CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 8, 2011

(ix) Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Dambakan Syahid Fi Sabilillah

Dalam siri terakhir ini, ingin saya kongsikan detik-detik bersejarah penaklukan kembali Baitul Maqdis ke tangan tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin Al-Ayubi pada 27 Rejab 583 H bersamaan 15 Oktober 1187 M.
  • Kekalahan tentera salib di Hittin pada 4 Julai 1187 (ringkasan pada siri viii) menyaksikan 30,000 tentera mereka terkorban (tentera Islam yang syahid cuma 5,000 orang) dan 30,000 tentera salib yang lain menjadi tawanan perang.

  • Dengan rasa marah, kecewa dan malu, pimpinan tertinggi tentera salib yang berpusat di Jerusalem (Baitul Maqdis) meminta bantuan tambahan dari Eropah.

  • Ketika Sultan Salahuddin dan 80,000 orang tentera Islam mengepung Kota Jerusalem buat pertama kalinya, mereka masih belum berjaya menembusi pertahanan tentera salib.


  • Salahuddin Ayubi menjalankan risikan dan menyusun strategi. Baginda menawan sebuah gereja yang bersambung dengan bahagian dalam benteng Kota Jerusalem di sebelah utara.

  • Apabila ramai tentera salib yang berkumpul untuk menyelamatkan bahagian utara benteng tersebut, Sultan Salahuddin mengarahkan serangan dilakukan di sebelah barat.


  • Tentera Islam menggali parit untuk menyusup masuk ke dalam benteng pertahanan mereka.

  • Lapisan pertama benteng berjaya ditembusi. Usaha diteruskan dengan panah-panah berapi dan terusan parit. Akhirnya ketiga-tiga benteng berjaya ditembusi dan tentera Islam merempuh masuk dan menawan Kota Jerusalem sepenuhnya.

  • 'Bendera putih' dikibarkan oleh tentera salib yang ketakutan.

  • Utusan dihantar kepada Sultan Salahuddin untuk perdamaian. Lantas dijawab oleh baginda: "80 tahun yang lampau ketika tentera salib mengepung Kota Jerusalem ini, tentera Islam dan orang awam bertahan di kota ini. Tentera kamu merampas Jerusalem dengan kekerasan dan membunuh semua tentera Islam yang menyerah. Wanita kami diperkosa, anak-anak kami dilambung dan ditadah dengan tombak/ pedang sehingga berkecai tubuh mereka.." Baginda mengesat air mata kesayuan.



  • Walaupun diambang kemenangan, Sultan Salahuddin menolak sebarang kekejaman dan kekerasan. "Kita berperang untuk mencari redha Allah, mereka berperang bagi mencari kemegahan" ~Salahuddin Ayubi.


  • Antara matlamat penaklukan Baitul Maqdis adalah untuk menyerahkan kembali Masjidil Aqsa kepada umat Islam.

  • Wang tebusan tahanan hanya sebanyak 10 dirham (lelaki), 5 dirham (wanita) dan 1 dirham (kanak-kanak). Mereka keluar secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah. Subhanallah.. inilah Islam, agamaku.. agama pendamaian, keselamatan dan kesejahteraan...


  • Perjanjian damai dilakukan pada hari Jumaat, 27 Rejab 583 H. (tarikh Isra' dan Mi'raj).

  • Maka melangkahlah tentera Islam dan Sultan Salahuddin dengan gagahnya ke Baitul Maqdis... secara rasminya telah ditawan kembali oleh Islam pada 27 Rejab 583 H...

  • Selepas lebih 80 tahun, berkumandanglah azan pertama di Masjidil Aqsa pada hari jumaat tersebut. Allahu Akbar!



(viii) Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Dambakan Syahid Fi Sabilillah


  • Setelah membuat segala persiapan perang dan tentera Islam diperkuatkan, Sultan Salahuddin memimpin pasukan tenteranya meninggalkan Damsyik menuju ke Palestin (Baitul Maqdis) pada akhir bulan Muharam 583 H.

  • Berhenti di Bustan untuk menunggu ketibaan tentera dari Mesir, Mosul dan daerah-daerah Arbil. Tentera Islam bergabung atas satu landasan jihad fi sabilillah...

  • Sultan Salahuddin menyusun angkatan perangnya dan membina strategi terbaik untuk menawan pangkalan tentera salib di beberapa kawasan sekitar Baitul Maqdis terlebih dahulu.

