CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 7, 2011

Keberkatan Usia




Alhamdullillah, berpeluang menonton 'Tanyalah Ustaz' pada setiap pagi (7 a.m. - 8 a.m., TV9) sambil bersarapan sebelum ke tempat kerja. Rancangan kegemaran ;)


Pagi tadi Ust Nizam Abdul Kader memberi kupasan mengenai Keberkatan Usia. Antara tanda diberkati usia kita adalah:




(i) Dipemudahkan urusan hidup. Walaupun kekadang sedikit sukar, tapi hati sentiasa tenang dan bahagia =)


(ii) Dibukakan hati untuk sentiasa mengingati mati.


(iii) Bertambahnya amalan-amalan sunat sebagai penghubung jiwa menuju cinta Allah s.w.t. Hati yang sentiasa terikat dengan keindahan cinta Agung ini adalah bukti betapa kehidupan dan usianya terus menerus diberkati dan diredhai Allah s.w.t. Semakin banyak amalan sunat yang dilakukan, semakin Kasih Allah s.w.t terhadap kita....



Thursday, January 6, 2011

Jemputan-Nya Tiada Henti

Allah menjemput kita untuk meluangkan masa bertemu' dengan-Nya... Namun ramai di kalangan kita yang tidak mengendahkan, seolah-olah perkara keduniaan ini lebih penting daripada menyahut seruan Allah... Alpa, sedangkan kesemua nikmat yang diberi pinjam ini datangnya daripada Rabbul Jalil jua...


Azan adalah satu manifesto menyiapkan diri dan bersedia untuk 'bertemu-janji' dengan Allah, Tuhan dan Raja sekelian alam melalui ibadah solat yang akan didirikan.


Pada setiap waktu, kalimah azan dialunkan penuh ketenangan, mengakui keagungan Allah s.w.t, Muhammad sebagai Rasul-Nya, mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan.


Azan Subuh yang mula berkumandang di timur akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1 1/2 jam. Belum pun alunan azan di seluruh Indonesia selesai, azan sudah mulai berkumandang di Malaysia.




Berikutnya di Burma dan dalam waktu satu jam selepas azan dialunkan di Jakarta, masuknya waktu solat Subuh di Dacca, Bangladesh. Azan terus menerus dilaungkan. Kemudian alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.


Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit, dan dalam jangka waktu ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum pun berakhir di Pakistan, azan akan mula berkumandang pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, laungan azan terus bersambung di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berlanjutan setiap saat dan minit sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak waktu Azan mulai dialunkan di Indonesia hingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 1/2 jam.Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia . Ini berterusan pada setiap waktu solat tanpa putus.


Subhanallah, syiar Islam terus menerus dialunkan tanpa henti selama 24 jam sehari di seluruh dunia. Kemudian bersambung dan terus bersambung. Allahu Akbar! Jemputan Allah buat hamba-Nya tidak pernah berhenti…



http://vodpod.com/watch/674634-laungan-azan-selama-24-jam-tanpa-henti

Wednesday, January 5, 2011

Ceria dalam Dugaan


Satu hari di farmasi, saya bersembang dan melayan dua orang kanak-kanak berumur 4 dan 7 tahun. Abang dan adik perempuannya. Si adik berada dalam baby stroller dan kerusi saya membelakanginya.



Si abang agak pendiam, si adik pula petah berbicara, suka gelak ketawa dan tidak malu-malu berbicara dengan orang dewasa. Confident dan ceria.




Lantas saya mengusik, "Eh, dah besar pun masih duduk dalam stroller yea...! Malu la... Bangun, jom akak bawa jalan.." Cuma mengacah, memberikan ruang untuk dia turun.


Si kecil tersebut masih senyum-senyum. Bicaranya menceritakan itu dan ini.


Sejurus kemudian, bapanya datang selepas mengambil ubat di kaunter farmasi. Mungkin mendengar pertanyaan saya, lantas dia menjawab: "O... memang si adik ni kena dibawa dengan kereta sorong bayi nie..."


"Sakit kaki, yea?" Pintas saya.


"Tak, bukan sakit kaki. Memang macam nie" Jawabnya sambil memusingkan stroller tersebut mengadap saya dan membuka selimut yang menutupi bahagian bawah badan anak kecilnya itu.


Masya Allah.. Tetiba air mata cepat je bergenang di kelopak mata.

Adik kecil yang berumur 3 tahun ini dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki. Abdomennya lengkap, cuma berakhir di paras pinggul.

Allahu Akbar... Terasa bersalah kerana 'mengusik'nya supaya turun dari stroller tersebut.


Sayu dan insaf...


Si kecil kemudian bercerita, ada masanya si abang mengusik melarikan barang-barang mainannya. Tapi katanya, dia tak mampu untuk mengejar...


Saya cuba tersenyum dan kemudian mengalihkan wajah ke arah lain, bergenang air mata simpati kerana empati. Ya Allah... Tabahkanlah adik ini pada masa depannya kelak...



Kawan saya juga bercerita pengalaman yang sama. Ketika seorang kanak-kanak perempuan diminta menimbang berat sebelum membuat sebarang pemeriksaan, bapanya bertanya: "Dr, nak timbang semua ke?"



