"Kita adalah satu golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya Allah akan menghina kita."
- Umar Al-Khattab
Saturday, April 14, 2012
Kita Mulia Kerana Islam
Posted by dianaharif at 3:28 PM 0 comments
Friday, March 16, 2012
Bijakkah kita ketika ber'Facebook'?
Sesekali saya rasa agak kurang senang tika terpandang gambar yang tidak syariah compliance dimuat naik di laman facebook. Bertambah pelik jika ada status update yang seolah-olah mencerminkan ketidakmatangan diri dalam berbicara. Seolah-olah tiada batasan dalam perkongsian hal-hal peribadi.
Jadilah kita orang yang bijak dalam mengurus perasaan, akal dan masa ketika ber'facebook'. Berapa ramai di kalangan kita yang telah 'teruk' dilalaikan oleh si facebook ciptaan yahudi ini. Jika dibuat hitungan sendiri, berapa kali kalamullah (Al-Quran) dibaca berbanding memeriksa akaun fabebook saban hari? Berapa banyak tugasan kerja yang terbengkalai dek ketagihan facebook di alam maya? Lalaikah kita?
Posted by dianaharif at 10:20 PM 0 comments
Monday, February 20, 2012
Hamba
Berdiskusi bersama seorang sahabat memikirkan andai kita dihidupkan pada zaman Firaun, munginkah kita menjadi salah seorang hamba pembina piramid yang dikagumi pada zaman kini? Atau hidup pada zaman dinasti Maharaja China yang mengerahkan pembinaan tembok besar China? Atau hidup pada zaman-zaman lain yang mengamalkan sistem perhambaan. Bagaimana sukarnya menjadi hamba yang dikerah secara paksa... dibunuh sewenang-wenangnya kerana diri tiada nilai langsung di sisi sang penguasa.
Islam datang membebaskan manusia dari diperhambakan oleh sesama manusia lain. Islam mengangkat martabat dan maruah seseorang manusia tidak kira lelaki ataupun wanita. Manusia nilainya sama, punya hak dan maruah tersendiri. Namun masing-masing juga tetap seorang hamba, cuma bukan ber'tuan'kan sesama manusia tetapi hamba kepada Tuhan yang sangat hebat nilai kasih sayang dan belas rahmat-Nya.
Berterusan berbuat salah tidak dimurkai, bahkan diberi peluang untuk bertaubat. Menjauhkan diri dari jalan kebenaran tidak dibiarkan selamanya sesat, bahkan diberi petunjuk untuk mencari jalan pulang. Selamanya jalan pulang senantiasa terbuka luas walau sebesar mana kesalahan yang dibuat, walau sejauh mana kealpaan yang terzahir. Bahkan terus menerus diberi pelbagai nikmat dan kebahagiaan buat si hamba tanpa sebarang bayaran dikenakan. Apa yang diminta lambat-laun pasti dikabulkan jua.
Subhanallah.. hebat bukan, menjadi hamba kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang...
Tetapi masih ramai di kalangan kita yang buat-buat lupa, lengah, tidak peduli, malas atau lalai dalam mengingati Tuhan yang sangat-sangat baik terhadap hamba-hambaNya ini.. Jika bermuhasabah, berapa kali dalam sehari kalam Tuhan dibaca dan direnung? Berapa banyak zikir yang dilafazkan berbanding lagu-lagu yang melalaikan jiwa? Berapa kali ingatan syukur kepada-Nya berbanding keluhan resah menggamit kehendak-kehendak duniawi. Bagaimana pula kualiti solat dan ibadah lain yang dilaksanakan sekadar 'melepaskan batuk ditangga'?
Allah.. terlalu banyak kesalahan hamba-hambuMu ini umpama memilih 'bangkai' duniawi melebihi 'permata' syurgawi.. Alangkah rugi dan 'tidak bijak'nya kita di sini. Hakikat duniawi umpama lintasan mimpi jika dibandingkan dengan kehidupan abadi di akhirat kelak... Allahu Rabbana.. bantulah hamba-hambaMu ini untuk terus melangkah gagah dan istiqamah di dunia yang penuh keasyikan sementara ini..
Posted by dianaharif at 9:20 PM 0 comments
Wednesday, January 18, 2012
Berdoa dan usahakan segala kebaikan~
Indahnya Islam.. Segalanya dimulakan dengan doa, bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali pada malamnya. Prinsip doa agar hati sentiasa terikat dalam mensyukuri, mengingati dan memuji Allah swt. Allah yang Maha Baik, menginginkan kebaikan buat hamba-hambaNya. Dengan berdoa dan berusaha ke arah kebaikan, segala kebaikan pasti dianugerahkan. Kebaikan dari segi keberkatan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, dipermudahkan urusan dan pelbagai kebaikan lagi.
Berdoa dan lakukanlah segala kebaikan.. Pasti kebaikan jualah yang menghampiri diri. Jika doa belum dikabulkan, yakinilah bahawa Allah yang Maha Baik pasti mengabulkannya sedikit waktu lagi. Pasti! Andai dianugerahkan sesuatu yang berbeza, yakinilah Allah yang Maha Bijaksana telah menganugerahkan yang terbaik buat kita pada penilaianNya, bukan penilaian kita yang amat terbatas. Hakikatnya, semua nikmat dan ujian adalah suatu kebaikan buat kita, maka teruskanlah memilih jalan-jalan kebaikan dalam hidup.. agar kebaikan jua lah yang akan hadir dalam segenap ruang kehidupan ini..
"Wahai Tuhanku yang Maha Baik.. lorongkan hambaMu ini ke arah jalan-jalan kebaikan dan ketaatan kepadaMu.. Hindarilah hambaMu ini dari melakukan dosa yang boleh mengundang murkaMu.. Ampunilah dosa hamba yang seringkali bermaksiat, bertaubat dan berdosa kembali.. Ampuni segala kelemahan seorang hamba yang masih bertatih dalam menggapai RedhaMu ini.. Terimalah ya Allahu Rabbi.. Yang Maha Hebat dengan nilai kasih sayang dan belas kasihMu.."
Posted by dianaharif at 10:01 PM 0 comments
Tuesday, January 10, 2012
Alkisah si Empunya Mata..
Kami berborak agak lama ketika makan tengah hari dan sesi selepasnya. Mereka membuatkan saya insaf dan empati.. Melihat cara makan mereka, saya hampir menitiskan air mata. Membayangkan pula kehidupan Siti yang perlu memasak untuk si suami, melaksanakan kerja-kerja rumah yang lain, juga aktiviti harian mereka yang terbatas dek ketidaksempurnaan diri mereka.
Namun zahirnya, mereka kelihatan ceria dan tabah.. Subhanallah. Mereka si empunya mata, sama seperti kita.. Namun mereka cuma miliki sepasang mata yang tidak hadir bersamanya 'nikmat penglihatan'. Allahu akbar!