  • Panglima Malikul Afdhal ditugaskan untuk mengetuai pasukan pemanah yang akan berada di barisan hadapan, Panglima Syamsudin mengetuai tentera pejalan kaki, Panglima Muluk mengetuai pasukan risikan dan Sultan Salahuddin sendiri akan memimpin pasukan berkuda.


  • Beberapa siri peperangan telah berlaku di Shafuria, Kota Kark, Kota Tabariyah, dan Kota Safariyah. Allah memudahkan kemenangan di pihak tentera Islam walaupun jumlah tentera salib jauh lebih besar setelah mendapat bantuan tambahan dari Eropah.



Sabtu, 29 Rabi'ul Akhir 583 H:

  • Sebelum peperangan di satu tempat bernama Hittin dimulakan, Sultan Salahuddin memberi amanat buat para pejuang Islam: "Kita berperang kerana membela agama dan umat Islam. Mereka berperang kerana benci dan marah. Sekiranya kita kalah, tentera salib akan terus menindas umat Islam selamanya. Kita perlu berperang habis-habisan, pilih antara dua.. sama ada menang ataupun syahid!"


  • Strategi tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin yang menguasai sumber air, melancarkan panah-panah berapi dan membakar rumput kering bagi mengepung tentera salib berjaya menewaskan mereka walaupun jumlah tentera kuffar jauh lebih ramai.


  • Tentera Islam berjaya menguasai bukit Hittin dan panji-panji Islam ditegakkan dengan laungan takbir


  • Tentera Islam yang syahid adalah seramai 5,000 orang dan tentera salib yang terkorban seramai 30,000 orang. Tentera salib yang ditawan juga seramai 30,000 orang termasuk Birnis Arnet (ketua panglima perang tentera salib).


  • Sepanjang memimpin tenteranya, Birnis adalah seorang lelaki yang sangat kejam. Banyak menumpahkan darah orang Islam, membunuh tawanan perang tanpa belas kasihan, wanita diperkosa dan pernah meminum darah kanak-kanak yang disembelihnya.


  • Tambahan pula Birnis pernah menghina Rasulullah, membunuh ramai jemaah haji yang bermusafir ke Mekah, dan merancang untuk menawan Mekah dan Madinah.. Semuanya adalah kesalahn besar yang tidak dapat dilupakan oleh umat Islam.


  • Walaupun telah menjadi tawanan, Birnis tidak terus dibunuh oleh Sultan Salahuddin. Bahkan baginda menyerahkan sebilah pedang kepada Birnis Arnet untuk berlawan satu sama satu.


  • Birnis yang angkuh suatu ketika dahulu akhirnya berjaya ditetak lehernya oleh Sultan Salahuddin Ayubi.


  • Baki tentera salib yang terselamat sebagai tawanan perang telah dilepaskan dengan pembayaran wang tebusan. Mereka bersetuju untuk tidak berperang lagi dan akan kembali ke Eropah.


  • Selepas peperangan di Hittin, Kota Asqalan dan satu demi satu jajahan tentera salib jatuh ke tangan Sultan Salahuddin.


  • Ramai yang telah memeluk Islam dan menyertai tenteta Islam menentang tentera salib.


  • Buat pertama kalinya selepas lebih 80 tahun, tentera Islam berjaya menguasai kawasan pantai Syam dan hampir menuju ke destinasi untuk menakluk Baitul Maqdis... Allahu Akbar!


Monday, February 7, 2011

(vii) Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Dambakan Syahid Fi Sabilillah


Selepas kemenangan mematahkan serangan tentera salib dari menguasai Mekah dan Madinah, Sultan Salahuddin Ayubi dan para tentera Islam yang dambakan syahid fi sabilillah terus menyusun langkah untuk menawan Baitul Maqdis.
  • Pangkalan tentera salib di Yaman dan Beirut berjaya ditawan. Buat kesekian kalinya tentera kuffar kalah lagi apabila berhadapan dengan satu angkatan tentera yang tidak takutkan mati dan dambakan syahid ini.



  • Rentetan daripada itu, Selat Aqabah, Kota 'Ailah, Kusran dan Kota Bisan juga berjaya dikuasai kembali oleh tentera Islam.


  • Beberapa siri peperangan dan pertahanan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin berjaya menyekat kemaraan tentera salib untuk menguasai Mekah dan Madinah.

