CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 25, 2010

Dunia di Penghujung Nyawa


“Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i, dan Tirmidzi).

Tarikh-tarikh di bawah mungkin tiada kaitan secara langsung dengan datangnya hari kiamat (mungkin ada, Wallahu a'lam), tapi ini merupakan salah satu dari peringatan-peringatan Allah agar sama-sama kita renungkannya… ‘Kun Fayakun!’ ‘Maka jadilah’ segalanya tanpa ada yang mustahil di sisi-Nya….

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(15-1-2010) Gerhana matahari “hari Jumaat”

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Juga kaitan ayat Al-Quran dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku. Contohnya gempa bumi di Padang (akhir 2009) jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Lihatlah pada Al-Qur’an… mungkin tiada kaitan yang pasti, mungkin juga benar-benar diaturkan Allah sedemikian rupa… Wallahu a’lam. Yang pasti, terasa betapa kerdilnya kita di hadapan Allah swt…


17:16 (Al Israa’ ayat 16):
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya?”

17:58 (Al Israa’ ayat 58):
”Tiada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)”.

8:52 (Al Anfaal: 52): “
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


Beberapa tanda kiamat bersumberkan Hadis:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik, etc etc xlarat nak sebut...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ m..masjidnya gah, tapi jemaah xde...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan buruk dengan jiran tetangga.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ na’uzubillah... berapa ramai anak yang menyisihkan ibu bapa/ meninggalkan mereka di rumah orang tua…

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa je para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ kita boleh menilai…

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa...?!

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² akan tibanya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian² wanita yang apabila mereka memakainya, keadaan mereka seperti bertelanjang'.

~ teruknya fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)... yang bertudung pun macam tak bertudung jea…

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya try gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ tak kira la orang perseorangan ke, TV ke, akhbar ke, majalah² ke…..

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ mcm2 kes ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


Subhanallah... semua tanda-tanda nie dah ada + berleluasa dah pun sekarang... Mohon kekuatan dari Allah... agar kita tidak menjadi 'penyumbang' kepada 'kerisaaun' Rasullullah terhadap perilaku teruk + melampau umatnya kini...



Friday, March 19, 2010

Pada Merahnya Darah..


Pada merahnya setitis darah…

Tersingkap seribu satu rahsia

Keajaibannya mempesona iman

Terkaku tika memikirkan

Betapa hebatnya Rabbi.. ‘Pemilik dan Pencipta’

Walau cuma setitis darah

Namun tanpanya, tiadalah ‘kehidupan’…


Fakta tentang DARAH:

· 7-8% dari berat badan manusia terdiri daripada darah.

· Darah berfungsi mengangkut oksigen dan nutrient kepada sel dan menyingkirkan karbon dioksida, ammonia dan bahan buangan yang lain.

· Juga berfungsi dalam sistem pertahan badan (immune system) dan menstabilkan suhu badan.

· Terdiri dari 4 komponen utama: sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma.


1. Sel darah merah (red blood cell/ erythrocyte):


· 40-50% dari jumlah keseluruhan darah.

· Diameter : 0.0003 inci/ 6-8 µm/ ketebalan: 2 µm.

· 95% dari RBC terdiri dari molekul hemoglobin.

· 1 RBC mempunyai 270,000,000 molekul hemoglobin.

· Terdapat 25 trillion erythorcyte di dalam badan manusia

· Setiap mikroliter darah mengandungi 4-5 juta RBC.

· Setiap saat hampir 2.5 juta erythrocyte dihasilkan.

· 900 juta erythrocyte dihasilkan setiap jam.

· Setiap titis darah mengandungi 250 juta erythrocyte.

· Jangka hayat sel darah merah adalah 120 hari.

· 10 juta sel darah merah mati setiap saat dan 200 bilion sel baru dihasilkan setiap 4 bulan.


