CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 25, 2011

(iii) Dia Sebaik-baik Sultan dan Tenteranya Sebaik-baik Tentera



Pada usia 20 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh sama-sama berpadu tenaga dengan tentera dan rakyatnya untuk membina Tembok 'Rumeli Hissari' (bermaksud tembok orang-orang Rom). Ini adalah sebagai persediaan menghadapi kemaraan tentera Rom ke Turki.

Tembok ini dibina hasil dari ibrah Perang Khandak yang ketika itu parit digali sebagai langkah bijaksana menghadapi tentera kuffar Al-Ahzab. Kisah lebih 800 tahun itu dijadikan pembakar semangat untuk menawan Kota Constantinople.

Suatu ketika di zaman Rasulullah, sewaktu sedang menggali parit tersebut, para Sahabat Rasulullah terjumpa satu bongkah batu yang besar tertanam di dalam tanah. Puas dicuba, namun tidak berjaya dipecahkan. Lantas Rasulullah mengambil penukul lalu berdoa sambil menetak batu tersebut. Pada pukulan pertama kelihatan percikan api dan sebahagian batu tersebut pecah. Pada pukulan kedua, juga terdapat seolah-olah percikan api lalu pecah berderailah kesemua batu itu.

Baginda s.a.w. lalu bersabda: "Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana Kisra di Hirah (Parsi). Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka"





Pada kalam inilah, janji pasti menjadi nyata. Dengan semangat inilah setiap generasi umat Islam cuba merealisasikan penaklukan ke atas Rom dan Parsi demi menyebarkan kalimah Allah di muka bumi, bersikap adil dalam pemerintahan dan menjamin keamanan manusia sejagat.

Usaha menakluk Constantinople dimulakan oleh Saidina Ali b. Abi Thalib (pada tahun 34 H), Mu'awiyah b. Abu Sufyan (84 H), Sultan Sulaiman (91 H), Khalifah Harun Ar-Rasyid (165 H), dan Sultan Beyazid (pada tahun 1391, 1397, 1400 M) akan tetapi semuanya masih belum mampu menawan kota kebanggaan kaum kristian itu...


Kekejaman Raja Rom dan Parsi yang sentiasa bermusuh dan menyerang negara-negara di bawah wilayah Islam, menindas dan membunuh rakyat mereka sesuka hati, merampas harta dan hasil pertanian, serta segala macam bentuk kezaliman menaikan lagi semangat jihad di kalangan tentera-tentera Islam.



Bukan memulakan peperangan, tetapi mempertahankan hak terhadap mereka yang menceroboh dan mengancam perkembangan Islam.

Bukan ingin menguasai hasil bumi semata, tetapi menyebarkan risalah Islam yang mulia.

Dan bukan kerana kepentingan dunia yang lain, tetapi kerana tuntutan mengamankan dunia melalui cara hidup deenul huda yang selamat dan menyelamatkan ini...

Lantas kata-kata Rasulullah suatu ketika dahulu digenggam erat, Islam pasti dapat menawan empayar terbesar dunia ketika itu ~ Rom dan Parsi! Parsi telahpun dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a., dan empayar Rom yang zalim tentunya pasti ditawan oleh 'sebaik-baik sultan, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat'! Subhanallah... itulah era ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh...



"Kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Constatinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!" ~ Napoleon Bonaparte

Monday, January 24, 2011

(ii) Dia Sebaik-baik Sultan dan Tenteranya Sebaik-baik Tentera


Info mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh:

  • Lahir pada 27 Rejab 835 H/ 29 Mac 1432 M

  • Ayahandanya Sultan Murad (II).

  • Ibundanya bernama Permaisuri 'Aisyah.

  • Mula menghafaz Al-Quran dalam usia 5 tahun.

  • Dilantik sebagai Pemangku Sultan ketika ayahandanya Sultan Murad keluar ber'uzlah untuk beberapa bulan. Sultan Muhammad berusia 16 tahun ketika itu ~ Tindakan Sultan Murad ini bertujuan untuk melatih anakandanya Muhammad selok belok urusan pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah yang ketika itu terdiri dari 20 'negara' di bawah jajahannya.

  • Menaiki takhta pada usia 19 tahun.

  • Merupakan Sultan ke-7 Kerajaan Uthmaniyah.

  • Seorang yang amat tawadhu', tenang, sabar, berani dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.

  • Sangat cintakan Ulama' dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

  • Fasih menguasai 7 bahasa: Arab, Latin, Greek,Serbia, Turki, Parsi, Hebrew.

  • Membina tembok Rumeli Hissari yang membentengi Selat Bosphorus. Baginda sendiri melakukan kerja-kerja pembinaan tembok berkenaan bersama 1,000 orang tentera. Tinggi tembok ini adalah 20 hasta, lebar 9 hasta, panjang 5,000 hasta (binaan ukuran ini menyamai parit yang digali oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat sebelum Perang Khandak).

  • Menawan Kota Constantinople (ibu kota Byzantium/ Rome) pada usia 21 tahun.

  • Kota ini jatuh ke tangan Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh pada 20 Jamadil Awal 857 H/ 29 Mei 1435 M.

  • Sultan Muhammad menukarkan nama Constantinople kepada Istanbul (bermaksud 'Islam keseluruhannya').

  • Meluaskan jajahan Islam ke Serbia (1460), Bosnia (1462), Itali, Hungary dan Jerman. Dakwah Islam terus tersebar... Subhanallah!

