CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 30, 2010

Hebatnya Anugerah Otak..




Otak manusia merupakan satu organ yang sangat hebat, di mana ia berupaya menyesuaikan diri dan berkembang serta membentuk neuron-neuron baru sepanjang hayat. Otak memantau dan mengawal segala aktiviti jasad, juga berfungsi sebagai tempat simpanan perasaan, memori dan emosi.


Allahu Akbar! Begitu kompleks nya anugerah minda dan otak…


· Otak manusia berupaya menyimpan maklumat 5 kali ganda berbanding encyclopedia. Subhanallah..
· Otak terdiri daripada lebih 100 billion sel saraf yang ‘membentuk’ siapa diri kita (melalui terzahirnya perasaan dan emosi seseorang bermula dari minda)
· Otak manusia mempunyai berat sekitar 3 pounds /1.36 kg.
· Mempunyai salur darah sepanjang 100,000 batu / 160,900 km (jika jumlahnya disusun secara bersambung). Subhanallah!
· Secara kasarnya otak terdiri daripada 80% air (unsur utama binaan sel juga terdiri daripada 80% air)
· Organ ini menggunakan hampir 20% sumber tenaga daripada sistem badan.
· Saiz otak bayi akan membesar 3 kali ganda sepanjang tahun pertama kelahirannya. Pertumbuhan sel-sel otak mencapai saiz penuh sekitar berumur 6 tahun.
· Otak lebih aktif berfungsi pada waktu malam. Sewaktu kita tidur, otak semakin ligat menjalankan fungsi seperti membaiki sel dan kulit yang telah mati serta menyusun atur semula segala maklumat di dalam memori. Kebiasaannya, kita mempunyai lebih kurang 5 mimpi setiap malam.




· Makanan yang penting untuk menjaga kesihatan otak adalah seperti:
- Omega-3: Dapat menjauhkan sifat pelupa dan menajamkan minda.
- Makanan yang mempunyai vitamin C: Meransang keupayaan minda.
- Kafein (dalam jumpah yang sederhana): Meningkatkan konsentrasi.
- Vitamin K (dalam brokoli): Menajamkan fugsi berfikir.
- Vitamin E: Mengelakkan pengurangan memori.
- Magnesium: Melindungi otak dan saraf-saraf yang saling berhubung.
- Folate: Bagus untuk pertumbuhan sel-sel otak.





· Setiap hari kita kehilangan 100,000 sel otak (apoptosis), namun terdapat beberapa cara untuk merangsang otak, membaikpulih fungsinya serta mencegah daripada nyanyuk:
- Latih otak untuk sentiasa membaca, terutamanya Al-Quran.
- Belajar bahasa asing.
- Permainan menguji minda seperti Sudoku, Scrabble, teka silang kata.
- Mengasah skill intellectual.
· Neuron akan sentiasa berkembang sepanjang kehidupan, oleh sebab itu kita harus sentiasa ‘mengilap’ ransangan dan fungsi otak.. (Baca: 70 cara untuk meningkatkan kehebatan ransangan minda: http://www.mindpowernews.com/BrainPower.htm)








Thursday, December 23, 2010

Breakfast ~ Penting Ke?




Saya tertarik membaca 1 hasil kajian terbaru (2010) yang menyatakan tabiat meninggalkan sarapan pagi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.


Kajian selama 20 tahun yang melibatkan 2,184 peserta menunjukkan mereka yang tidak bersarapan dan terus ke tempat kerja dengan perut yang kosong berisiko untuk mendapat:


· Obesiti
· Peningkatan paras cholesterol
· Pertambahan lemak di sekeliling pinggang
· Tanpa bersarapan, level insulin yang dirembeskan menjadi semakin tinggi, seterusnya meningkatkan risiko diabetes.





Sebab utama kita perlu menjamah sarapan pagi:


· Sarapan boleh meningkatkan metabolism badan. Menjamah walaupun sedikit roti/ bun adalah lebih baik dari meninggalkan terus makan pagi.
· Peningkatan metabolism badan berupaya mencegah kenaikan berat badan.
· Tidak bersarapan menyebabkan badan kita mula menyimpan lemak.
· Sarapan juga melancarkan system pencernaan.
· Mencerdaskan daya ingatan, tumpuan, dan sistem pertahanan badan (immunity).

