Bermuhasabah di Hujung Ramadhan..
Sayu rasanya meninggalkan Ramadhan yang dipenuhi ganjaran kebaikan. Mungkin ini yang terbaik, mungkin juga yang 'terburuk'. Malu rasanya... Nilai taqwa adakah sudah terbina? Roh jihad adakah sudah benar2 terbangun? Allahu Akbar!
MUHASABAH RAMADHAN
Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki
Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki
Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama
Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa duri angkara
Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir
-UNIC-
Monday, August 29, 2011
Muhasabah di Hujung Ramadhan...
Posted by dianaharif at 5:16 PM 0 comments
Wednesday, August 3, 2011
Monday, August 1, 2011
Selamat Hari Lahir Buat Insan2 tersayang...
02.08 : Hidayatul Najiah Harif Fadzilah
15.08 : Nuriah Hj Hassan, mama tersayang!
Ya Allah... Pemilik Segala Kasih Sayang dan Kekayaan... Limpahkan segala kasih dan belasMu kepada ibu yang tanpa henti menumpahkan segala kasih dan cinta untuk anak2nya ini. Segala pengorbanan yang tak bisa untuk diungkapkan, doa yang tidak pernah putus, sayang yang tidak pernah pudar...
Kurniakan nikmat kesihatan berpanjangan buat mama, abah & adik2.. bukakan pintu2 rezeki, permudahkan segala urusan, bahagiakan kehidupan, dan berkatilah perjalanan di dunia ini menuju 'destinasi terakhir' di syurgaMu yang penuh kenikmatan, dengan segala RahmatMu wahai Yang Maha Penyayang... Satukan kami kembali agar di SyurgaMu itulah menjadi tempat pertemuan abadi kami kelak... Pada keluarga yang Engkau rezekikan buat hamba, maka bahagiakanlah... Pada nikmat yang Engkau hadiahkan buat hamba, maka berkatilah segalanya...
atas kurniaan seorang IBU..
Yang membelai lembut
seluruh kehidupan ini,
Sungguh.. ia biasan
Kasih dariMu jua..
Posted by dianaharif at 9:33 PM 0 comments
Labels: SuteraKasihIlahi
Friday, May 20, 2011
Mengantuknya!
Peristiwa di sepertiga malam...
Si A: Terjaga pulak~ Mengantuknya! Tido lagi best, sambung mimpi...
Si B: Isk nyamuk nie, kacau daun betul! Tengah-tengah malam ni la korang sibuk nak kacau tido aku. Malas-malas pun kena bangun jugak, 'on'kan suiz ubat nyamuk elektrik, then tido balik...
Si C: Ala... terjaga sebab nakgi tandas... Mengantuknya!
Si D: Sape kunci jam kul 3 am nie? Memang nak kena ni! Adoi... mengantuknya.. Biar je la jam tu berbunyi... Zzzzzz...
Si E: Eh, terjaga pulak... Ala, habis le mimpi best aku tadi. huuhu. Rilek le, baru kul 5 am, japgi subuh aku bangun le... Zzzzz...
Si F: 5.30 am? Dah alang-alang terjaga nie, bangun je la.. Nanti terlewat Subuh pulak..
Si G: Alhamdulillah, Allah kejutkan untuk qiamullail. Terima kasih ya Allah... kerana beri peluang dan kekuatan ini...
Bermuhasabah sendiri.. mengantuk tu normal le bagi semua orang di tengah-tengah malam. Sebab malam memang dijadikan untuk tidur dan istirehat. Kalau rasa diri tak mampu bangun di seperdua atau sepertiga malam, boleh bangun di akhir malam/ awal pagi sebelum masuk waktu Subuh.
Mengantuk sebenarnya boleh diatasi. Bila terjaga, terus ke tandas untuk bersihkan muka dan berwudhuk. Kalau dah terjaga tapi melengah-lengahkan masa, last-last memang le akan tertidur balik. Tapi kalau langsung tak terjaga? (memang tidur mati tu) Alternatifnya perlu ada niat yang bersungguh-sungguh dan usaha kunci alarm, minta orang kejutkan atau doa pada Allah mohon kekuatan untuk bangun...
