CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label SuteraKasihIlahi. Show all posts
Showing posts with label SuteraKasihIlahi. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

Haji



Detik waktu begitu pantas berlalu. Hari ini 1 Zulkaedah 1434H, tinggal hanya sebulan Zulhijjah untuk kita melangkah ke tahun baru 1435H.

Mendapat perkhabaran gembira, seorang sahabat dikurniakan rezeki untuk menunaikan haji dalam usia yang muda (sangat muda jika dibandingkan dengan pakcik makcik yang berusia 50-60an).

Subhanallah walhamdulillah... Nikmat yang amat membahagiakan! Allah telah memilih beliau menjadi tetamu istimewa-Nya, walaupun begitu ramai manusia lainnya yang masih menanti saat indah dijemput sebagai "tetamu Allah".

Jika menerima jemputan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri atau VVIP mana sekalipun, itu sudah cukup membuatkan seseorang itu rasa istimewa. Apatah lagi jika yang menjemput adalah Raja segala Raja, Tuhan sekalian alam. Jemputan yang amat istimewa!

Kisah perjalanan haji Prof. Kamil Ibrahim menggamit rasa. Betapa mabrurnya ibadah haji dinilai setelah kembali kepada realiti hidup. Bukan sekadar rutin ibadah selama berada di tanah suci, namun keseluruhan rutin hidup selepas kembali.

Tahun 2009 ketika mula membaca kisah perjalanan haji Prof. Kamil Ibrahim, terasa malu pada diri sendiri. Bagaimana beliau yang baru bermula untuk mempelajari bacaan Al-Quran sebelum menunaikan ibadah haji, terus diberi kekuatan untuk beristiqamah dengan beberapa amalan selepas kembali ke sini. Masya-Allah, perkongsian berkenaan adalah dakwah beliau yang berjaya menyentuh begitu banyak hati yang sedang terlena!


Kita yang masih jauh dari Allah... masih ada ruang dan peluang untuk lebih hampir dengan-Nya melalui usaha! Iman & Taqwa bukanlah sesuatu yang diangan-angankan, namun perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Biar sedikit namun istiqamah, agar nafsu bisa lemah!



Sunday, May 5, 2013

Merindui Suatu Ketika Dahulu



Subhanallah, Maha Suci Allah yang menghadirkan kerinduan ini...

Kerinduan pada suatu ketika dahulu di bumi Tarbiyyah, bumi Maahad dan bumi UIA tercinta! Saya amat merindui saat itu... tika iman terus menerus disuburkan dengan nilai tarbiyyah dan dibajai dengan ukhuwwah yang amat manis... Segalanya indah, namun sukar untuk digambarkan melalui kata-kata... 

Sungguh, suatu ketika dahulu di bumi tarbiyyah... amat kurindui!!





Sunday, March 3, 2013

Bahagia Itu Pilihan




 
 
 
 

Monday, August 1, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Insan2 tersayang...


11.06 : Muhamad Hanif Harif Fadzilah
02.08 : Hidayatul Najiah Harif Fadzilah
15.08 : Nuriah Hj Hassan, mama tersayang!

Ya Allah... Pemilik Segala Kasih Sayang dan Kekayaan... Limpahkan segala kasih dan belasMu kepada ibu yang tanpa henti menumpahkan segala kasih dan cinta untuk anak2nya ini. Segala pengorbanan yang tak bisa untuk diungkapkan, doa yang tidak pernah putus, sayang yang tidak pernah pudar...

Kurniakan nikmat kesihatan berpanjangan buat mama, abah & adik2.. bukakan pintu2 rezeki, permudahkan segala urusan, bahagiakan kehidupan, dan berkatilah perjalanan di dunia ini menuju 'destinasi terakhir' di syurgaMu yang penuh kenikmatan, dengan segala RahmatMu wahai Yang Maha Penyayang... Satukan kami kembali agar di SyurgaMu itulah menjadi tempat pertemuan abadi kami kelak... Pada keluarga yang Engkau rezekikan buat hamba, maka bahagiakanlah... Pada nikmat yang Engkau hadiahkan buat hamba, maka berkatilah segalanya...

