CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 15, 2011

Kualiti vs kuantiti


Seorang saudara baru menyuarakan betapa dia seolah-olah rasa 'tertipu' dengan apa yang dizahirkan oleh kebanyakan muslim. Disangka begitulah wajah 'Islam', rupanya Islam jauh lebih indah daripada apa yang ditonjolkan.. Mengenali Islam umpama mempunyai segala-galanya di dunia ini. Cukup sempurna!

Mempunyai matlamat hidup yang jelas, mencintai dan rasa begitu dicintai oleh Tuhan seluruh alam, miliki rasa kecukupan, ketenangan dan kebahagiaan yang sukar diungkapkan oleh kata-kata.. Alangkah indahnya menjadi Muslim..

Namun semua keindahan Islam tidak diperolehinya tika memandang dan menilai segelintir umat Islam dewasa ini. Isu keruntuhan moral, kes jenayah, peribadi, akhlak dan penampilan; menambahkan lagi sisi negatifnya terhadap Islam dan muslim. Syukur dia cuba 'mencari' dan 'menyelidik' kualiti Islam itu sendiri, bukan menilai pada banyaknya kuantiti Muslim yang rendah kualitinya itu..

Fikirkan.. Setiap seorang daripada kita merupakan penjuru yang membawa imej keindahan Islam.. maka jangan sekali-kali mencemarinya. Kuantiti ramainya muslim tidak ke mana jika rendahnya kualiti iman dan nilai Islamik kita. Biar siapapun kita.. selagi bergelar Muslim, tanggungjawab membawa kualiti dan keindahan Islam tergalas di bahu kita!


Wahai Tuhan..bantulah kami untuk membawa keindahan agamaMu..

Saturday, October 1, 2011

Subhaanallahi wa bihamdih

Allah's Messenger (peace be upon him) said: Whoever says "Subhaanallahi wa bihamdih, Glorified is Allah & praised is He", one hundred times a day, will have his sins forgiven even if they are like the foam of the sea.
[Bukhari 7/168; Muslim 4/2071]