CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 8, 2010

Hijrah...



Subhanallah…

Cepatnya masa berlalu.. Telah tiba tahun baru 1432H dan akan hadir tahun baru 2011M kurang sebulan lagi. Bermakna semakin singkat tempoh menumpang di dunia ini.. dan makin hampir tempoh tinggal keseorangan di alam kubur.. makin rapat saat kepanasan menunggu hisab.. juga bertambah dekatnya diri ini dengan syurga atau neraka… Allahu Akbar!

Mengimbas kisah Hijrah… Untuk menyelamatkan Iman dan Islam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sanggup meninggalkan tanah air tercinta, segala harta kemewahan di Mekah dan saudara2 terdekat yang amat disayangi, menuju ke daerah asing di Madinah tanpa mengetahui untung nasib menumpang di sana. Hijrah hanya kerana Allah, kerana ingin menyelamatkan Iman dan memperjuangkan Islam agar terus berkembang membina tamadun.



Islam berkembang menguasai 2/3 dunia bermula dengan perit jerih pengorbanan Rasulullah s.a.w., dengan tertumpahnya darah para syuhada, serta dengan mantapnya iman para mujahidin.. seawal 1 hijrah yang lalu..

Kini selepas 1,432 tahun berlalu, masih berkobarkah semangat jihad Rasulullah dan para mujahidin terdahulu dalam sanubari kita? Masih terkesankah kita akan darah-darah yang tumpah membasahi bumi demi memperjuangkan Islam? Kisah perjuangan agung demi memartabatkan Islam…

Kini.. ketandusan nilai tauhid, akidah, ibadah, akhlak dan segala-galanya tentang Islam semakin berleluasa. Nilai dunia menjadi ‘mahal’ dan akhirat pula semakin ‘murah’ nilainya. Kerana nilai dunia yang ‘mahal’, ramai manusia mengejar apa yang ada pada dunia ini.. padahal hakikatnya hanya sementara tak berharga! Nilai akhirat (dan syurga) menjadi semakin ‘murah’.. maka tinggallah Islam hanya pada nama. Tiada taqwa dan iman menghiasi hakikat Islam…

Allahu Akbar! Kita dimuliakan kerana Islam. Jika tidak diamalkan syiar Islam ini, tidak dihiasinya dengan iman dan taqwa.. maka layakkah kita menghuni taman-taman syurga kelak? Yang wajib laksanakanlah.. solat, puasa, zakat, etc. Yang haram tinggalkanlah... Arak, rokok dan dadah adalah contoh mudah. Yang sunat perbanyakkanlah, agar kita semakin ‘disayangi’ Allah… Quran pastikan sentiasa dibaca dan difahami, hiasi solat dengan solat sunat dan qiamullail, berakhlaq dengan akhlaq Islam, etc. Dan sewajarnya sesuatu yang makruh dan harus, diteliti sebaik mungkin agar segala amal dan tindakan sentiasa bersesuaian dengan iman…

Maka di sinilah erti hijrah.. Hijrah untuk memantapkan iman menghiasi Islam kita.. menjaga syariah, ibadah, akhlak, mu’amalah, budi dan adab. Menjadi hamba yang disenangi Allah, menjadi anak yang menyejukkan mata dan hati ibu bapa, menjadi orang yang membahagiakan pasangan + saudara + teman dan orang di sekelilingnya. Hijrah perlukan pengorbanan… Mohon pada Allah untuk diberi kekuatan agar terus istiqamah melalui jalan ini…

Ya Allah… mudahkanlah…

0 comments: