CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Iqra'. Show all posts
Showing posts with label Iqra'. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Kunci Kejayaan Minda: Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Ringkasan Buku Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (2008) Kunci Kejayaan Minda. Telaga Biru Sdn Bhd.






1.       Betulkan niat & fokus

-          Niatkan kebaikan dalam setiap amalan. Berikan manfaat dan hindari kejahatan.

-          Kesungguhan, fokus, mulakan kerja yang penting, bersistematik, hindari perasaan jemu.

2.       Ikut orang yang berjaya

-         Orang yang berjaya melakukan tindakan yang tak mampu diimaginasikan oleh orang lain.

-         Waktu istirehat seperti bekerja dan waktu kerja seakan-akan istirehat baginya (kerana terlalu terhibur dengan kerja).

-         Perlu optimis, tidak berputus asa, memelihara potensi diri, akal tidak tergugat dengan nafsu.

3.       Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu

-         Abu Thahir al-Salafi pernah ditanya, “Dari mana kamu mendapatkan ilmu-ilmu ini?” Beliau menjawab: “Daripada tinggal bersama buku-buku yang ada di rumahku selama 70 tahun”.

4.       Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

-         Ibnu Sina: membaca kitab Al-Farabi sebanyak 40 kali.

-         Ibn Hazim: selepas seluruh bukunya terbakar, beliau menulis semula daripada hafalannya.

-         Umar Abdul Aziz: “Sungguh aku memiliki jiwa yang merindu. Jiwa yang merindui kepimpinan, maka aku mendapatkannya; merindui khalifah, maka aku meraihnya; dan sekarang jiwa itu merindui syurga”.

5.       Gagal bukan bermakna tewas

-          Thomas Edison: gagal untuk 9,999 experimen mentol elektrik sebelum berjaya.

6.       Jejaki kejayaan para sahabat

-         Zubair al-Awwam: merintis jalan ke China dengan meninggalkan segala kepentingan di Madinah, akhirnya meninggal dunia dan dimakamkan di sana.

-         Abu Hanzalah: syahid dalam keadaan berjunub kerana terus terjun apabila terdengar paluan gendang perang. Kemudian beliau dimandikan oleh para malaikat.

7.       Tuntutlah ilmu

-         Abu Hurairah: membahagikan malamnya kepada 3 bahagian: 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk solat dan 1/3 untuk tidur.

-         Imam Al-Ghazali: menghafal Al-Quran pada usia 6 tahun dan menjadi ulama’ yang mengajar seluruh negara pada usia 9 tahun.

8.       Cuba menghasilkan karya walaupun anda tidak berbakat

-         Ibn Taimiyyah: menulis 4 topik dalam 1 hari dan setiap buku diselesaikan dalam seminggu.

-         Ibn Sina: menulis kitabnya sebanyak 25 halaman dalam setiap hari.

9.       Persiapan untuk alam akhirat

-         Alam akhirat itu amat hampir dengan kita ibarat di bilik sebelah. Cuma sakaratul maut menjadi pemisah ibarat dinding.

10.   Ambil iktibar keberkatan umur ilmuan tersohor

-         Umur itu pengukur amal. Sehari amal ditambah, sehari usia berkurang.

-         Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama 2 tahun sahaja, namun penuh keberkatan.

-         Imam Nawawi meniggal dunia pada usia 40 tahun, namun meninggalkan warisan penulisan yang sangat besar.

11.   Miliki kemuliaan dalam hidup

-        Burulah darjat dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. walaupun terpaksa dihambat kehinaan di sisi manusia.

12.   Sabar menggapai cita-cita

-         Cita-cita itu dekat dalam minda, namun jauh dalam langkah.

13.   Buang sifat malas dan suka tidur jauh-jauh

-         Sekiranya kamu tahu apakah natijah, nescaya kamu tidak akan tidur. Jangan melepaskan peluang yang datang dan mensia-siakan kesempatan umpama tidurnya serigala di antara kambing-kambing.

14.   Matlamat memandu cita-cita

-         Saidina Umar Al-Khattab: “Jika aku tidur pada siang hari, urusan umatku tidak selesai. Jika aku tidur pada malam hari, urusan peribadiku tidak selesai”.

-         Jika kamu mengidamkan kemuliaan yang dicita-citakan, maka jangan berpuas hati dengan sesuatu yang ada di bawah bintang.