Tiada ungkapan layak diungkapkan...
TERIMA KASIH YA ALLAH...
atas kurniaan seorang IBU..
Yang membelai lembut
seluruh kehidupan ini,
Sungguh.. ia biasan
Kasih dariMu jua..

Selamat Hari lahir buat mama & adik2 tercinta!



Sunday, April 24, 2011

Selamat Hari Lahir, Abah tersayang...



Masa kecil-kecil dulu, Abah selalu belikan mainan un
tuk kami. time budak-budak memang banyak benda yang teringin, nak mainan itu ini. Cakap je nak apa, Abah belikan. Mungkin masa kecil dulu Abah dibesarkan dalam keluarga yang susah, tak semua benda boleh dapat dengan senang. Sebab tu Abah cuba juga untuk penuhi hasrat anak-anak yang sering meminta macam-macam, itu dan ini...

Masa di zaman sekolah rendah, Abah yang selalu ajar kami buat kerja sekolah. Ada masa saya atau adik2 buat perangai tak nak ke sekolah sebab kerja sekolah tak siap, Abah tak pernah marah.. abah pujuk dengan tenang dan cakap: "ok, takpe, Abah boleh siapkan kerja sekolah nie", sambil cuba meniru tulisan tangan saya yang comot.. ~ Bila saya kenangkan kembali, saya tersenyum rindu... sebab Abah baik sangat...

Bila tamat darjah enam, Abah cakap nak hantar saya (anak sulung Abah) ke sekolah agama. Anak lelaki sulung (Muhamad Hanif), Abah nak hantar ke sekolah tahfiz. Sebab Abah dulu tak berkesempatan untuk ke sekolah agama... Mula-mula saya sedih sebab kena berjauhan dari Mama dan Abah, tapi Abah pujuk... tak rugi ke sekolah agama, nanti bila saya dewasa, saya akan faham... Dan kini, saya sangat memahami dan sangat berterima kasih pada Abah... kerana telah memilih pendidikan terbaik buat saya...

Meningkat remaja dan di alam universiti, Abah selalu pesan... Al-Quran jangan tinggal walau sehari... baca dan renungi selalu. Dalam keadaan apapun, sentiasa yakin dengan Allah! Semua yang terjadi ada hikmah dan kebaikan untuk kita... Buat baik dan tolong orang jangan mengharapkan balasan, sebab jika kita perlukan bantuan, Allah swt akan hantar orang-orang yang baik pula untuk menolong kita. Kata-kata Abah sentiasa sarat dengan pesanan positif dan ketenangan...




Abah mendidik kami melalui contoh dan peribadi Abah sendiri. Memberikan contoh tanpa perlu mengeluarkan sebarang arahan. Menghulurkan kasih tanpa henti, melayan dan memberikan segala yang terbaik, juga menjadi Abah yang sangat baik buat kami. Anak-anak dan sesiapa jua yang mengenali Abah, pasti menyenangi dan mengasihi Abah...

Bagi saya dan adik-adik,
Abah adalah insan yang sangat istimewa di hati sanubari kami... tanda kasih sayang Allah swt pada kami sekeluarga... kerana telah memancarkan sinar kasih dan cinta seorang Abah (dan Mama) yang memantulkan segala kasih dan belas Yang Maha Pengasih pada hamba-hambaNya ini...

Selama
t Hari Lahir, Abah... Anak-anak Abah ini akan sentiasa doakan kegembiraan, kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan syurga buat Abah... terima kasih, ya Allah... atas kurniaan seorang 'Abah' yang terbaik buat kami... sebab Abah baik sangat...




"Sungguh aku mengagumi sosok itu, yang suatu masa sering mendodoi tidurku, dengan Kalam Suci AgungNya.. Juga pada tangan yang semakin kasar dengan kepayahan dan jerih perit usahanya, serta raut wajah yang semakin bertambah kedutan usia pengalamannya.. Abah.. Insan teristimewa bagi kami, Nurdianah, Hazirah, Muhamad Hanif, Hidaya
tul Najiah dan Hafizuddin... Yang mendidik kami dengan contoh & teladan, dengan sabar & hikmah, juga dengan iman & amanah.. Kami menjadi saksi, bahawa tanggungjawab di pundakmu tergalas baik, bahawa dirimu ayah terbaik..! Allah, pertemukan kami kembali di syurgaMu, dengan redha seorang ayah, juga doa seorang anak.. Demi kasih ini, keranaMu.. SELAMAT HARI LAHIR, buat abah tersayang.. Dr Harif Fadzilah Che Hashim...




