CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 30, 2010

Hebatnya Anugerah Otak..




Otak manusia merupakan satu organ yang sangat hebat, di mana ia berupaya menyesuaikan diri dan berkembang serta membentuk neuron-neuron baru sepanjang hayat. Otak memantau dan mengawal segala aktiviti jasad, juga berfungsi sebagai tempat simpanan perasaan, memori dan emosi.


Allahu Akbar! Begitu kompleks nya anugerah minda dan otak…


· Otak manusia berupaya menyimpan maklumat 5 kali ganda berbanding encyclopedia. Subhanallah..
· Otak terdiri daripada lebih 100 billion sel saraf yang ‘membentuk’ siapa diri kita (melalui terzahirnya perasaan dan emosi seseorang bermula dari minda)
· Otak manusia mempunyai berat sekitar 3 pounds /1.36 kg.
· Mempunyai salur darah sepanjang 100,000 batu / 160,900 km (jika jumlahnya disusun secara bersambung). Subhanallah!
· Secara kasarnya otak terdiri daripada 80% air (unsur utama binaan sel juga terdiri daripada 80% air)
· Organ ini menggunakan hampir 20% sumber tenaga daripada sistem badan.
· Saiz otak bayi akan membesar 3 kali ganda sepanjang tahun pertama kelahirannya. Pertumbuhan sel-sel otak mencapai saiz penuh sekitar berumur 6 tahun.
· Otak lebih aktif berfungsi pada waktu malam. Sewaktu kita tidur, otak semakin ligat menjalankan fungsi seperti membaiki sel dan kulit yang telah mati serta menyusun atur semula segala maklumat di dalam memori. Kebiasaannya, kita mempunyai lebih kurang 5 mimpi setiap malam.




· Makanan yang penting untuk menjaga kesihatan otak adalah seperti:
- Omega-3: Dapat menjauhkan sifat pelupa dan menajamkan minda.
- Makanan yang mempunyai vitamin C: Meransang keupayaan minda.
- Kafein (dalam jumpah yang sederhana): Meningkatkan konsentrasi.
- Vitamin K (dalam brokoli): Menajamkan fugsi berfikir.
- Vitamin E: Mengelakkan pengurangan memori.
- Magnesium: Melindungi otak dan saraf-saraf yang saling berhubung.
- Folate: Bagus untuk pertumbuhan sel-sel otak.





· Setiap hari kita kehilangan 100,000 sel otak (apoptosis), namun terdapat beberapa cara untuk merangsang otak, membaikpulih fungsinya serta mencegah daripada nyanyuk:
- Latih otak untuk sentiasa membaca, terutamanya Al-Quran.
- Belajar bahasa asing.
- Permainan menguji minda seperti Sudoku, Scrabble, teka silang kata.
- Mengasah skill intellectual.
· Neuron akan sentiasa berkembang sepanjang kehidupan, oleh sebab itu kita harus sentiasa ‘mengilap’ ransangan dan fungsi otak.. (Baca: 70 cara untuk meningkatkan kehebatan ransangan minda: http://www.mindpowernews.com/BrainPower.htm)








0 comments: