CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 11, 2011

Tautan Ukhuwwah Ini Kembali Mekar

11.1.11 ~ Petang tadi kami menerima tetamu yang sangat istimewa… Kisah pertemuan semula selepas lebih 30 tahun…

............................................................................................

Suatu ketika di penghujung tahun 1970-an, datuk saya (Arwah Cikgu Hj Hashim Hj Mohamad) di Lundang, Kota Bharu diserang penyakit Gallstone (batu karang), dan bapa saudara saya meminta pertolongan seorang doktor untuk datang merawat. Ketika itu abah saya masih di matrikulasi UKM dalam jurusan Biology.

Dr Haydar Ali Tajuddin bin Fateh Mohamed, seorang doktor yang amat dikenali ketika itu. Antara doktor muslim pioneer yang membuka klinik di Kota Bharu. Sifat tawadhu' dan mesranya membuatkan ramai yang menyenangi beliau.

Beliau datang ke rumah datuk untuk merawat tanpa mengenakan sebarang bayaran. Ketika itu datuk bertugas sebagai imam di Masjid Lundang, markas dakwah dan tarbiyah yang sering diadakan kuliyah-kuliyah agama. Dr Haydar Ali dan abang beliau (Engineer Salehuddin) sering menyampaikan kuliyah agama, tazkirah dan pengisian dakwah. Abah saya antara 'peminat setia' tika pulang bercuti dari UKM.

Selesai rawatan, bapa saudara saya dengan nada berseloroh berkata kepada abah: "Harif, nanti nak jadi doktor jugak kan, boleh le tolong hantar beg Dr Haydar ke kereta" ~ (Ambil berkat, kata orang Melayu).

Selepas menghabiskan matrikusi Biology di UKM, abah memilih jurusan kedoktoran. Masa berlalu, sehingga selepas berpuluh tahun, Allah temukan kembali 2 insan yang terpisah selama 30 tahun ini.... Subhanallah...

Pertemuan yang diaturkan-Nya begitu indah... Saya di Kedah dan mereka masih di Kelantan. Saya dan Amalina bt Haydar Ali berkawan rapat tika bekerja bersama di IPPT USM (~Bertam~ Kepala Batas, Penang). Walaupun cuma sempat untuk beberapa bulan sebelum Amalina kembali ke HUSM Kelantan, tapi Allah tiupkan rasa kasih dan sayang umpama saudara sendiri... Ukhuwwah yang terjalin bagaikan 'penyambung' ukhuwwah bapa kami yang pernah disatukan dalam jama'ah dan majlis ilmu serta medan dakwah suatu ketika dahulu...



Fitrah hati, orang-orang beriman dan orang yang baik akan disayangi secara semulajadi. Allah s.w.t. hadirkan rasa senang bila berdampingan bersama...

Dan itu yang saya rasakan apabila bersahabat dengan Amalina ~ Dr Amalina. Penuh dengan kelembutan, tawadhu' dan kemesraan. Sempat berkelah bersama dan ketika beliau bermalam di rumah saya, rupanya saat itu baru mengetahui bahawa abah mengenali ayahnya menerusi siri-siri kuliyah dan medan dakwah puluhan tahun yang lalu.

Subhanallah... Allah mengaturkan pertemuan ini penuh hikmah...

11/1/11, Dr Haydar dan Dr Harif bertemu kembali ~ dipenuhi kasih sehening ukhuwwah yang bertaut kembali selepas 30 tahun... Maha Suci Allah yang mempertemukan 2 jiwa yang berkasih kerana Allah ini...

Wajah yang dilimpahi Iman.. berkat kerja dakwah dan mendirikan sekolah Tahfiz di Kota Bharu, saya mengkagumi beliau.. Dr Haydar Ali Tajuddin sentiasa dalam ingatan dan doa kami...

Buat sahabat saya, Amalina... Selamat berjuang, moga Allah permudahkan segala urusan attachment dan MMed di HUSM sana. Diberi keberkatan ilmu dan keseluruhan hidup, dikurniakan kebahagiaan dalam Iman dan kesihatan yang berpanjangan.


Salam sayang penuh mesra, Uhibbuki Fillah, Amalina..

Syurga Dunia


Alhamdulillah....

Syukur tak terhingga atas nikmat kebahagiaan...

Tiada kata mampu mengungkapkan, tiada tinta mampu menukilkan... betapa nikmat bahagia ini begitu berharga dan bermakna buat seorang hamba, bukti kasih sayang dan belas kasihan dari Rabbul Jalil.

Bahagia dalam keimanan, kesihatan, keberkatan dan seluruh kehidupan...

Bahagia bersama keluarga, sahabat, teman dan seluruh kenalan...

Bahagia mempunyai keluarga yang penyayang, kerjaya, harta, ilmu, dan seluruh nikmat yang dipinjamkan ini...