Tuesday, April 5, 2011

Selamat Hari Lahir, 'Sahabat Setia'...




Dia 'Sahabat' paling setia + paling lama yang pernah saya kenali...

Sewaktu masih kanak-kanak, dia kerap bertindak sebagai 'penyelamat' dan 'pelindung' saya. Pernah suatu ketika di tadika, saya menangis kerana kehilangan kasut. Dengan nada memujuk sambil menepuk-nepuk bahu saya, dia terus bertindak sebagai penyelamat lalu meredah kanak-kanak lain yang masih meluru keluar dari kelas. Mencari sepasang kasut di sebalik deruan kanak-kanak ribena;)

Sekolah rendah, saya masih cuba membiasakan diri setelah 3 kali berpindah sekolah (perpindahan kerana tuntutan kerja abah di hospital kerajaan). Berlainan sekolah, kawan silih bertukar ganti. Tika itu, dialah sahabat paling baik saya di zaman persekolahan dulu. Waktu rehat sering saja bersama;)

Tika di zaman sekolah menengah, saya agak 'syadid' dalam kebanyakan hal. Sekolah agama, perspektifnya lain dari remaja yang bersekolah harian biasa. Namun dia banyak 'betulkan' saya dalam hal-hal yang tak sepatutnya 'syadid' tak bertempat. Dan dalam keseluruhan hidup, dia banyak mengajar dan mengertikan hidup pada sesuatu yang positif dan gembira. Mindanya sering saja positif, hatinya sering saja ceria, dan perlakuannya sering saja menghiburkan...


Dia benar-benar seorang sahabat yang menyeronokkan! =) Alhamdulillah... atas kurniaan seorang 'sahabat sejati' tautan mahabbah sedarah sedaging saya~ Hazirah Harif... seorang adik yang ceria dan bertanggungjawab (pelindung dan penyelamat dalam banyak hal;). Selamat hari lahir, Jee... Sanah Helwah ya Habiibati~ Moga segalanya dipermudahkan Allah buatmu dalam urusan dunia ini.. Diberkati dalam segenap ruang hidup dan disatukan kembali kita semua di SyurgaNya kelak.. Ameen..

Hembusan kasih setulus Sutera Kasih Ilahi... buat seorang sahabat sejati a.k.a. adik comel nan seorang ini... (>.<)v



Wednesday, March 23, 2011

SPM 2010 ~ Tahniah, Adin=)


23/03/11: Keputusan SPM 2010 diumumkan. Tahniah buat adik bongsu saya, Hafizuddin Harif Fadzilah atas kejayaan cemerlang alam persekolahan berdasarkan parameter 'Sijil Pelajaran Malaysia'.

Tapi hakikatnya, penilaian Allah dan ibu bapa menggunakan parameter 'Anak Soleh', itu yang lebih utama. Tahniah buat Hafizuddin Harif, dengan izin Allah s.w.t. jualah yang memberi kecemerlangan buat kedua-dua parameter tersebut. Mabruk, Adin!! =)

Alhamdulillah, Adin yang dulunya 'banyak bermain', berkat doa maAbah dipermudahkan Allah s.w.t. untuk cemerlang duniawi dan ukhrawi. Adik bongsu nan seorang inilah yang dulunya agak manja dan kuat bermain, ala kanak-kanak lelaki lainnya. Menempuhi alam remaja, Alhamdulillah semakin matang berfikir dan bertindak.

Moga Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih senantiasa melimpahkan Kasih SayangNya, menjadikan adik-adik saya penyejuk mata dan hati maAbah dengan kejayaan duniawi dan kecemerlangan akhlak. Ameen...

