CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 27, 2010

Kau Istimewa...


Ya Rasulullah...

Engkau sangat istimewa di hati kami...

Mampukah kami untuk turut menyintaimu setulus kasih cintamu pada kami...semulus kasih cinta para Sahabatmu terhadapmu, wahai Kekasih Agung...

Rindu dan cinta mereka melebihi kasih mereka terhadap diri dan keluarga mereka sendiri...

... Selepas kewafatan Rasulullah, sahabat2 Baginda bersedih hati yang teramat sangat. Teringat segala kenangan2 manis yang terlalu indah untuk dikenang…segala susah payah.. titisan darah dan air mata Rasullullah untuk mendaulahkan Islam di bumi Mekah dan Madinah… Segala-galanya amat sayu untuk dikenang…Sungguh, cinta mereka terhadap Rasulullah melebihi cinta pada keluarga dan diri mereka sendiri!!

Tidak sanggup menahan kerinduan, antara sahabat yang paling rapat dengan Baginda, Saidina Bilal bin Rabah berhijrah ke Syria. Di sana beliau meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad.

Suatu ketika di Syria beliau telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.

“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muhammad SAW dalam mimpi Bilal.

Sedar dari mimpi, Bilal kesedihan yang amat sangat. Kerinduannya terhadap Rasulullah semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam akan kembali ke Madinah; menziarahi kubur Nabi SAW untuk menghilangkan kerinduannya terhadap Kekasih Agung

Sesampai di Madinah, Bilal terus meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur Nabi, hatinya sudah tidak tertahan lagi, dia menekup mukanya, air mata membasahi seluruh wajah dan janggutnya… Penuh dengan kerinduan dan cinta yang teramat sangat..

Amat pedih mengenangkan segala memori bersama orang yang paling dicintainya.. terbayang keindahan akhlak, ketelusan budi pekerti, kasih sayang Baginda, bahkan segala2nya pada susuk seorang kekasih… itulah Muhammad bin Abdullah… Sesiapa sahaja pasti tertawan, bahkan para sahabat amat menyintai Baginda melebihi segala-galanya…

Bilal kemudiannya berjumpa dengan cucunda Nabi SAW; Hassan dan Hussain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya. Dalam suasana kesedihan itu Hassan dan Hussain berkata, “Wahai Bilal, kami terlalu ingin mendengar azan yang kamu dendangkan”

Pada mulanya Bilal menolak, tapi akhirnya pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan lantas beliau bersedia untuk melaungkan azan.

“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan Madinah kegamatan. Ramai rakyat Madinah terkejut, merindui suara azan Bilal bin Rabah.

Apabila sampai pada laungan, “Asyahadu Anna Muhammad Rasulullah”, kegamatan Madinah itu telah bertukar dengan kedengaran tangisan manusia, menggamit memori mereka bersama Rasullullah.. seakan-akan Baginda masih hidup...

Tangisan itu adalah tangisan kerinduan mereka terhadap Rasulullah SAW. Kerinduan bersama Kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin dan sahabat yang paling dicintai. Subhanallah.. tak dapat digambarkan suasana Madinah saat itu..Suasana yang tersangat hiba..tika semua sahabat menitiskan air mata kerinduan, terasa terlalu berat kehilangan seorang Kekasih.. terasa amat pilu mengenangkan segala kenangan bersama Baginda... Madinah diselubungi tangisan kerinduan yang terlalu amat sangat..

Seusai azan, Bilal jatuh pengsan kerana terlalu sedih. Apabila disedarkan oleh para sahabat, Bilal dengan tangisan yang membasahi seluruh wajah dan janggutnya berkata: "Aku amat rindukan Rasulullah yang sentiasa berada di sisi ku, menjawab setiap bait azan yang aku laungkan... Sungguh, aku amat rindukan suara dan susuk jasad Baginda..."

Subhanallah...

... Tanya pada iman... Rindukah kita pada Baginda...?

... Berbicara pada diri... Andainya aku pernah hidup sezaman dengan manusia paling mulia ini.. menyaksikan segala titisan darah dan air mata yang tertumpah kerana mendaulahkan Islam... menyaksikan segala jerih perit dan halangan yang terpaksa Baginda tempuhi... juga menyaksikan betapa indahnya peribadi Baginda yang penuh dengan kasih sayang dan ketenangan... pasti lahirnya CINTA dan RINDU yang teramat sangat pada Kekasih Allah ini...