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah meninggalkan solat malam kerana ingin menjadi hamba yang bersyukur. Para sahabat, muqarrabin dan mukminin lainnya, tetap teguh membuktikan kecintaan dan kesyukuran walaupun pada dasarnya semua orang akan mengantuk.. Fisiologi semulajadi badan manusia memang fitrahnya akan mengantuk, tetapi dengan latihan berterusan yang menukarkan sesuatu yang sukar menjadi tabiat, pasti akan lahir keseronokan dan kebahagiaan berpanjangan=)
Jadi, alasan 'mengantuk' tu boleh ke diterima, jika fitrahnya memang semua orang akan rasa mengantuk? Jika mereka boleh melawan rasa mengantuk (dan malas) tu, kita tidak boleh ke? Yang sukar itu le hebat ganjarannya... Mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu, tiada alasan jika benar-benar hendak...
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah bersolat tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan sedikit daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan tartil. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat. Sesungguhnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya"
(Al-Muzammil: 1-6)
"Sesungguhnya orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Rabb mereka, dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka memisahkan rusuk mereka dari tempat tidur, sedang mereka berdoa kepada Rabb mereka dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka daripada yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan"
(As-Sajadah: 15-17)
Posted by dianaharif at 11:03 PM 0 comments
Labels: Tazkiyyatunnafs
Thursday, May 12, 2011
Agama Sebagai Nasihat
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Agama itu adalah nasihat'. Kami sekelian bertanya, 'Untuk siapa?' Maka jawab Rasulullah s.a.w.: 'Bagi Allah, KitabNya, Rasulnya dan bagi kaum Muslimin dan orang awamnya".
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkan, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-nabi mereka".
-Hadis 40-
Posted by dianaharif at 10:41 PM 0 comments
Labels: Tazkiyyatunnafs
Thursday, May 5, 2011
Me'layu' yang Masih 'layu'
Melayu bangsaku..
Situasi 1: Hantar laptop untuk diperbaiki, selepas sebulan masih belum buat apa-apa.. Alasannya tak sempat..
Situasi 2: Order beberapa buah buku, selepas sebulan lebih masih belum sampai. Minggu pertama katanya tersilap maklumat. Minggu kedua katanya on the way. Minggu ketiga katanya nanti diorang check balik. Minggu keempat, kelima, keenam.. semuanya penuh dengan alasan..
Situasi 3: Peminjam masih belum memulangkan barang kita walaupun dah berbulan atau bertahun dalam simpanannya. Bak kata orang, simpan buat pekasam..
Situasi 4: Mesyuarat/ program apa-apapun tak pernah bermula tepat pada masanya. Selalunya memang akan lewat. Pasti lewat! Kadang-kadang tersangat le lewatnya hinggakan peserta/ ahli mesyuarat dah jemu menunggu. Last-last balik camtu je..
Situasi 5: Segelintir pekerja gemar sangat keluar minum berjam-jam ketika waktu bekerja. Takpun paling tidak, berFB atau bersembang melebihi had etika bekerja.
Situasi 6: Masa sukaaaa sangat disia-siakan camtu je. 'Emas' yang disia-siakan! Menunggu di klinik untuk berjumpa doktor, menunggu bas/ LRT, keterlaluan membazir masa menonton TV, melepak, merempit, kurang belajar, keterlaluan melayari internet dll yang tidak bermanfaat. Alangkah bagusnya andai ketika menunggu sesuatu, penuhi masa dengan membaca. Waktu terluang, isi dengan sesuatu yang berfaedah.. elakkan melepak, merempit, dll.
Situasi 7: Bukan semua, tapi masih ada kedai makan yang kotor, pejabat yang berselerak, sampah di merata-rata tempat, longkang yang berbau dan kotor, tempat perkelahan yang tidak terurus dan macam-macam pemandangan yang menyakitkan mata..
Situasi 8: Diberi kerja, kerap menangguh.
Situasi 9: Buat sesuatu sambil lewa, tidak bersungguh.
Situasi 10: Apa-apapun, alasannya kerap kali kerana MALAS ~ Belajar malas, membaca malas, berusaha malas, bekerja malas, bermain malas, makan pun kadang-kadang malas..
Situasi 11: Sekali diberi peringatan, bangkit sekejap. Tapi tak pernah bertahan. Selalunya, Melayu Mudah Lupa...
Bandingkan kita dengan masyarakat barat atau rakyat jepun. Jauuuuh berbeza. Kadang-kadang kita sendiri dah penat dengan kerenah-kerenah bangsa sendiri. Saya mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu.. Berubahlah... bermula dari diri, agar berjaya mengubah masyarakat sendiri...
Rasulullah s.a.w. mengajarkan satu doa agar dilindungi dari kemalasan dan kelemahan. Hassan Al-Banna mengumpulkannya dalam ma'thurat agar kerap dibaca pada waktu pagi dan petang:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut, dan dari desakan hutang serta paksaan orang" Ameen ya Rabbana...