Monday, March 14, 2011

Terima 'Kasih'


Terima 'kasih' kerana telah menghulurkan sayang dan ingatan 'kasih' buat saya..

Buat keluarga tercinta, terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan kemesraan yang dikecapi ini. 'Haaza min Fadhli Rabbi', syukur tak terhingga kepada Pemilik Cinta Abadi yang menyalurkan cintaNya melalui nikmat keluarga ini... Terima kasih Usrati Jannati.. kerana terlalu banyak kasih yang telah diberikan...




Buat sahabat dan teman yang sentiasa di sisi, kalian juga umpama sebuah keluarga besar bagi saya! Terima kasih atas jalinan persahabatan di sepanjang laluan berliku kehidupan ini. Serta atas ingatan, doa dan hadiah terutamanya sempena hari kelahiran saya pada setiap tahun =) Kalian umpama cantuman jigsaw puzzle yang melengkapkan sebuah kehidupan ini.. (>.<)v


Terima 'kasih'... buat Mama Abah, keluarga, guru-guru yang merupakan insan-insan istimewa dalam hidup saya kerana telah menghulurkan kasih penuh ikhlas dalam membesarkan, mendidik, berkorban, mendoakan, menyayangi, mengasihi, membahagiakan, dan memberikan segala yang terbaik dalam hidup saya selama ini.. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segala kasih tersebut...



Allahu Rabbi... satukan kami semua di syurgaMu kelak dengan Rahmat dan belas kasihMu... Ameen ya Rahim..




Saturday, March 5, 2011

Kisah UIA, UTP, dan UITM

Dari UIA ke UTP
Ini kisah adik kedua saya, Hazirah Harif... seorang yang happy go lucky, optimis dan sentiasa ceria=) Pelajar master di UIA, tapi kerana minat... tetiba buka kedai masakan Arab di Universiti Teknologi Petronas (UTP).



Berpadu tenaga bersama sahabat, Asma' (pelajar UIA berasal dari Mesir) dan Mahmud (chef yang diimport dari Mesir=).. memang sangat sedap la masakannya! Moga Allah murahkan rezeki adikku dan kurniakan kejayaan dalam urusan hidupnya~ Ameen...

Dari UITM ke UIA

Ini pula kisah adik keempat saya, Hidayatul Najiah Harif... seorang yang matang, suka gelak dan agak tegas=) Pelajar perubatan tahun keempat di UITM Selayang. UIA dah jadi 'rumah kedua' Ida bila setiap hujung minggu akan bermalam di bilik kakaknya (Hazirah) dan menghabiskan hujung minggu bersama. Study, dan kadang-kadang keluar shopping bersama untuk membeli barang-barang keperluan. Manisnya!


Teringat zaman saya di UIA sebelum 2007 dahulu, adik-adik masih bersekolah kecuali yang kedua. Dan adik ketiga, Muhamad Hanif yang ketika itu menuntut di sekolah Tahfiz di KL, sering datang melawat saya di UIA. Kerana seronok dengan biah di UIA, saya memujuk adik-adik supaya memlilih UIA nanti! =) Tak sangka, 'dekat' juga tautan hati mereka dengan UIA (>.<)v

Moga Allah permudahkan urusan adik-adik saya dalam menuntut ilmu... Allahumma ameen..

Dari Sekolah ke UIA


Adik bongsu saya juga nampaknya pernah 'merasa' menuntut ilmu dan tinggal di UIA buat seketika. Hafizuddin Harif, seorang yang sangat baik, rajin dan agak kelakar=) Pandai memasak pulak tue! =) Sementara menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan nanti, Adin mengikuti kelas English Course di UIA selama 2 bulan.

Maka mereka bertiga 'bersatu' di UIA yang pernah menggamit memori indah saya suatu ketika dulu.. =) Moga Allah s.w. tempatkan adik bongsu kesayangan saya di Universiti terbaik buatnya... Ameen.


UIA Sentiasa Di Hati



Ini 'Taman Ilmu dan Budi' kesayangan saya... Kuliyah ilmu hidup dengan banyaknya, biah solehah memancarkan ketenangan buat jiwa, dan Islamisasi diterapkan. Guru-guru pensyarah kami pasti menyelitkan unsur-unsur Islam dan dakwah dalam pengajaran.