Sebelum makan, saya nyatakan kepada Siti akan kedudukan lauk dan sayur di pinggannya. Ketika makan, saya menyaksikan sendiri akan kesukarannya untuk menghabiskan butir-butir nasi di pinggannya. Seusai makan, saya melihat tangan halusnya meraba-raba mencari segelas minuman.. Allahu akbar, empati saya begitu menebal saat itu!
Tinggal berdua dengan pendapatan tak seberapa hasil dari urutan refleksilogi yang diusahakan, pasangan bahagia ini sentiasa bersyukur dan tabah melaluinya bersama. Solat jamaah tidak pernah sekali ditinggalkan. Saya membayangkan keterbatasan mereka melalui kehidupan seharian.. hendak ke kedai membeli barang keperluan, ke hospital dan lain-lain tempat, bahkan ketika di rumah untuk memasak, membasuh pakaian, menguruskan rumah tangga, juga menjaga seorang bayi dan anak kecil kelak! Ya Allah.. mudahkanlah segala urusan mereka..
Kisah Siti dan Razali adalah antara kisah benar yang berlaku di sekeliling kita. Betapa kita menyaksikan mereka yang diuji dengan ketidaksempurnaan fizikal, kesusahan hidup dll dalam meniti kehidupan dengan penuh kekurangan. Mereka bisa membuatkan hati-hati ini tersedar dari kesombongan dan terbangun ke arah keinsafan dan kesyukuran berganda. Tiada milik kita, kecuali semuanya milik Allah yang bisa diambilNya kembali bila-bila masa sahaja.. Allahu Akbar! HambaMu sujud mengakui kehebatanMu melalui iktibar nikmat sepasang mata..
Posted by dianaharif at 11:06 PM 0 comments
Sunday, January 1, 2012
2012: Antara 5 Tahun Berlalu & 5 Tahun Mendatang..

Subhanallah.. cepatnya masa berlalu! Setahun 2011 dah habis dah pun.. terasa baru semalam bersua dengan Januari 2011.. Sekarang dah Januari 2012! Allahu akbar.. benarlah petanda akhir zaman seperti yang disabdakan oleh Junjungan Mulia s.a.w, masa begitu pantas berlalu tanpa kita sedari.
Kematangan diri meniti usia mungkin semakin bertambah, tapi kematangan iman yang 'yazid wa yanquz' ini perlu lebih dirisaukan. Macam mana nak kekalkan momentum tarbiyah dalam diri. Bagaimana nak bina kekuatan dalaman yang berterusan. Macam mana nak improve diri dari segi kejayaan dan peribadi. Bagaimana nak jadi lebih disenangi Allah dan manusia lainnya. Waa.. memang banyak kena usaha nie..!!
Hadir ke program PIMPIN USM pada penghujung 2011 yang lalu, ada 1 sesi yang meminta peserta untuk melakarkan impian dan apa yang ingin kami capai dalam tempoh 5 tahun mendatang. Dari segi keluarga, kerjaya, masa depan dan perancangan lainnya. Di mana dan siapa kami menjelangnya 2016! Subhanallah!
Teringat juga tarikh 07.04.07 di D'Rhu, Balok, Pahang suatu ketika dulu. Majlis perpisahan bersama sahabat-sahabat sepengajian di UIA. 1 sesi menulis 'impian' masing-masing untuk 5 tahun mendatang. Kertas 'impian' tersebut digulung ke dalam sebatang pen dan koleksi kesemua pen tersebut disimpan di dalam sebuah 'botol susu' yang besar. He3, memang lucu apabila dikenang=) Kononnya pada 070412, batch kami akan berkumpul untuk sesi reunion kembali dan umumkan impian masing-masing. Tercapaikah? Chewah;) Pejam celik, lagi 3 bulan rupanya.. Subhanallah.. pantasnya 5 tahun dah hampir berlalu.. Memang sangat rindu zaman bergelar siswa siswi UIA!!!

