke atas Baitul Maqdis and Palestin secara umumnya.

Hamas yang terdiri dari kalangan mereka yang rela mati dalam perjuangan, bersedia bila-bila masa sahaja untuk syahid. Pejuang Hamas dikatakan berjumlah lebih kurang 25,000 orang tanpa sebarang senjata canggih, namun jumlah kematian direkodkan amat sedikit kerana punya semangat juang yang amat tinggi!

Sekatan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Gaza menyebabkan saudara kita di sana kadang kala terpaksa merebus rumput kerana kekurangan makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri.



Di hospital, sebarang pembedahan atau jahitan di kulit etc terpaksa dibuat tanpa bius kerana tiada bekalan ubat yang mencukupi. Yang pasti, kanak-kanak menangis dan menjerit kesakitan apabila luka di kepala dijahit. Mereka menjadi yatim, tiada pendidikan, makanan, keselesaan hidup, bahkan segala aspek kehidupan mereka tidak sempurna berbanding rakan-rakan sebaya di negara Islam yang lain…

Kita di sini, punya segala keselesaan dan kemewahan… tak tertanggung rasanya jika kita ‘di tempat’ mereka…

Bersama kita doakan mereka selepas solat mahupun tika melaksanakan tugas-tugas harian. Doakan kekuatan iman mereka, ketabahan hati dan kemenangan mereka ke atas Yahudi (Zionis) yang tidak pernah berperikemanusian itu. Sumbangkan doa, wang ringgit, dan sedaya yang termampu untuk saudara kita.. UNTUK ISLAM (dan Baitul Maqdis) di Palestin!





Tuesday, June 1, 2010

Sungguh Melampau!


Apa lagi yang mereka mahu? Tidak pernah puas! Sudahlah tanah Palestin dijajah sesuka hati, saudara-saudara kita di Palestin dibunuh tanpa belas kasihan bertahun-tahun lamanya.. Jika ada perkataan yang lebih kejam dari ‘kejam, biadab dan melampau’, itulah dia gambaran buat rejim Zionis Laknatullah!

Gaza yang telah dikepung oleh rejim Zionis lebih dari 3 tahun ~ merangkumi kawasan darat, laut dan udara ~ telah terhalang daripada mendapat barang-barang keperluan dan keluar masuk manusia dari Semenanjung Gaza sejak 35 bulan lalu.

1.4 juta saudara kita di Palestin terpaksa hidup bersesak-sesak di dalam kawasan yang kecil. Lebih daripada separuh populasi penduduk Gaza terdiri daripada kanak-kanak dan hampir 80% daripada mereka terpaksa hidup dalam kedaifan. 90% sumber air semulajadi mereka pula tidak boleh diminum. Manakala sekolah dan khidmat kesihatan semakin buruk sejak Zionis menyerang Gaza pada 2008-2009.

Sungguh melampau dan biadab tindakan Laknatullah Israel apabila bantuan kemanusian yang dihulurkan turut dihalang. Flotilla Kebebasan yang terdiri daripada 9 buah kapal; membawa misi bantuan kemanusiaan dan penyertaan 700 aktivis dari 50 buah negara telah bertolak pada hari Ahad (30/5: 4 petang) dari tempat berhimpun menuju ke pelabuhan Gaza setelah menunggu selama 3 hari di perairan antarabangsa (di kawasan pantai Cyprus) supaya kapal-kapal yang turut serta dapat berkumpul di situ. Tiba di perairan Gaza pada pagi 31/5/2010.



Diserang dan dibunuh sebilangan aktivis yang tidak bersalah. Undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan (termasuk ketika mereka berkeras menolak pelaksanaan resolusi antarabangsa berkaitan penghapusan kepungan ke atas Gaza) langsung tidak dihormati.

Apalah cuma dengan sedikit bantuan kemanusiaan berupa ubat-ubatan dan makanan untuk saudara kita di sana… Memang sungguh melampau!!


Pautan:

http://palestinkini.info/

http://www.lifeline4gaza.org/

http://twitter.com/sahabatalaqsha