Yang paling best, sambutan Ramadhan di UIA sangat meriah. Sebelum subuh berduyun-duyun pelajar berjalan ke masjid untuk menunaikan qiamullail berjamaah. Sahur dan iftar disediakan untuk pelajar dengan tajaan pelbagai pihak. Tarawih di sebelah malamnya dipenuhi foreigners (pelajar dan pensyarah yang kebanyakannya dari negara Arab). Merdu alunan suara Imam (kebanyakan Imam dari negara Arab) menghabiskan 1 juzu' Al-Quran setiap malam menggamit kesyahduan malam-malam sepanjang Ramadhan. Tazkirah ringkas akan disampaikan oleh Imam seusai solat tarawih. Dan pada 10 terakhir Ramadhan, program iktikaf di masjid UIA dijalankan penuh meriah.




Subhanallah... rindunya pada saat bergelar pelajar di UIA! Bersama para sahabat dan guru, kami menuntut ilmu dan berukhuwwah di 'Taman Ilmu dan Budi' yang menerapkan Islamisasi sebagai asas ~ itu kemanisannya! =)




Friday, March 4, 2011

'Lulu' Si Sugar Glider

Adik saya, Muhamad Hanif memang penggemar binatang sejak kecil. Seingat saya, zaman kanak-kanak kami hinggalah sekarang, rumah kami memang akan ada 'family members tambahan' selain kami bertujuh=) Ikan, kucing, arnab, hamster, puyuh, burung, ayam katik, itik, dan yang terbaru... seekor sugar glider.

Binatang comel ini berasal dari Australia dan dipanggil 'sugar glider' kerana mempunyai 'wing' yang dapat dibuka untuk membolehkannya terbang/ menggelongsor di udara (ala-ala tupai).



'Lulu', nama yang Hanif berikan untuk sugar glider nie. Sangat comel dan baik, sebab tu timbul rasa sayang kat dia. he=) Fitrah hati memang akan sukakan benda yang comel (macam baby) dan yang baik-baik (orang2 yang baik, etc).


Selain Lulu, Mimi, dan ci Tomel juga 'menumpang kasih' di rumah kami sekarang=) Mimi si arnab dan ci Tomel si kucing yang manja.


Belajar dari alam dan dari binatang. Jika mereka amat sayangkan anak-anak mereka, kita sebagai manusia yang punya akal ini sepatutnya punya rasa malu andai sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Bergelut antara fitrah kasih sayang semula jadi yang Allah hadirkan dan maruah diri yang tercalar. Cuma iman yang dapat menyelamatkan!

E-book untuk peminat arnab: THE RABBIT CARE by Hanif Harif.



Thursday, March 3, 2011

Syurga yang Disegerakan



Alhamdulillah... Allahu Akbar! Syukur hamba tiada henti kerana dikurniakan 'syurga yang disegerakan' ~ kebahagiaan! Punya keluarga yang bahagia adalah salah satu cabang dari syurga yang disegerakan di dunia ini.. Terima kasih Ya Ilahi Rabbi... HambaMu mohon dikekalkan kebahagiaan dan disatukan kami di syurgaMu kelak.. Allahumma ameen...

Friday, February 25, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabatku..


252 ~ Selamat Hari Lahir buat sahabat baik yang saya kenali sejak 15 tahun lalu=) 10 tahun tempoh persahabatan, Subhanallah... manisnya ukhuwwah! Kerana Allah, hubungan ini masih seerat dulu...

25 Februari 2011, kami bertemu kembali setelah beberapa tahun meninggalkan UIA. Lebih manis, hari tersebut merupakan tarikh lahir sahabat baik saya. Pertemuan 2 keluarga yang sudah lama tidak bertemu, di rumah saya;)

Menyingkap kenangan waktu dulu-dulu, kami berada di sekolah yang sama. Tapi kerana berlainan asrama, tak le rapat sangat. Bersahabat baik ketika sama-sama di matrikulasi UIA PJ hinggalah ke UIA Gombak. Dia teman 'dating' saya=) 'Dating' kami untuk sama-sama ke kuliyyah agama, sesi tazkirah, solat jamaah dan kuliyyah di masjid, meeting persatuan, juga 'berjanji temu' untuk lunch/ dinner sekali memandangkan kami berada di mahallah (kolej kediaman) dan kuliyyah (kelas pengajian) yang berlainan.