Allahu Akbar! Bagi-Mu segala kesyukuran yang tak terhingga atas segala nikmat kebahagiaan ini..

Terima kasih, Ya Allah... atas kurniaan 'Usrati Jannati' ini buatku... ~ Keluargaku ini Syurga Bahagia buatku ~ Ya Rahim... hidup suburkanlah kasih sayang antara kami dan himpunkan kami di taman syurga-Mu kelak... Ameen Ya Rabbana...


Kasih dan sayang tak terhingga buat Usrati Jannati...

- Dr Harif Fadzilah Che Hashim

- Puan Nuriah Hj Hassan

- Nurdianah Harif Fadzilah

- Hazirah Harif Fadzilah

- Muhamad Hanif Harif Fadzilah

- Hidayatulnajiah Harif Fadzilah

- Hafizuddin Harif Fadzilah


Terima kasih 'usrati'... kerana di sini 'syurga dunia'ku...

Allahu Rabbi... kurniakan kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan berpanjangan buat maAbah yang sangat penyayang, adik-adik dan keluarga yang ceria, saudara, guru, sahabat, dan teman... Kerana mereka semua telah membahagiakanku di dunia ini... dan satukan kami di taman syurga-Mu kelak... Ameen Ya Rahim...


~ Nurdianaharif ~ 11.1.11 ~

Monday, January 10, 2011

Renew Hati





Sunday, January 9, 2011

'Kanak-kanak itu' Telah Dewasa

Putaran waktu begitu cepat berlalu. 20 tahun kedengarannya amat lama, tapi realiti selepas melaluinya saban tahun, pantas sekali. Allahu Akbar!

Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan dalam sabda Baginda:

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara:

- Hidup sebelum mati

- Sihat sebelum sakit

- Lapang sebelum sibuk

- Muda sebelum tua

- Kaya sebelum fakir”

(Riwayat Hakim dan Baihaqi daripada Ibnu Abbas).


20 Tahun Berlalu… dan 'Kanak-kanak itu' telah dewasa..

Apabila direnungkan, saya tersentak. 20 tahun sudah berlalu?! Allah... Bagaimanakah pengisian umurku berpuluh tahun ini... Diterimakah amalan? Diberkatikah seluruh kehidupan yang berlalu? Subhanallah... Kami mohon Engkau Redhai hayat kami yang masih tersisa ini, Ya Lathif...

Tengahari semalam sahabat baik abah (Dr Abd Rasyid Che Ali) dari Kuala Terengganu datang bersama isterinya, auntie Zubaidah. Kami makan tengahari bersama. Rancak berbual, sudah beberapa tahun tidak bersua.

Jika kami ke Terengganu, Insya-Allah singgah ke rumah mereka. Dan jika mereka datang ke utara, pasti juga singgah di rumah kami. Maknanya cuma beberapa tahun sekali baru bersua. Kali terakhir rasanya 3, 4 tahun yang lalu.

20 tahun lalu, keluarga kami amat rapat antara satu sama lain. Sewaktu abah dan pakcik Rasyid sama-sama menyambung pelajaran di London, kami menyewa di rumah yang sama. Cuma bilik yang berlainan. Berkongsi dapur, ruang tamu dan laman rumah sewa tersebut.

Saya dan adik-adik masih kecil dan belum bersekolah ketika itu. Kami bersahabat baik dengan 3 orang anak lelakinya yang juga lebih kurang sebaya dengan kami. Yang sulungnya muda setahun dari saya. Mereka lah sahabat dan teman sepermainan kami sepanjang berada di sana. Macam adik beradik!

Bermain bersama, keluar melancong pun bersama. Ada masanya kami bergaduh berebut mainan, cemburu jika dibeli mainan yang baru, atau sengaja bertindak nakal mengacau satu sama lain.

Jika dikenang, pasti tersenyum (^o^)

Hujan emas di negara orang… ketika itu sahabat umpama saudara sedarah sedaging. Rapat dan saling tolong menolong bergantung harap. Namun bila kembali, punya hidup yang berjauhan. Cuma doa dikirimkan moga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke syurga…

Buat pakcik Rasyid dan auntie Zubaidah sekeluarga, hembusan doa dinukilkan moga dilimpahi keberkatan hidup, kesihatan dan kebahagiaan berpanjangan. Buat Najmi, Khairuddin, Azri dan Sabrina… Doa kami moga kalian berjaya mencapai cita-cita, dilimpahi ketenangan menempuhi ranjau dunia ini, serta menjadi anak soleh solehah buat ibu ayah kita yang kian melalui hari tua mereka..

Umpama mereka menatang kita bagai permata berharga, selayaknya juga itu yang dikembalikan buat mereka… Pesanan khas buat adik-adik saya yang amat disayangi ~ Jee, Hanif, Ida dan Adin ~ 20 tahun lalu berlalu begitu pantas… Namun kenangan kanak-kanak kita masih segar mewangi… Seharum kasih sayang MaAbah terhadap kita selamanya..

