Sudah la lemah sebegitu rupa, permulaan hidup di dunia juga tidak punya apa-apa.. lantas diberi pinjam pelbagai nikmat berupa keluarga, kesihatan, sedikit ilmu dan harta.. maka membesarlah insan ini dengan semua ‘barang pinjaman’. Akan tetapi, semakin banyak ‘barang pinjam’ yang diperolehinya, semakin sombong, riak dan takabbur pula insan tersebut. Makin culas untuk beribadat, makin tidak taat pada Pemberi semua ‘nikmat’ tersebut.. Sungguh menghairankan!!
[Rujukan lanjut: Surah Al-Mu'minun (ayat 12, 13 & 14), Surah Al-Mursalaat (ayat 20-23), Surah Ali-'Imran (ayat 6), Surah Yaasin (ayat 77), Surah As-Sajadah (ayat 7-9), Surah Al-Hajj (ayat 5)].
Kisah bermula apabila hanya satu sel telur (ovum) yang keluar dari ovari (lebih kurang selepas dua minggu dari hari pertama period) melalui tube fallopian, menanti untuk disenyawakan. Terdapat cuma satu sel sperma dari 40-150 juta sperm yang berenang akan berjaya menembusi sel telur tersebut. Jangka hayat sperm hanya mampu hidup dalam masa 48-72 jam. Bukan mudah, hanya tinggal beberapa ratus sperm yang berjaya merintangi halangan sepanjang perjalanan ke tube fallopian. Subhanallah... kita memang juara sedari awal penciptaan kita…
Persenyawaan berlaku di mana sperm menembusi ovum di tube fallopian. Proses persenyawaan mengambil masa selama 24 jam. Selepas itu, perubahan berlaku pada permukaan sel yang telah disenyawakan untuk mengelakkan sperm lain dari menembusi ovum tersebut. Gabungan genetik telah sempurna pada saat persenyawaan berlaku, termasuk penentuan jantina fetus tersebut.
Satu-satunya sel yang telah disenyawakan tadi mula membahagi dan berkembang menjadi semakin banyak sel. Sel tersebut meninggalkan tube fallopian dan mula memasuki uterus antara hari ketiga dan keempat selepas persenyawaan. Penempelan berlaku di dinding uterus (endometrium). Sel tersebut (inilah permulaan kita) terus membahagi dan berkembang.
Selepas penempelan,sesetengah sel berkembang menjadi placenta manakala yang lain berkembang menjadi embryo. Jantung mula berdenyut pada minggu kelima. Otak, saraf tunjang, jantung dan organ-organ lain mula terbentuk. Selepas 8 minggu, embryo tadi dikenali sebagai fetus dan berukuran lebih kurang setengah inci. Antara lain perkembangan fetus (kita pernah menjadi fetus suatu ketika dahulu=):
4 minggu: Stuktur muka dan leher mula terbentuk. Pembentukan jantung , saluran darah, paru-paru, perut, dan hati mula terbentuk dan terus berkembang.
12 minggu: Fetus (kita suatu ketika dahulu) hanyalah berukuran dua inci setengah dan mula membuat pergerakan sendiri. Doktor akan dapat mengesan degupan jantung fetus (kita) pada saat ini. Pembentukan organ jantinanya juga semakin jelas.
16 minggu:
20 minggu: Mempunyai berat 9 ounce dengan panjang 6 inci,
24 minggu: Dengan berat 1.4 pound,
28 minggu:
32 minggu: Semakin kerap ‘bergerak’,
36 minggu: Saiz tumbesaran
Kelahiran biasanya pada usia 40 minggu kandungan. Kiraan tarikh kelahiran ditentukan bermula dari hari pertama period yang terakhir bagi ibu tersebut. Berdasarkan kiraan ini, kelahiran biasanya berlaku antara 38-42 minggu, dengan tempoh purata selama 40 minggu.
Maka lahirlah ‘seorang kita’…selepas menumpang selama 40 minggu di alam rahim ibu. Menumpang pula di alam dunia selama beberapa tahun, kemudian pasti berhijrah ke alam kubur sebelum dihisab dan ditentukan sama ada di alam syurga atau neraka kah kita…Ini ‘kisah silam’ kita di alam rahim dahulu,. bagaimana pula kisah kita di alam dunia sekarang? Jalan mana yang ‘dipilih’ sekarang akan menentukan ‘destinasi terakhir’ yang bakal kita kecapi kelak…
0 comments:
Post a Comment