Dengannya, saya bisa berkongsi pelbagai perkara. Tempat luahan perasaan, pinta pandangan dan diskusi pelbagai isu. Berkongsi rasa dan jiwa. Sama-sama bergelak ketawa dan berkongsi masalah. Bergurau dan juga saling mengingatkan. Saling membantu dan memahami. Tersangat banyak kenangan manis yang tercipta bersama. Yang pasti, jiwa terasa bahagia... Chewah=)

Allahu Akbar! Subhanallah wal Hamdulillah... Seinfiniti syukur buat Rabbul Jalil... Hidup saya penuh keindahan kerana Allah telah hadirkan ramai teman-teman, sahabat-sahabat serta sahabat-sahabat karib sepanjang pengajian saya di UIA dulu. Ditambah bi'ah solehah d UIA yang amat mendamaikan kalbu... Semuanya terlalu manis buat saya... Terima kasih ya Allah...




Buat sahabat baik saya ~Zuhairah Zainol Abidin~ Sanah Helwah ya sohaabati! Ana doakan kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan buat enti sekeluarga. Dipermudahkan segala urusan hidup, dimurahkan pintu-pintu rezeki, diampunkan dosa-dosa dan dikumpulkan kita bersama di syurga Allah saat pertemuan abadi kelak... Ameen!

Uhibbuki Fillah, Zuhai! (>.<)v

*Buat sahabat-sahabat saya yang menyambut hari lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac ini, EID MILAD & SANAH HELWAH! Kalian pernah menjadi penghibur hati dan penguat semangat ~ Moga antunna semua dalam keberkahan dan perlindungan Allah sentiasa... Ameen..
Ukhuwwah Fillah ini membuahkan rindu pada antunna semua! Subhanallah...



Wednesday, February 2, 2011

'Royalti' Berterusan Buat Mama dan Abah


Selembut sutera kasih Ilahi yang sentiasa terhampar pada seluruh kehidupan ini...

Hembusan kasih sayang-Nya dipantulkan melalui insan-insan yang sentiasa menyayangi kita, insan2 yang baik disekeliling kita, insan2 yang berbakti buat kita, insan2 yang terbuka ruang hatinya untuk menyenangi kita, dan seluruh kehidupan yang dipermudahkan buat kita dalam mengecap nikmat bahagia ini...

Semuanya pantulan kasih sayang dan belas kasihan Allah s.w.t. terhadap kita. Dihadirkan pelbagai nikmat dalam pelbagai bentuk, dan segalanya adalah percuma! Subhanallah..


Kita lahir ke dunia dengan penuh kelemahan dan ketidakupayaan untuk melakukan apa-apa, dengan tidak mengerti sesuatu serta ketidakupayaan untuk memberitahu sesuatu hajat kecuali melalui tangisan. Lahir pula tanpa perlindungan dan keseorangan di dunia yang asing dari alam rahim..


Di sana Allah s.w.t. lemparkan rasa kasih yang amat-amat tinggi dalam diri seorang ibu dan seorang bapa buat kita. Kala itu hati dipenuhi rasa sayang, suka, tenang dan bahagia secara fitrah (semulajadi) buat sesiapa sahaja yang memandang pada seorang 'kita' yang masih bayi..


Disusukan dengan penuh kasih, dibelai umpama permata berharga, sanggup berjaga malam, rela bersusah dan bekorban segalanya untuk kita, menyediakan makan dan segala keperluan selengkap mungkin, menumpahkan sepenuh kasih, membahagiakan kita semaksima yang mungkin, mendoakan kita tanpa henti, tega menghadapi segala permasalahan yang kita timbulkan, serta cukup tabah untuk menerima segala 'racun' dan 'tuba' dari anak-anak sebagai balasan selautan 'madu' yang pernah diberikan dengan penuh kasih sayang...