  • Kemenangan demi kemenangan yang dicapai oleh pasukan tentera Islam semakin melemahkan semangat juang tentera salib. Tersirap perasaan gerun di hati mereka.

  • Buat kali kedua, mereka meminta pendamaian kerana gerun akan kemaraan tentera Salahuddin Ayubi.

  • Islam tidak pernah memulakan peperangan, akan tetapi apabila diserang, wajib mempertahankan wilayah Islam. Islam tidak pernah memulakan peperangan, akan tetapi dakwah membawa misi keselamatan dan kesejahteraan Deenul Haq ini akan terus dilakukan demi sebuah kedamaian dan keadilan sejagat. Itu misi Islam.


  • Apabila diminta untuk berdamai, Sultan Salahuddin bersetuju dengan syarat tentera salib tidak boleh menyerang Mekah dan Madinah buat selamanya, tidak boleh mengganggu para jemaah haji yang bermusafir menuju ke Mekah, tidak boleh mengganggu para peniaga yang berulang alik dari Mesir ke Syam, semua tawanan perang Islam perlu dibebaskan dan tidak boleh menyerang tanah jajahan masing-masing.

  • Beberapa bulan selepas itu, Sultan Salahuddin diserang sakit yang amat lama sehingga timbul khabar angin mengatakan baginda sudah meninggal dunia.

  • Tentera salib dan kaum kuffar amat gembira mendengar berita tersebut dan menyangka Sultan Salahuddin benar-benar telah meninggal dunia.

  • Mereka melanggar perjanjian damai buat kesekian kalinya dengan melancarkan perang dan menawan kembali Kota Bisan dan Kark. Penguasa Islam di sana telah dibunuh. Pedagang-pedagang Islam diserang dan barang dagangan mereka dirampas. Jemaah haji yang bermusafir ke Mekah juga ditahan dan dibunuh. Pastinya perancangan untuk menakluk Mekah dan Madinah akan diteruskan kerana musuh nombor 1 mereka telah tiada.


  • Sultan Salahuddin masih di pembaringan menanggung kesakitan. Namun digagahi jua dirinya beserta para pembesar dan pegawai untuk melakukan solat hajat mohon keselamatan buat Islam dan umat Islam dari cengkaman kekejaman para kuffar.




  • Dalam sujud dan doanya yang panjang, Salahuddin Ayubi memohon kepada Allah agar disembuhkan untuk membantu Islam yang ditindas. "Saya bernazar sekiranya saya sembuh daripada penyakit ini, saya akan pastikan Birnis dan tentera salib tidak lagi melakukan kejahatan di muka bumi ini. Saya juga berjanji untuk merebut kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera salib dari menguasai bumi umat Islam!"

  • Sultan Salahuddin mengutuskan surat kepada Birnis, tiada lagi perjanjian damai dengan kaum kuffar kerana telah hilang kepercayaan atas pengkhianatan yang telah mereka lakukan.

  • Birnis dan tenteranya terus menerus menahan para jemaah haji yang bermusafir ke Mekah beserta utusan yang telah diutuskan oleh Sultan Salahuddin untuk menyampaikan surat tersebut. Dengan angkuhnya dia menyuruh Nabi Muhammad datang menyelamatkan mereka yang nyawanya di hujung pedang tentera salib.

  • Sultan Salahuddin bersumpah untuk membunuh Birnis dengan tangannya sendiri lantaran penghinaannya terhadap Rasulullah dan pengkhianatannya melanggar perjanjian damai.

  • Setelah diberi kesembuhan dari penyakit yang menimpa, Sultan Salahuddin mempersiapkan angkatan tenteranya dan merancang strategi untuk menawan Baitul Maqdis dan mengusir terus semua tentera salib supaya kembali ke Eropah.

  • Baginda menulis surat kepada Bani Abasiyah di Baghdad, Bani Umayyah di Andalus dan pemimpin-pemimpin negara Islam untuk bersatu menyertai angkatan perangnya menentang tentera salib. Mereka bergabung tenaga, tentera, senjata perang, makanan dan kekuatan. Allahu Akbar!




(vi) Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan Perjuangan Membebaskan Baitul Maqdis



Setelah lebih 80 tahun penguasaan tentera salib ke atas Baitul Maqdis (Jerusalem), umat Islam tidak dibenarkan untuk bersolat di Masjidil Aqsa. Semangat jihad yang tinggi di jiwa Sultan Salahuddin Al-Ayubi untuk menawan kembali Baitul Maqdis yang pernah dikuasai Islam suatu ketika dahulu..