Jika berpuasa, makan sahur adalah sunat muakkad yang paling ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. Betapa pentingnya anjuran ini, maka bersahur atau bersarapanlah sesuainya…

Wednesday, December 8, 2010

Hijrah...



Subhanallah…

Cepatnya masa berlalu.. Telah tiba tahun baru 1432H dan akan hadir tahun baru 2011M kurang sebulan lagi. Bermakna semakin singkat tempoh menumpang di dunia ini.. dan makin hampir tempoh tinggal keseorangan di alam kubur.. makin rapat saat kepanasan menunggu hisab.. juga bertambah dekatnya diri ini dengan syurga atau neraka… Allahu Akbar!

Mengimbas kisah Hijrah… Untuk menyelamatkan Iman dan Islam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sanggup meninggalkan tanah air tercinta, segala harta kemewahan di Mekah dan saudara2 terdekat yang amat disayangi, menuju ke daerah asing di Madinah tanpa mengetahui untung nasib menumpang di sana. Hijrah hanya kerana Allah, kerana ingin menyelamatkan Iman dan memperjuangkan Islam agar terus berkembang membina tamadun.



Islam berkembang menguasai 2/3 dunia bermula dengan perit jerih pengorbanan Rasulullah s.a.w., dengan tertumpahnya darah para syuhada, serta dengan mantapnya iman para mujahidin.. seawal 1 hijrah yang lalu..

Kini selepas 1,432 tahun berlalu, masih berkobarkah semangat jihad Rasulullah dan para mujahidin terdahulu dalam sanubari kita? Masih terkesankah kita akan darah-darah yang tumpah membasahi bumi demi memperjuangkan Islam? Kisah perjuangan agung demi memartabatkan Islam…

Kini.. ketandusan nilai tauhid, akidah, ibadah, akhlak dan segala-galanya tentang Islam semakin berleluasa. Nilai dunia menjadi ‘mahal’ dan akhirat pula semakin ‘murah’ nilainya. Kerana nilai dunia yang ‘mahal’, ramai manusia mengejar apa yang ada pada dunia ini.. padahal hakikatnya hanya sementara tak berharga! Nilai akhirat (dan syurga) menjadi semakin ‘murah’.. maka tinggallah Islam hanya pada nama. Tiada taqwa dan iman menghiasi hakikat Islam…

Allahu Akbar! Kita dimuliakan kerana Islam. Jika tidak diamalkan syiar Islam ini, tidak dihiasinya dengan iman dan taqwa.. maka layakkah kita menghuni taman-taman syurga kelak? Yang wajib laksanakanlah.. solat, puasa, zakat, etc. Yang haram tinggalkanlah... Arak, rokok dan dadah adalah contoh mudah. Yang sunat perbanyakkanlah, agar kita semakin ‘disayangi’ Allah… Quran pastikan sentiasa dibaca dan difahami, hiasi solat dengan solat sunat dan qiamullail, berakhlaq dengan akhlaq Islam, etc. Dan sewajarnya sesuatu yang makruh dan harus, diteliti sebaik mungkin agar segala amal dan tindakan sentiasa bersesuaian dengan iman…

Maka di sinilah erti hijrah.. Hijrah untuk memantapkan iman menghiasi Islam kita.. menjaga syariah, ibadah, akhlak, mu’amalah, budi dan adab. Menjadi hamba yang disenangi Allah, menjadi anak yang menyejukkan mata dan hati ibu bapa, menjadi orang yang membahagiakan pasangan + saudara + teman dan orang di sekelilingnya. Hijrah perlukan pengorbanan… Mohon pada Allah untuk diberi kekuatan agar terus istiqamah melalui jalan ini…

Ya Allah… mudahkanlah…

Friday, December 3, 2010

Proud To Be Muslim