Allahu Akbar! Inilah mereka ibu bapa kita... Anugerah Allah yang Maha Rahim buat kita. Sehingga ke hari ini, berapa banyak bahagia yang mampu kita usahakan buat mereka, dan berapa banyak pula gurisan luka di hati mereka yang telah kita lakukan? Untuk membalas segala lautan 'madu' dan kasih mereka, kita sememangnya tidak mampu dan memang tidakkan terbalas segalanya...


Tiada kata yang mampu diungkapkan, betapa bahagianya kita semua kerana dianugerahkan (hakikatnya dipinjamkan) dengan nikmat kedua ibu bapa ini. Segala puji hanya bagi Allah, Dia telah mengaturkan saya menjadi anak kepada kedua ibu bapa yang sangat baik dan penyayang, dan saya tidak mampu untuk melakarkannya di sini.. betapa saya amat bersyukur pada anegerah ini... betapa saya amat merasai hembusan kasih dan belas Ar-Rahman melalui kasihnya mama dan abah pada saya.. betapa saya tidak mampu untuk mengungkapkan infiniti nilai kasih saya pada mereka..



Kerana kebaikan dan kasih mereka yang menggunung buat saya dan adik-adik, kami cuba untuk menjadi anak soleh solehah yang membahagiakan jiwa dan mata hati mama dan abah. Cuba berbakti dan membahagiakan mereka, cuba dan terus mencuba.. Namun kami sedari, kami tetap tidak sunyi dari kesilapan dan dosa..


Lantas diri sering memikirkan cara terbaik untuk menghadiahkan sesuatu buat mama dan abah, sesuatu yang kekal dan berpanjangan... Sesuatu yang akan 'menemukan' kami kembali setelah perpisahan di dunia ini...


Hadis Rasulullah s.a.w. menguatkan saya untuk menghadiahkan sesuatu yang terbaik dan berkekalan buat mama dan abah...


"Jika mati anak adam, terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak soleh kepadanya" (HR Muslim)


Allahu Akbar! Rasul yang mulia telah memberi panduan, dan saya sentiasa memohon agar Allah s.w.t lorongkan jalan istiqamah untuk melakukan 3 perkara tersebut sebagai hadiah terbaik untuk mama dan abah.


Moga Allah Ta'ala limpahkan belas kasihan dan rahmatNya agar segala usaha untuk menjadi anak soleh solehah, amalan-amalan yang dilakukan, doa yang diungkapkan, sedekah jariah yang diniatkan untuk mama dan abah serta ilmu-ilmu bermanfaat yang sentiasa cuba diusahakan ini akan diterima oleh Allah Ta'ala dan dikreditkan ke dalam akaun pahala mama dan abah...


Saya cuma umpama 'burung kecil' yang cuba untuk usahakan sesuatu... Hanya mengharapkan Rahmat Allah yang Maha Pengasih... Moga royalti berterusan untuk mama dan abah yang cuba diusahakan ini akan diterima...


"Sesungguhnya Ya Allah... mereka telah menjalankan amanahMu dengan penuh bertangjungjawab, menjaga kami dengan penuh kasih dan sayang, memberikan didikan agama, adab dan akhlak buat kami, bahkan segala-galanya terlalu baik dan sempurna untuk kami... Dan kami sedari, hakikatnya mereka adalah pantulan kebaikan dan kasih sayang-Mu terhadap kami, Ya Muhaimin... Kami insafi, tiada yang mampu kami lakukan tanpa anugerah belas kasihanMu terhadap kami. Maka berlemah lembutlah terhadap kami, Ya Lathif... Kasihanilah kedua ibu bapa kami dengan rahmatMu.. Pertemukan kami kembali di alam cinta kekal abadi di syurgaMu kelak.. Ya Allah.. Ya Rahman.. Rahim.."


Tuesday, February 1, 2011

Thank you Allah...

Terima kasih ya Allah... Semua yang diberi dan semua yang berlaku, segalanya bukti kasih sayang-Mu buat hamba... Hikmah buat kebaikan hamba-hambaMu jua...