... Berbisik pada jiwa... Sekiranya aku berada di sisi Rasulullah sewaktu sakaratul maut Baginda... dan namaku disebut-sebut oleh lidah yang mulia itu sambil menanggung pedihnya sakaratul maut... Aku dikasihi walaupun sebelum kewujudanku!! Subhanallah... ajaibnya cinta Baginda padaku... Aku sentiasa diingati di dalam doa Rasulullah sepanjang hidup Baginda... bahkan disebut-sebut sewaktu hampir menemui ajal.. Istimewakah aku...?

Subhanallah... aku menjadi 'istimewa' kerana menjadi ummat kepada 'Kekasih-MU' yang sangat istimewa... 'Muhammad bin Abdullah'... Nama yang menjadi kerinduan seluruh penduduk langit dan bumi...


Andai dapat kudengari...

"Ummati.. Ummati.."

Aku diingati saat Rasulullah berdepan dengan sakaratul maut..

Bahkan kerana sayang...

Baginda ingin menanggung pedihnya sakaratul maut ummat..

Juga kerana cinta...

Baginda inginkan jaminan keistimewaan pada ummat..


"Ummati.. Ummati.."

Itulah aku... yang sentiasa istimewa di sisi Rasulullah...

Wahai Kekasih...

Inginku jadikan engkau juga

'Amat istimewa' di hatiku...




"Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira'..

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu.."

12 Rabi'ul Awwal







Wednesday, February 17, 2010

Subhanallah...

Subhanallah...
Hebatnya Engkau, ya Allah...
Hebatnya keagungan kerajaan-Mu...
Hebatnya nilai kasih sayang-Mu...

Ya Allah... andai hamba-hambaMu menginsafi betapa Hebatnya Kerajaan-Mu pada alam semesta.. pada keluasan bumi dan lautan serta segala isinya.. pada kejadian diri mereka sendiri.. serta pada segala rahsia keagungan ciptaan2-Mu... Pasti mereka tanpa henti memuji dan bertasbih pada keajaiban ciptaan-Mu..


Ya Rahman, Ya Rahim... andai mereka sedari betapa hebatnya nilai kasih sayang dan cinta-Mu pada mereka yang cuma sekadar 'hamba', bahkan 'dipinjamkan' pula infiniti nikmat dan kebahagiaan.. Pasti mereka berebut mendamba keindahan cintaMu itu..

Ya 'Azizul Jabbar... andai mereka geruni kedasyatan azab-Mu pada Hari Pembalasan kelak.. Pasti mereka berwaspada menghindari walau sekecil dosa yang boleh mengundang murka-Mu..

Ya zal Jalali wal Ikram... Jadikan kami di kalangan 'mereka' yang sentiasa menginsafi, menyedari, dan mengeruni kehebatan-Mu.. moga terlakar kekerdilan rasa kehambaan pada jiwa-jiwa ini.. agar terbias ia pada kekuatan untuk menyintai-Mu..

Ya Muhaimin.... bukalah 'mata hati' kami.. kurniakan kami kekuatan dalam beramal dengan amalan2 ahli syurga.. dan hadiahkan kami 'istiqamah' atas jalan ini..

O Allah... please keep us close to You..
Please forgive us..
Please give us strength and Istiqamah on this path..

Thank you, Allah... for opening 'our eyes'..


Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..


('Open Your Eyes' by Maher Zain)




Sunday, February 14, 2010

Hakikat Dunia..


"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.”

(Surah al-Ankabut : ayat 64)

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apalah aku ini dengan dunia! Sesungguhnya perumpamaan diriku dan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari di bawah pokok untuk berehat kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkannya.” HR Tarmidzi

“Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan.” HR Bukhari



Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda : "Sekiranya dunia ini ada nilai di sisi Allah walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan diberi minum".

"Demi Allah, sesungguhnya dunia ini di banding akhirat ibarat orang yang memasukkan jari tangannya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika di angkat itulah nilai dunia." (Hadis Riwayat Muslim)



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ
وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ. (البخاري)


Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: "Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. " Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata: "Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu." (HR Bukhari)

Rasulullah s.a.w. membandingkan dunia ini ibarat bangkai kambing yang tidak dihajati oleh manusia, walaupun diberikan secara percuma. Itulah bandingan bagi dunia pada sisi ALLAH s.w.t.

Ini hakikat dunia yang berduyun2 manusia mengejarnya.. Sampai waktunya, kita akan berangkat pergi.. Kembali ke 'daerah abadi..'


Sutera Kasih Ilahi





SUTERA KASH


Kian lama terpenjara

Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

(In-team, 2000)