2. Sel darah putih (White blood cell/ leukocyte)

· Dalam setitik darah terdapat 400,000 ‘tentera kecil’ yang dikenali sebagai leucocyte.

· Berfungsi sebagai sistem pertahanan badan yang terdiri dari antibody, etc.

· 1 inci padu mengandungi antara 7–10 juta leucocyte.

· 4,000–11,000 sel darah putih dalam setiap mikroliter darah.

· 4×109 and 1.1×1010 sel darah putih dalam 1 liter darah (1% darah).

· Terdiri daripada Granulocyte (neutrophil, basophil, eosinophil) dan Agranulocyte (lymphocyte [B cell, T cell, NK cell], monocyte, macrophage).

· Tempoh hayat antara 18-36 jam, sesetengahnya mampu bertahan beberapa tahun.



3. Platelet/ thrombocyte

· 150,000–400,000 platelet dalam setiap mikroliter darah (150–450 x 109/L)

· Diameter: 2-3 µm

· Tempoh hayat antara 8-12 hari

· 1 x 1011 platelet baru dihasilkan setiap hari

· Penting dalam proses pembekuan darah


4.. Plasma

· Cecair jernih (92% air)

· 55% kandungan darah terdiri daripada plasma.

· Mengandungi factor pembekuan darah, gula, lipid, vitamin, mineral, hormon, enzim, antibodi dan protein.



Subhanallah..

Bagi hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir dan bertafakur,

Setitis darah yang pada zahirnya sekadar cairan merah

Punya ‘keajaiban’ untuk dikagumi..




Neurology Test


Have a try!! (^_^)v

1- Cari Huruf 'C' dalam deretan 'O' di bawah nie:

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO


2- No 6?

99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999


3 - Huruf 'N'?

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM


Alhamdulillah... This is NOT a joke. Your brain is great and you're far from having a close
relationship with Alzheimer (^_^)v

Another 1 test:

Only great minds can read this
This is weird, but interesting!

If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!





Monday, March 15, 2010

Sanah Helwah!



14 March 2010.. Alhamdulillah atas nikmat usia yang masih dipanjangkan hingga saat ini.. Maha Suci Allah yang Amat Penyayang.. yang meminjamkan hamba-Nya dengan limpahan kasih sayang yang tidak pernah putus..

Alhamdulillah, thummal hamdulillah... atas nikmat Iman dan Islam, kesihatan, keluarga yang amat penyayang, sahabat2/ teman2 sekeliling yang menyeronokkan, kehidupan yang cukup bahagia dan tenang... Subhanallah... Terima kasih, ya Allah.. Tidakku termampu untuk mengungkapkan dengan kata-kata..

Bertambahnya usia, bermakna Allah telah memendekkan lagi jarak 'pertemuan' dengan-Nya.. semakin berkurang tempoh untuk beramal.. semakin kubur mempersiapkan tempat.. semakin bersedia Izrail datang menjemput.. dan semakin dekat amalan diperhitungkan.. La Haula wa la Quwwata illa Billah..

Sambutan 'hari lahir' / birthday celebration bukanlah dengan banyaknya ucapan dan hadiah yang diterima, tetapi dengan banyaknya muhasabah dan ingatan bahawa 'baki' pinjaman usia ini sudah semakin singkat buat kita.. namun di mana tahap amalan, tahap akhlaq dan peribadi, tahap iman dan taqwa, tahap 'bekalan' untuk dibawa 'pulang' kelak... Subhanallah.. Moga 'hari lahir' ini benar-benar menjadi 'peringatan' buatku..