~ Alhamdulillah 'ala kulli hal ~ Thank you Allah...

~ I asked for strength.. and Allah gave difficulties to make me strong.

~ I asked for wisdom.. and Allah gave me problems to solve.

~ I asked for courage.. and Allah gave me obstacles to overcome.

~ I asked for love.. and Allah gave me troubled people to help.

~ I asked for favors.. and Allah gave me opportunities.

~ Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed...

Friday, January 21, 2011

Tengok pada Bulan..

Adik bongsu saya, Hafizuddin Harif kini berada di UIA Gombak, mengikuti English Course di sana. Adik kecik ini le yang saya sayang sangat... suka cubit-cubit pipi, cium dan peluk time kecil-kecil dulu (>.<)


Sekarang dah habis SPM dah pun... Subhanallah... cepatnya dah meningkat remaja! Dia sangat baik... amat berhati-hati bila bercakap agar tiada yang terasa. Sopan je tingkah lakunya ~ macam abang Hanif dia.. yang sering bersama, sehati dan sejiwa...







Tadi Hanif bersembang melalui telefon ~ minta Adin memerhatikan bulan ~ 17 Safar, bulan cerah dan terang... sambil bercerita dan meluahkan rindu untuk bermain table tennis sekali;)


Adin, kami rindu... Tengok pada bulan... di mana pun kita, bulan itu cuma satu. Bila dua jiwa memandang pada bulan nan satu, terasa seolah jiwa berpadu. Cahayanya memantulkan kerinduan dan keindahan.

Subhanallah... Syukur kami atas anugerah 'Usrati Jannati' ini...

Friday, January 14, 2011

Selamat Hari Lahir Akakku!



Hari ini merupakan hari lahir sahabat baik saya, kak Farah Hayati Ab Rahim. Teman sepengajian di UIA suatu ketika dahulu. Sahabat seperjuangan yang saya anggap umpama kakak sendiri...


Subhanallah.... Ukhuwwah ini terlalu manis untuk dikenang!


Kami pergi ke kelas yang sama, makan bersama, saling ber'tazkirah' bila bersembang, punya 'rasa' dan minda yang sama dalam kebanyakan perkara, bergelak bersedih bersama, dan berkongsi segalanya umpama adik beradik kandung.


Punya banyak persamaan: Masing-masing merupakan anak sulung, mempunyai 5 beradik (4 adik-adik), punya tarikh lahir yang sama (14 Januari dan 14 Mac), lebih kurang sama tinggi dan sama besar (a.k.a. sama kecik=), Punya instinct dan worldview yang sama dalam banyak perkara, hatta ada yang memanggil kami belangkas ~ Farah Diana ~


Semasa masih di UIA dan berterusan selepasnya, keluarga masing-masing saling bersua, seerat ukhuwwah kami. Walaupun kak Farah di Melaka dan saya Kedah, kejauhan bukan satu pemisah untuk tetap bertemu...


Masih segar di ingatan tika semester terakhir kami di UIA Kuantan, boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu/ 2 minggu sekali kami akan ke Teluk Cempedak bersama. Makan aiskrim di pantai, membeli 'sata' kesukaan kak Farah, mencari buku-buku agama di Kuantan Parade dan Saba Islamic Media, juga berkongsi cerita yang pelbagai.



Boleh dikatakan sepanjang 4 tahun sesi pengajian kami di UIA Gombak dan UIA Kuantan, kami sentiasa bersama. Bermula dari berjalan ke kelas, ke makmal, menjalankan kajian tahun akhir (final year project) yang sama ~ sample: sprague dawley rat ~ bersarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama, hatta saling 'membantu' jika salah seorang mengantuk di kelas! ;)

Allahu Akbar... Allah mengaturkannya begitu indah sekali... Saling mengingati dan menasihati antara satu sama lain...


Buat akak yang disayangi Lillahi Ta'ala... Moga Allah kurniakan kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan berpanjangan buat akak sekeluarga. Dipermudahkan segala urusan dunia, dikurniakan anak soleh solehah, tenang dan gembira selalu =)


Selamat hari lahir, akakku... Salam rindu penuh kasih sayang...