  • Selepas menguasai Kota Baniyas, Sultan Salahuddin memimpin angkatan tentera Islam untuk menawan Kota Kark, Tabriyah, Jaffa, Sirda, Majdal dan Asqalan. Kawasan sekitar Baitul Maqdis ditawan terlebih dahulu sebelum menawan Baitul Maqdis.

  • Kaedah perang ini digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika ingin menawan kembali Kota Mekah (Fathul Mekah). Baginda tidak terus menguasai Mekah, tetapi menguasai kawasan sekitarnya terlebih dahulu.

  • Pernah Birnis (ketua panglima tentera salib) memimpin 10,000 tentera salib untuk menawan kembali kota Baniyas dari tentera Islam, namun berjaya dipatahkan oleh tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin.


  • Kerana kebingungan dan 'kecut perut' dengan kehebatan tentera Salahuddin Al-Ayubi yang menang dalam setiap peperangan dan menguasai semakin banyak tanah jajahan mereka, Birnis datang berunding untuk melakukan genjatan senjata selama 3 tahun.

  • Kerana Islam adalah agama keamanan, Sultan Salahuddin bersetuju.


  • Dalam tempoh 3 tahun, tentera salib dan tentera Islam tidak dibenarkan untuk berperang dan menakluk tanah jajahan masing-masing.


  • Sultan Salahuddin mengambil peluang tersebut untuk menyatukan negara-negara Islam dan membina kekuatan terlebih dahulu. Jika Jerusalem dikuasai ketika itu, ada kemungkinan kuasa sebenar dari Eropah akan datang dan menawan semula Baitul Maqdis. Perlunya kekuatan Islam dibina terlebih dahulu.


  • Ketika tempoh genjatan senjata tersebut, baginda berhasrat untuk menunaikan haji dan mendalami ilmu agama dengan 3 ulama' besar zaman itu; Syeikh Abi Thahir Auf, Syiekh Attartusyi dan Syiekh Qadhi bin Fadhil.


  • Namun kaum kuffar tetap sama dari zaman Rasulullah, zaman Sultan Salahuddin hingga ke zaman kita sekarang.. Tidak pernah berpegang kepada janji! Mereka yang memohon untuk diadakan genjatan senjata, dan mereka jualah yang melanggar perjanjian tersebut!


  • Setelah mengumpul sedikit kekuatan, tentera salib cuba untuk menakluk Kota Aleppo (tanah jajahan Islam) dalam tempoh genjatan senjata tersebut.

  • Bahkan mereka merancang dan menyusun strategi untuk menakluk Mekah dan Madinah, 2 kota suci umat Islam

  • Sultan Salahuddin lantas memimpin 10,000 tentera berkuda menuju ke Hijaz dan menyekat laluan yang akan dilalui oleh 100,000 tentera salib yang ingin menyerang Mekah dan Madinah.


  • Ketika pertempuran berlaku, tentera salib mengepung dan menyerbu Sultan Salahuddin untuk membunuh baginda. Namun kerana kecekapan dan bantuan dari 1,000 orang tentera Islam yang mahir memanah, serangan mereka berjaya dipatahkan.


  • Allahu Akbar! 100,000 tentera kuffar berjaya dikalahkan oleh 10,000 tentera Islam yang bertaqwa! Tentera salib melarikan diri dari medan pertempuran kerana kekalahan.


  • Tentera Islam terus berkawal di Taimak (Hijaz) demi memastikan rancangan tentera salib untuk menakluk Mekah dan Madinah berjaya disekat sepenuhnya.


  • Kaum kuffar yang tidak berpuas hati terus menerus 'menyakiti' Islam dengan menyekat para jemaah yang bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji. Harta jemaah haji dirampas dan mereka dibunuh dengan kejam. Alangkah kejinya kaum kuffar! Mereka memulakan pengkhianatan dan terus menerus melakukan kezaliman ke atas umat Islam...



Sunday, February 6, 2011

(v) Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan Perjuangan Membebaskan Baitul Maqdis

Antara strategi Sultan Salahuddin untuk menguasai Palestin adalah dengan menguasai kawasan sekitarnya terlebih dahulu:

  • Menguasai Baniyas, pintu masuk ke Palestin. Baniyas adalah kubu kuat tentera salib dan tempat mendaratnya tentera dari Eropah. Jika Baniyas dapat dikuasai tentera Islam, bantuan tentera Eropah dari luar dapat dihalang.