Allah menukilkan kata-kata Nabi Isa a.s. dalam Surah Maryam (19:33) agar kita memperingati '3 hari' yang amat penting dalam susur perjalanan kita sebagai hamba-Nya:

"And there is a greeting of “salaam” upon me from Allah, the day I was born, the day I will die which will be during the end of times after descending from heaven, and on the Day of Judgment wherein I will be resurrected alive"

"Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku dilahirkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)


(Maryam, 19:33)

Hari lahir adalah hari untuk dikenang.. Hari kita telah berjanji dan bersedia menerima amanah.. sebagai hamba, sebagai khalifah.. Namun kita seringkali dilekakan oleh penipuan-penipuan dunia.. Hingga terlupa, kita pernah menukilkan penyaksian dan perjanjian bahawa kita cuma seorang hamba.. yang menyaksikan Allah itu adalah Tuhan yang selayaknya dipatuhi dan ditaati dalam segenap ruang kehidupan sebagai hamba dan khalifah yang mentadbir bumi pinjaman-Nya..

Justeru, kita 'diingatkan' kembali akan perjanjian itu di dalam Al-Quran:

"Alastu birabbikum " (Bukankah Aku ini Tuhanmu)?
Jawapan kita adalah: "Qaaluu balaa Syahidnaa",
(Benar, Wahai Tuhanku, kami semua menjadi saksi).

And [mention] when your Lord took from the children of Adam - from their loins - their descendants and made them testify of themselves, [saying to them], "Am I not your Lord?" They said, "Yes, we have testified." [This] - lest you should say on the day of Resurrection, "Indeed, we were of this unaware."

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di Hari Kiamat kamu tidak mengatakan, ‘Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).”

Al-A'raf: 172


Mungkin jua tangisan bayi itu adalah tangisan roh yang terlalu takut menghadapi dunia setelah mengikat 'janji' dan menerima 'amanah' yang terlalu berat ini.. takut tak terlaksana segala janji di hadapan Allah suatu ketika dahulu.. bimbang tak tergalas segala amanah sebagai seorang hamba yang taat kepada Tuhannya..

Masa semakin berlalu.. Maka hiduplah kita dengan 'sewenang-wenangnya'.. alpa segala janji.. lupa segala amanah.. Kerana itulah peringatan-peringatan Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah patut 'diambil peduli'.. kerana roh kita seringkali dilupakan dan dilalaikan oleh dunia, syaitan dan nafsu..

Kenanglah 'hari lahir' kita... hari kita bersedia menerima amanah tersebut.. hari roh kita masih di dalam 'fitrah', masih suci dan baik.. Moga sepanjang perjalan ini, kita tetap di dalam fitrah Islam dan Iman.. hingga satu saat roh kita 'berehat' dari dilalaikan oleh dunia, syaitan dan nafsu..

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?



"Ya Allah...
Kami mohon kekuatan dari-Mu jua..
Semoga sisa hidup ini takkan terbuang lagi...
Setiap detik masa sentiasa dalam ketaatan kepada-Mu.."

Thursday, March 11, 2010

Tawar dan Masin Berdampingan



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan);
yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit;
dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas
yang menghalangi." (Al Furqan : 53)



Penggemar rancangan Discovery pasti mengenali Mr.Jacques Yves Costeau , seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/ tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Beliau mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun beliau belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga pada suatu hari Mr. Costeau bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian beliau pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor tersebut teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..” Ertinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surah Al Furqan ayat 53 di atas.



Selain itu dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tetapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan". Ertinya: "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an tersebut melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20!
Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika beliau pun memeluk Islam.



Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Apabila seorang sahabat bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah mengingati mati dan lazimilah membaca Al Quran."

Di Cenote Angelita , Mexico, terdapat sebuah gua yang mana jika seseorang menyelam dengan kedalaman 30 meter, airnya adalah air segar (tawar), namun jika menyelam dengan kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin. Di sana mereka yang pernah menyelam ke dasarnya dapat melihat sebuah "sungai" yang lengkap dengan pohon dan daun-daunan.


Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa itu bukanlah sungai biasa, bahkan merupakan lapisan hidrogen sulphide yang membentuk sungai... luar biasa bukan? Subhanallah… Betapa hebatnya rahsia lautan milik Rabbul Jalil...