Posted by dianaharif at 9:55 PM 0 comments
Labels: Hikmah
Sunday, April 24, 2011
Selamat Hari Lahir, Abah tersayang...

Masa kecil-kecil dulu, Abah selalu belikan mainan untuk kami. time budak-budak memang banyak benda yang teringin, nak mainan itu ini. Cakap je nak apa, Abah belikan. Mungkin masa kecil dulu Abah dibesarkan dalam keluarga yang susah, tak semua benda boleh dapat dengan senang. Sebab tu Abah cuba juga untuk penuhi hasrat anak-anak yang sering meminta macam-macam, itu dan ini...
Masa di zaman sekolah rendah, Abah yang selalu ajar kami buat kerja sekolah. Ada masa saya atau adik2 buat perangai tak nak ke sekolah sebab kerja sekolah tak siap, Abah tak pernah marah.. abah pujuk dengan tenang dan cakap: "ok, takpe, Abah boleh siapkan kerja sekolah nie", sambil cuba meniru tulisan tangan saya yang comot.. ~ Bila saya kenangkan kembali, saya tersenyum rindu... sebab Abah baik sangat...
Bila tamat darjah enam, Abah cakap nak hantar saya (anak sulung Abah) ke sekolah agama. Anak lelaki sulung (Muhamad Hanif), Abah nak hantar ke sekolah tahfiz. Sebab Abah dulu tak berkesempatan untuk ke sekolah agama... Mula-mula saya sedih sebab kena berjauhan dari Mama dan Abah, tapi Abah pujuk... tak rugi ke sekolah agama, nanti bila saya dewasa, saya akan faham... Dan kini, saya sangat memahami dan sangat berterima kasih pada Abah... kerana telah memilih pendidikan terbaik buat saya...
Meningkat remaja dan di alam universiti, Abah selalu pesan... Al-Quran jangan tinggal walau sehari... baca dan renungi selalu. Dalam keadaan apapun, sentiasa yakin dengan Allah! Semua yang terjadi ada hikmah dan kebaikan untuk kita... Buat baik dan tolong orang jangan mengharapkan balasan, sebab jika kita perlukan bantuan, Allah swt akan hantar orang-orang yang baik pula untuk menolong kita. Kata-kata Abah sentiasa sarat dengan pesanan positif dan ketenangan...
Abah mendidik kami melalui contoh dan peribadi Abah sendiri. Memberikan contoh tanpa perlu mengeluarkan sebarang arahan. Menghulurkan kasih tanpa henti, melayan dan memberikan segala yang terbaik, juga menjadi Abah yang sangat baik buat kami. Anak-anak dan sesiapa jua yang mengenali Abah, pasti menyenangi dan mengasihi Abah...
Bagi saya dan adik-adik, Abah adalah insan yang sangat istimewa di hati sanubari kami... tanda kasih sayang Allah swt pada kami sekeluarga... kerana telah memancarkan sinar kasih dan cinta seorang Abah (dan Mama) yang memantulkan segala kasih dan belas Yang Maha Pengasih pada hamba-hambaNya ini...
Selamat Hari Lahir, Abah... Anak-anak Abah ini akan sentiasa doakan kegembiraan, kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan syurga buat Abah... terima kasih, ya Allah... atas kurniaan seorang 'Abah' yang terbaik buat kami... sebab Abah baik sangat...
"Sungguh aku mengagumi sosok itu, yang suatu masa sering mendodoi tidurku, dengan Kalam Suci AgungNya.. Juga pada tangan yang semakin kasar dengan kepayahan dan jerih perit usahanya, serta raut wajah yang semakin bertambah kedutan usia pengalamannya.. Abah.. Insan teristimewa bagi kami, Nurdianah, Hazirah, Muhamad Hanif, Hidayatul Najiah dan Hafizuddin... Yang mendidik kami dengan contoh & teladan, dengan sabar & hikmah, juga dengan iman & amanah.. Kami menjadi saksi, bahawa tanggungjawab di pundakmu tergalas baik, bahawa dirimu ayah terbaik..! Allah, pertemukan kami kembali di syurgaMu, dengan redha seorang ayah, juga doa seorang anak.. Demi kasih ini, keranaMu.. SELAMAT HARI LAHIR, buat abah tersayang.. Dr Harif Fadzilah Che Hashim...
Posted by dianaharif at 9:24 PM 0 comments
Labels: SuteraKasihIlahi