  • Berjaya menawan 300 orang pegawai tertinggi tentera salib (pembesar Eropah dari tanah jajahan) yang menyerah kalah kepada tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin.

  • "Ketika pertempuran berlaku, kami melihat beribu tentera berpakaian jubah putih menungggang kuda di udara sambil melaungkan kalimah "Allahu Akbar!" Itu yang menakutkan kami. Siapakah mereka itu?" -ungkapan tentera salib yang menjadi tawanan di Baniyas. Subhanallah... ini pertolongan Allah buat tentera Islam...

  • Kerana kemurnian ajaran Islam, tentera tawanan dilayan sebaik mungkin. Tiada pembunuhan, penyeksaan dan kekejaman ke atas mereka. Mereka dibebaskan sama ada dengan menganut Islam atau membayar wang tebusan.

  • Selepas kota Baniyas, tentera Islam menawan benteng Khusnul Ahzan, kubu perlindungan tentera salib di pinggir Baniyas.

  • Selepas berjaya menguasai Khusnul Ahzan, 100,000 peralatan senjata beserta 700 tentera salib, kanak-kanak dan wanita dapat ditawan oleh tentera Islam.

  • Namun sekali lagi kerana kemuliaan Deenul Islam, Salahuddin membebaskan mereka semua tanpa dibunuh dan tanpa perampasan harta walau sedikit pun. Tebusan perang yang dikenakan cuma 10 dinar untuk kaum lelaki, 5 dinar untk kaum wanita dan 1 dinar untuk kanak-kanak. Allahu Akbar! Sungguh, Islam agama keamanan dan kesejahteraan...

  • Nama Sultan Salahuddin menjadi masyhur selepas dapat menawan Baniyas. Bertambah gerun di hati musuh dan semakin kasih di hati umat Islam...

(iv) Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan Perjuangan Membebaskan Baitul Maqdis


Baitul Maqdis pernah ditawan oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Namun disebabkan perpecahan sesama Islam, tentera Salib menakluk semula Baitul Maqdis.

Ketika Kota Jerusalem (Baitul Maqdis) ditawan oleh tentera salib pada 15/07/1099 M, mereka bertindak kejam membunuh semua penduduk beragama Islam. Merampas Jerusalem dengan kekerasan dan membunuh kesemua tentera Islam yang menyerah, menganiaya kanak-kanak dan memperkosa kaum wanita sebelum dibunuh. Mereka menjadikan kanak-kanak Islam sebagai barang mainan, dilambung ke udara dan ditadah dengan tombak/ pedang sehingga tubuh kanak-kanak tidak berdosa itu hancur berkecai.

Menceritakan kisah kekejaman mereka, Ibnu Kathir dalam bukunya 'Al-Kamil fit Tarikh' menyatakan bahawa sebelum penaklukan tersebut, tentera salib menawan satu tempat bernama Maaratun Nu'man dan membunuh lebih dari 100,000 umat Islam lalu melemparkan mayat mereka ke dalam api.

Gustar Le Bon, seorang ahli sejarah menulis di dalam bukunya mengenai parang salib, lebih 60 000 orang dibunuh di Baitul Maqdis dalam masa 8 hari. Ibnu Khaldun juga menyatakan fakta yang tidak bercanggah, iaitu lebih kurang 70,000 orang dibunuh oleh tentera salib ketika menakluk Baitul Maqdis.



Maka dengan semangat tersebutlah, selepas lebih 80 tahun Baitul Maqdis dalam penguasaan dan kekejaman tentera salib, Sultan Salahuddin bangun mengasah semangat jihad para tentera Islam supaya bersatu mengambil kembali hak umat Islam yang pernah dirampas secara kejam. Hak sebagai tempat suci kiblat pertama umat Islam, masjid kedua yang mula-mula sekali dibina di muka bumi Allah, serta tempat persinggahan Rasulullah dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj. Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa sepatutnya dimuliakan... bukan dijadikan medan kezaliman dan penindasan.