-         Pedang itu boleh membunuh hanya ketika berada di tangan orang yang berani.

15.   Kenalpasti potensi diri anda

-          Anda sering meneropong keluar, sekarang masanya untuk meneropong ke dalam diri.

16.   Perdalami ilmu pengetahuan

-          Lahirkan seorang pakar.

-          Kemahiran berenang tidak dapat dipelajari melalui buku sahaja tetapi dapat dipelajari di dalam air.

17.   Contohi tokoh-tokoh unggul

-          Para sahabat memiliki profession kepakaran masing-masing.

18.   Berusahalah ke tahap optimum

-         Pedang tidak ditakuti selagi tidak terhunus.

-         Sesiapa yang bersungguh-sungguh pada usia mudanya, beliau akan menjadi orang ternama pada usia matangnya.

19.   Tiada kemahuan tiada jalan

-         Bila anda mula bergerak, jalan akan terbentang luas.

-         Jangan beri alasan hilang segala kesempatan, kerana orang yang berjalan pasti sampai ke destinasi.

-         Jauhi sifat malas, sikap meremehkan dan menunda-nunda pekerjaan.

20.   Bertawakkallah

-         Jangan suka menunda-nuda pekerjaan dan ragu-ragu. Apabila kamu bertekad melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah s.w.t.

21.   Harungi ranjau jika mahukan kejayaan

-         Anda mesti berani melalui jalan yang sukar untuk sampai ke destinasi.

-         Halangan kejayaan: sifat malas, tidak bersungguh-sungguh, menangguh-nangguh kerja, berangan dan tiada matlamat.

22.   Kecapi manisnya kejayaan

-         Jadikan manisnya kejayaan sebagai tenaga untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

-         Orang yang berusaha ibarat menanam tumbuhan: akan rasai kenikmatan dan kepuasan ketika memetik hasilnya.

23.   Jangan menempa kegagalan

-          Dunia adalah medan pertaruhan, hidup perlu perjuangan.

24.   Sedia mengkoreksi diri

-          Sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam maka dia termasuk orang yang beurntung.

25.   Jika anda pelajar - Jadilah pelajar Berjaya

-          Miliki cita-cita yang tinggi, tidak putus asa, kemahuan yang besar terhadap ilmu.

26.   Jika anda guru - Jadilah guru terbilang

27.   Jika anda ibu bapa - Jadilah ibu bapa teladan

28.   Jika anda seorang penulis – Jadilah penulis yang produktif

29.   Jika anda cendiakawan – Jadilah cendiakawan cemerlang

30.   Jika anda seorang pendakwah – Jadilah pendakwah yang ideal

31.   Jika anda seorang mufti – Jadilah mufti yang berdedikasi

32.   Jika anda seorang pengurus – Jadilah pengurus berinovatif dan kreatif

33.   Jika anda seorang penasihat – Jadilah penasihat yang berpengaruh

Friday, March 29, 2013

Tuntutan IQRA'





Datangnya Islam bersama tuntutan IQRA'. Menuntut ilmu yang dengannya bertambah keimanan kita dalam merasakan kehebatan Allah swt. Sekecil-kecil perkara sekalipun di alam ini, Allah Maha Mengetahui dan Maha Menciptakan dengan penuh kesempurnaan. Apatah lagi sebesar-besar perkara dan seindah-indah benda, semuanya diciptakan penuh sempurna. Belajar ilmu sains atau ilmu apapun, bertambah kagum akan kehebatan penciptaan ini... bertambah hampir kepada-Nya, bertambah nilai kesyukuran dan kehambaan.

Dikurniakan pula minda-minda bijaksana dan kreatif kepada sebahagian manusia. Subhanallah! Dari ilmu Allah jualah lahirnya para saintis, doktor, ulama' dan pelbagai pakar lain yang begitu mahir dan tinggi ilmunya. Subhanallah... segala kehebatan ilmu itu datangnya dari Allah!


Justeru, seringkali saya memujuk hati saat kemalasan, malunya dengan ilmuan-ilmuan hebat terutamanya pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Mereka berkorban segalanya untuk ilmu. Kita hanya perlu korbankan sedikit rasa malas. Itu sahaja!!

Moga Allah swt mudahkan jalan untuk kita semua menuntut ilmu sama ada secara formal ataupun tidak. Dengan izin Allah, kemahuan dan usaha, InsyaAllah... "Tuntutan Iqra'... kami penuhi!!"