Sesungguhnya masa amat pantas berlalu.. Pengisiannya? Tanggungjawab kita untuk merancang dan memenuhkannya dengan sesuatu yang dapat memanfaatkan diri, keluarga, ummah dan Islam.
"Allahu Rabbana, bukakan pintu-pintu hidayah, kasih sayang dan keberkatan buat kami.. agar terpimpin perjalanan hidup ini ke arah redhaanMu.. Bekalan kehidupan abadi saat menemuiMu kelak.."
Posted by dianaharif at 10:10 PM 0 comments
Sunday, December 11, 2011
Perempuan n Aurat..

K imah: Sakinah! Jom le balik, penat dah merayau kat Kinokuniya nie. Buku pun dah bayar. jom-jom..
Sakinah: Ala akak nie..rileks le dulu. Pusing-pusing lagi, cuci mata tengok buku!
K imah: Cuci mata tengok buku takpe le, tapi kita ni dah terlebih cuci mata dah nie..
Sakinah: Paham dah 'maksud' akak.. yo la.. jom balik..
K imah: Tetiba akak rasa kesian kat adik-adik remaja ni. Try tengok sekeliling kita.. rata-rata tak menutupi aurat dengan sempurna. Tudung sengaja dinaikkan, baju ketat n pendek, seluar muat-muat saiz kaki je, yang tak bertudung lagi le. aish.. kesimpulannya semua tak memenuhi KPI syariat le!
Sakinah: Itu le.. free je yang bukan mahram cuci mata tengok perhiasan eksklusif yang sepatutnya diorang simpan khas untuk suami. Sampai takut kinah tengok cara pemakaian diorang ni.. So akak.. apa tindakan kita? Cara dakwah yang terbaik?
K imah: 1st, buat benda yang paling senang, semua orang boleh buat.
Sakinah: Apa yang senang?
K imah: Doa. Kita kena doakan mereka agar suatu hari nanti Allah beri hidayah dan kekuatan kat diorang untuk taat dan patuh dalam menjaga aurat seperti yang Allah perintahkan. Tolong doa setiap kali bertemu orang-orang yang begini. Never under estimate the power of Doa.
Sakinah: o.. betul2! Hidayah milik Allah. Allah juga yang mampu mengubah hati hambaNya.. tugas kita, mohon agar Allah hadirkan hidayahNya ke dalam hati mereka. 2nd, akak? he2.
K imah: 2nd, bina suasana islamik n patuh syariah semampu kita. Dalam keluarga, bina basic yang kukuh. Setiap dari kita perlu betulkan ahli keluarga terlebih dahulu, then teman n orang-orang sekeliling kita.. Teman sekeliling yang dah biasa, mungkin senang untuk tegur. Melawak lebih kurang, ok la kot. 3rd, cuba fikir apa lagi yang kita mampu buat.. Akak teringin nak edarkan risalah atau bookmark yang ada pesanan tentang aurat ni kat sape-sape je yang akak jumpa walaupun tak kenal diorang. Susunan kata perlu berhikmah agar tidak melukakan, tapi 'menyentuh' jiwa-jiwa tersebut.

Sakinah: Subhanallah.. Betul kan,akak.. at least kita mampu untuk jawab pertanyaan Rabbul Jalil nanti.. kita dah cuba untuk buat sesuatu.. hu2, bersalahnya rasa. Ustazah sekolah kinah penah cerita, dia sedih sangat tengok ex-student sekolah kitorang yg belajar agama ni, bila dah habis universiti, identiti pakaian patuh syariat ni pun habis melayang. Entahlah..
K Imah: Itu persoalan basic iman dalam diri seseorang. Penampilan, akhlak dan apa yang terzahir ni adalah pantulan kualiti iman kita. Mungkin environment yang mengubah diri seseorang, tapi kita kena kuat le.. jangan sampai persekitaran 'mengalahkan' iman kita..
Sakinah: Allahu rabbana.. bantulah kami.. ameen! Jom terus balik, prepare handouts n bookmark tentang aurat ni. Next week kita datang lagi, akak... Edar benda alah tu. he2=)
K Imah: Amboi, semangat nampak?! Yang penting istiqamah... jgn hangat2 mula2 je=)
Sakinah: InsyaAllah.. mohon Allah permudahkan.. ameen..

Posted by dianaharif at 10:17 PM 0 comments






