Peristiwa di sepertiga malam...
Si A: Terjaga pulak~ Mengantuknya! Tido lagi best, sambung mimpi...
Si B: Isk nyamuk nie, kacau daun betul! Tengah-tengah malam ni la korang sibuk nak kacau tido aku. Malas-malas pun kena bangun jugak, 'on'kan suiz ubat nyamuk elektrik, then tido balik...
Si C: Ala... terjaga sebab nakgi tandas... Mengantuknya!
Si D: Sape kunci jam kul 3 am nie? Memang nak kena ni! Adoi... mengantuknya.. Biar je la jam tu berbunyi... Zzzzzz...
Si E: Eh, terjaga pulak... Ala, habis le mimpi best aku tadi. huuhu. Rilek le, baru kul 5 am, japgi subuh aku bangun le... Zzzzz...
Si F: 5.30 am? Dah alang-alang terjaga nie, bangun je la.. Nanti terlewat Subuh pulak..
Si G: Alhamdulillah, Allah kejutkan untuk qiamullail. Terima kasih ya Allah... kerana beri peluang dan kekuatan ini...
Bermuhasabah sendiri.. mengantuk tu normal le bagi semua orang di tengah-tengah malam. Sebab malam memang dijadikan untuk tidur dan istirehat. Kalau rasa diri tak mampu bangun di seperdua atau sepertiga malam, boleh bangun di akhir malam/ awal pagi sebelum masuk waktu Subuh.
Mengantuk sebenarnya boleh diatasi. Bila terjaga, terus ke tandas untuk bersihkan muka dan berwudhuk. Kalau dah terjaga tapi melengah-lengahkan masa, last-last memang le akan tertidur balik. Tapi kalau langsung tak terjaga? (memang tidur mati tu) Alternatifnya perlu ada niat yang bersungguh-sungguh dan usaha kunci alarm, minta orang kejutkan atau doa pada Allah mohon kekuatan untuk bangun...
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah meninggalkan solat malam kerana ingin menjadi hamba yang bersyukur. Para sahabat, muqarrabin dan mukminin lainnya, tetap teguh membuktikan kecintaan dan kesyukuran walaupun pada dasarnya semua orang akan mengantuk.. Fisiologi semulajadi badan manusia memang fitrahnya akan mengantuk, tetapi dengan latihan berterusan yang menukarkan sesuatu yang sukar menjadi tabiat, pasti akan lahir keseronokan dan kebahagiaan berpanjangan=)
Jadi, alasan 'mengantuk' tu boleh ke diterima, jika fitrahnya memang semua orang akan rasa mengantuk? Jika mereka boleh melawan rasa mengantuk (dan malas) tu, kita tidak boleh ke? Yang sukar itu le hebat ganjarannya... Mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu, tiada alasan jika benar-benar hendak...
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah bersolat tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan sedikit daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan tartil. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat. Sesungguhnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya"
(Al-Muzammil: 1-6)
"Sesungguhnya orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Rabb mereka, dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka memisahkan rusuk mereka dari tempat tidur, sedang mereka berdoa kepada Rabb mereka dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka daripada yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan"
(As-Sajadah: 15-17)