"Saya yakin, ketika Allah s.w.t. mengurniakan saya bumi Mesir, Dia juga mengurniakan bumi Palestin kepada saya. Saya juga yakin ketika Allah s.w.t. mengurniakan saya jawatan Khalifah, Dia juga memberi tanggungjawab bagi saya untuk membebaskan Baitul Maqdis. Disebabkan itu saya menyerahkan seluruh diri saya berjuang di jalan Allah.." ~Salahuddin Ayubi~

"Ya Allahu Rabbana... Pilihlah kami bagi membebaskan Baitul Maqdis, dan janganlah Engkau matikan kami sehingga kami dapat bersolat di masjidil Aqsa" ~Salahuddin Ayubi~




(iii) Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Jiwanya Tak Pernah Gentar, Perangnya Tak Pernah Kalah!

  • Salahuddin dididik dengan ilmu agama oleh bapanya dan ilmu ketenteraan oleh bapa saudaranya, Asaduddin Syirkuwah.

  • Dalam usia 10 tahun sudah diajar bermain senjata dan mahir menggunakan pedang dan anak panah. Juga diajar cara-cara menunggang kuda. Tika menginjak remaja, diajar ilmu peperangan.

  • Ketika itu Salahuddin masih berada di Kota Aleppo, satu Kota Kerajaan Sultan Nuruddin Mahmud Zanky di sebelah Barat. Sebelah Timur diperintah oleh saudaranya, Sultan Ghazi yang beribu kota di Mousil. Mereka berdua adalah putera Sultan Imaduddin Zanky, Sultan Kerajaan Zanky.

  • Perpindahan Salahuddin ke Mesir adalah rentetan dari serangan Tentera Salib terhadap Iskandariah, Mesir.

  • Sultan Nuruddin menghantar pasukan tentera yang dipimpin oleh Salahuddin untuk membantu Kerajaan Fatimiyah (berfahaman Syiah) di Mesir untuk menghadapi serangan tentera salib.

  • Bagi menjamin keselamatan yang berterusan di Mesir, Khalifah Al-Adhid (Pemerintah Mesir) melantik Panglima Asaduddin sebagai Perdana Menteri Mesir dan Salahuddin sebagai Ketua Panglima Tentera Mesir.

  • Selepas kemangkatan Panglima Asaduddin, Salahuddin dilantik menjadi PM Mesir.

Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Salahuddin di Mesir adalah:

  • Memberi bantuan wang kepada golongan miskin dan orang-orang tua yang hidup melarat. Elaun kepada para pembesar negara dikurangkan dan digalakkan untuk berjimat cermat dalam urusan pentadbiran negara.

  • Tanah yang pernah dirampas dikembalikan semula kepada rakyat.

  • Cukai dikurangkan atau dimansuhkan terus bagi golongan miskin. Natijahnya, ekonomi kerajaan Mesir makin meningkat memandangkan cukai telah dikurangkan dan para petani semakin rajin dan gembira untuk bekerja.

  • Menggantikan sebahagian pembesar dan pegawai kerajaan yang belot (duri dalam daging yang pernah berpakat dengan tentera salib untuk menguasai Mesir) kepada muka-muka baru yang berpelajaran tinggi, setia dan bertaqwa.

  • Melakukan pembersihan dalam pentadbiran negara dengan memecat golongan syiah extrimis dan menggantikannya dengan lantikan dari kalangan Ahli Sunnah wal Jama'ah.

  • Menjadikan Iskandariah sebagai pangkalan tentera laut Islam dan membina banyak kapal-kapal perang. Panglima Syamsuddin ditugaskan untuk memimpin armada tentera laut di Iskandariah.

  • Berusaha untuk menjadikan Mesir sebagai sebuah negara yang kuat dari segi ketenteraan, senjata dan kapal-kapal perang.

  • Menguasai seluruh kawasan pantai sekitar Laut Merah.

  • Membina benteng-benteng yang kukuh bagi melindungi Kota Kaherah, Kota Fustat dan Kota Iskandariah.

Selepas kemangkatan Sultan Al-Adhid, Salahuddin dilantik menjadi Khalifah Mesir. Baginda kemudian diiktiraf oleh Pemerintah Bani Abasiyah sebagai Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Misi utama Sultan Salahuddin adalah mengusir tentera Salib dari Baitul Maqdis. Pelbagai siri serangan tentera salib ke atas negara jajahan Islam berjaya ditewaskan oleh Sultan Salahuddin dan angkatan tentera Islam. Tentera Salib akhirnya gerun dengan keperwiraan Sultan Salahuddin yang bijak mengatur strategi dan tidak pernah kalah dalam semua peperangan yang dipimpinnya!