  • Memimpin sendiri 25 peperangan.

  • 25 negara berada di bawah tamadun Uthmaniyah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh sepanjang hayat baginda. Legasi Islam yang adil dan saksama 'membunuh' kezaliman kuffar (terutamanya ketika di bawah pemerintahan Rom suatu ketika dahulu).

  • Sultan Muhammad mangkat pada 3 Mei 1481 M ketika berusia 49 tahun.




"Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Constantinople, tetapi anak yang di dalam buaian ini..." ~ kata-kata Syeikh Syamsuddin al-Wali (seorang Alim dan Ulama' agung zaman itu)


Sunday, January 23, 2011

(i) Dia Sebaik-baik Sultan dan Tenteranya Sebaik-baik Tentera


Hujung minggu ini saya sedang menghabiskan bacaan mengenai 'Sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera' ~ Buku karangan Abdul Latip Talib. Mohon izin untuk berkogsi, moga ada maanfaat dan pahala berganda ~ Ameen...


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Hadis ini dinukilkan 800 tahun sebelum lahirnya tokoh agung ini ~ Sultan Muhammad Al-Fateh... Betapa dunia Islam menanti ketibaan baginda, umapamanya sahabat Rasulullah s.a.w (Assyahid Abu Ayyub Al-Ansary r.a.) yang minta disemadikan di bawah kubu Kota Constantinople kerana ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera... Subhanallah...





Saturday, January 22, 2011

Mintalah... dan Allah Pasti Mengabulkannya...



Insya-Allah, jika kita berniat untuk sesuatu, Allah s.w.t. akan mudahkan jalan ke arah itu. Yang penting kita berusaha dan istiqamah...


Niat untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa, menjadi anak soleh solehah, suami/ isteri soleh solehah, menjadi orang yang baik, dll. Apepun yang kita mohon, jalan tetap terbuka luas buat kita...


Pohon kebahagiaan, kecukupan, keberkatan, dan segalanya... Insya-Allah, Allah s.w.t Maha Pemberi, Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya... Dibukakan lorong untuk kita mencapai segala hajat... jika bukan sekarang, pasti suatu hari nanti!


Usaha, istiqamah dalam beramal dan bertawakkal adalah kunci utama 'pandangan' Allah terhadap kita. Alhamdulillah.... betapa beruntungnya kita dengan nikmat Islam dan Iman ini... Dan percayalah, tiada satu pun yang mustahil apabila kita meminta kepada Rabbul Jalil yang menguasai 'Araysh dan Perbendaharaan yang Maha Hebat!!


Subhanallah...


Mintalah segalanya, Allah pasti mengabulkannya buat kita...






Friday, January 21, 2011

Tengok pada Bulan..

Adik bongsu saya, Hafizuddin Harif kini berada di UIA Gombak, mengikuti English Course di sana. Adik kecik ini le yang saya sayang sangat... suka cubit-cubit pipi, cium dan peluk time kecil-kecil dulu (>.<)


Sekarang dah habis SPM dah pun... Subhanallah... cepatnya dah meningkat remaja! Dia sangat baik... amat berhati-hati bila bercakap agar tiada yang terasa. Sopan je tingkah lakunya ~ macam abang Hanif dia.. yang sering bersama, sehati dan sejiwa...







Tadi Hanif bersembang melalui telefon ~ minta Adin memerhatikan bulan ~ 17 Safar, bulan cerah dan terang... sambil bercerita dan meluahkan rindu untuk bermain table tennis sekali;)


Adin, kami rindu... Tengok pada bulan... di mana pun kita, bulan itu cuma satu. Bila dua jiwa memandang pada bulan nan satu, terasa seolah jiwa berpadu. Cahayanya memantulkan kerinduan dan keindahan.

Subhanallah... Syukur kami atas anugerah 'Usrati Jannati' ini...

Thursday, January 20, 2011

Maafkanlah...

Dalam meniti kedewasaan dan kematangan diri, berapa banyak salah dan silap yang telah kita lakukan. Tanpa sengaja telah membuatkan seseorang terasa, mengecilkan hati atau menyakitkan hati mereka.

Walaupun tanpa sedar dan tanpa niat, apatah lagi jika sengaja... Jika dihitung, pastinya terlalu banyak kesilapan yang berlalu dan mendatang...

Kini diri semakin matang menilai dan mengawal.. Saya insafi betapa kemaafan itu perlu sentiasa dipinta dan diberikan... kerana nilai usia ini belum tentu selamanya milik kita... Tika terpisa nyawa dari jasad, kita sudah terlambat untuk memohon kemaafan dari jasad yang pernah kita sakiti jiwanya...

Allahu Akbar! Tiada rugi dengan berbuat kebaikan dan memohon kemaafan. Kita seluruhnya bersaudara, dan mereka inilah yang bakal menjadi 'jiran' kita di pertemuan abadi kelak...

Saya maafkan semua orang yang pernah tersalah dan tersilap terhadap saya, kerana hakikatnya fitrah diri mereka sentiasa baik dan suci. Mungkin ketidakmatangan membuatkan mereka tersasar dari fitrah murni ini.

Dan saya sering memohon agar Allah bukakan hati mereka untuk memaafkan saya. Keluarga yang saya cintai, saudara mara terdekat, guru, sahabat, teman dan sesiapa juga yang pernah saya lukai, tersilap atau berdosa terhadap mereka, maafkanlah saya...


Wednesday, January 19, 2011

Dunia yang Memenatkan...