Allahummarham Waalidiina fid Dunia wal Aakhirah…



20 tahun telah berlalu, 'kanak-kanak itu' telah dewasa... Dan 20 tahun mendatang, 'kanak-kanak' tersebut pasti melalui hari tuanya jika masih dipanjangkan umur... Moga usia ini terus menerus dilimpahi keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Ameen...

Saturday, January 8, 2011

Saat Membahagiakan

Subhanallah... Manisnya jika seluruh keluarga berkumpul bermesra..

Teringat ketika masih kecil, rumah atuk dan nenek di Kelantan menjadi tempat berkumpul seluruh sanak saudara terutamanya ketika berhari raya. Memang menjadi memori terindah =)

Hujung minggu ini kami sekeluarga berkumpul. Adik-adik dari UIA dan UiTM Selayang pulang melunaskan rindu.



Betullah kata orang, ketika berjauhan memang mengundang rindu. Dulu sewaktu masih kecil dan belum matang, bergaduh itu biasa. Tapi cepat pula baiknya. Maklumlah, adik beradik le sahabat paling rapat yang kita ada...



Kini masing-masing hidup berjauhan. Cuti pula jarang yang sama semuanya. Ketika ini terkenang-kenang masa bersama... seolah mahu kembali bersama seperti dulu...



Subhanallah... sangat rindu waktu kanak-kanak dulu!








Hujung minggu ini kami berkumpul. Memang jika berkumpul bersama, sungguh membahagiakan.... (^o^)v



~ Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturrahim (berhubungan baik dengan keluarga dekat) niscaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam surga yang dijanjikanNya" (HR. Ar-Rabii')

Friday, January 7, 2011

Keberkatan Usia




Alhamdullillah, berpeluang menonton 'Tanyalah Ustaz' pada setiap pagi (7 a.m. - 8 a.m., TV9) sambil bersarapan sebelum ke tempat kerja. Rancangan kegemaran ;)


Pagi tadi Ust Nizam Abdul Kader memberi kupasan mengenai Keberkatan Usia. Antara tanda diberkati usia kita adalah:




(i) Dipemudahkan urusan hidup. Walaupun kekadang sedikit sukar, tapi hati sentiasa tenang dan bahagia =)


(ii) Dibukakan hati untuk sentiasa mengingati mati.


(iii) Bertambahnya amalan-amalan sunat sebagai penghubung jiwa menuju cinta Allah s.w.t. Hati yang sentiasa terikat dengan keindahan cinta Agung ini adalah bukti betapa kehidupan dan usianya terus menerus diberkati dan diredhai Allah s.w.t. Semakin banyak amalan sunat yang dilakukan, semakin Kasih Allah s.w.t terhadap kita....



Thursday, January 6, 2011

Jemputan-Nya Tiada Henti

Allah menjemput kita untuk meluangkan masa bertemu' dengan-Nya... Namun ramai di kalangan kita yang tidak mengendahkan, seolah-olah perkara keduniaan ini lebih penting daripada menyahut seruan Allah... Alpa, sedangkan kesemua nikmat yang diberi pinjam ini datangnya daripada Rabbul Jalil jua...


Azan adalah satu manifesto menyiapkan diri dan bersedia untuk 'bertemu-janji' dengan Allah, Tuhan dan Raja sekelian alam melalui ibadah solat yang akan didirikan.


Pada setiap waktu, kalimah azan dialunkan penuh ketenangan, mengakui keagungan Allah s.w.t, Muhammad sebagai Rasul-Nya, mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan.


Azan Subuh yang mula berkumandang di timur akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1 1/2 jam. Belum pun alunan azan di seluruh Indonesia selesai, azan sudah mulai berkumandang di Malaysia.




Berikutnya di Burma dan dalam waktu satu jam selepas azan dialunkan di Jakarta, masuknya waktu solat Subuh di Dacca, Bangladesh. Azan terus menerus dilaungkan. Kemudian alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.


Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit, dan dalam jangka waktu ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum pun berakhir di Pakistan, azan akan mula berkumandang pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, laungan azan terus bersambung di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berlanjutan setiap saat dan minit sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak waktu Azan mulai dialunkan di Indonesia hingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 1/2 jam.Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia . Ini berterusan pada setiap waktu solat tanpa putus.


Subhanallah, syiar Islam terus menerus dialunkan tanpa henti selama 24 jam sehari di seluruh dunia. Kemudian bersambung dan terus bersambung. Allahu Akbar! Jemputan Allah buat hamba-Nya tidak pernah berhenti…



http://vodpod.com/watch/674634-laungan-azan-selama-24-jam-tanpa-henti