Kawan saya kehairanan. Apa maksud 'timbang semua'? Ye la... tak kan nak tanggalkan baju pulak... mesti la timbang semua...


Si bapa mengangkat kain anak perempuannya ~ terlihat sepasang kaki palsu berdiri tegak menggantikan kakinya yang memang tiada sejak lahir.


Allah... bergenang air matanya....







Saya teringat pada video Nick Vujicic yang pernah saya tonton. Tanpa kaki dan tangan. Walaupun cuma bergantung pada apa yang 'tertinggal' (a.k.a badan dan kepala), dia tetap ceria dan bersemangat untuk hidup, bahkan mampu menjadi pakar motivasi!!



Allahu Akbar... Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. Untuk kita renungi kisah mereka serta jadikan peringatan dan motivasi ~ gunakan semua anggota yang 'diberi pinjam' untuk tujuan kebaikan. Jika ditarik nikmat ini, mampukah kita menghadapinya?


Tuesday, January 4, 2011

Islam Sentiasa di Hati


Monday, January 3, 2011

Ada Apa dengan Sambutan Tahun Baru?


Teringat ketika berada di tahun 3 UIA, kami berpasukan mengedarkan risalah berkaitan Islam bermula pada petang 31 Disember. 'Menjelajah' taman KLCC yang rata-rata dipenuhi oleh remaja Islam, berpasangan lelaki dan perempuan dengan pakaian yang kurang sedap dipandang, serta beberapa aksi yang sakit mata memandang.

Kami tak putus-putus berdoa moga mereka diberi hidayah suatu hari nanti... Risalah terus diedarkan. Kebanyakannya mengenai aurat, akhlak, dan akidah. Tentang indahnya syari'at Islam.

Selepas solat maghrib dan isyak, semakin ramai membanjiri Taman KLCC tersebut. Kami dibahagikan kepada beberapa pasukan. Ada yang mendengar forum di Masjid Syakirin KLCC dan ada yang terus mengedarkan risalah.





Tapi yang pasti, tinggal yang tua-tua je yang setia mendengar ceramah Ustaz Roslan Mohamed (UM) dan panelist lain. Remaja? Semuanya sibuk menunggu percikan bunga api yang akan berlangsung 2, 3 jam lagi.


Penutup Forum, kumpulan nasyid Hijaz memberi persembahan. Tamat forum seusai setengah jam sebelum 12 tengah malam. Waktu kemuncak, nak berjalan balik pun susah kat dataran KLCC tu. Ramai sangat manusia...


Tepat 12 am 1 Januari, bunga api dilepaskan. Allahu Akbar! Gegak gempita! Rasa macam serangan peluru berpandu Yahudi ;( Ditambah pula dengan sorakan dan gelak tawa para remaja yang kebanyakannya Muslim.


Situasi yang sangat sinonim dengan sambutan Tahun Baru yang dicanangkan oleh kaum Kuffar.

Percampuran antara lelaki dan wanita tanpa batasan.

Aurat tidak diendahkan.

Akhlak dan adab sebagai seorang Muslim tidak diamalkan.

Berlaku gejala sosial, gejala songsang, dan macam-macam gejala tidak sihat.

Maka, siapa yang 'orang kita' tiru sebenarnya?

Kalau jelas Islam melarang semua itu, tidak lain dan tidak bukan, amalan kuffar la yang diikut.



Teringat kata makcik yang menjual air di masjid ketika itu: "Lepas ni, dik... macam-macam le 'tertinggal' pagi esok ~ botol arak, etc yang malu untuk disebut. Hasil sambutan tahun baru ;(


Allahu Akbar... Sinarilah hidayah-Mu buat remaja-remaja Islam, saudara-saudaraku yang pernah dan sedang tersasar... Agar kembali kepada cara hidup Islam yang mulia...


Duhai remaja, carilah keseronokan dalam Deen Islam ini sendiri...



“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha (setuju dan suka) kepadamu (wahai Nabi Muhammad) sehingga engkau mengikut agama mereka. Katakanlah kepada mereka: “Sesungguhnya hidayah petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika engkau mengikut kemahuan mereka setelah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu mengenai kebenaran, tidak lagi akan menjadi pelindung dan penolong bagimu” (Al-Baqarah: 120).


“Dari Ibni Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dianggap salah sorang dari kalangan mereka” (Riwayat Al-Imam Abu Daud)

Sunday, January 2, 2011

7 Golongan

Rasulullah s.a.w bersabda:


"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungan-Nya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah. Mereka ialah:


(1) Imam (pemimpin) yang adil


(2) Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah





(3) Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid


(4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah




(5) Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu dia menjawab, "Aku takut kepada Allah"


(6) Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.



(7) Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.




(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011...






Alhamdulillah atas segala nikmat Allah yang infiniti banyaknya untuk kita... Tidak terhitung, tidak terbalas.. Hanya kerana kasih sayang dan belas kasihan-Nya lah kita terus menerus dikurniakan pelbagai nikmat. Allahu Akbar!

Nikmat Islam.



Iman.

Kesihatan.

Kasih sayang.

Kebahagiaan.


Keluarga.

Teman-teman.

Kerjaya.

Harta.

Ilmu.

Usia.

dan seluruh kehidupan ini...

Subhanallah... Engkau terlalu baik terhadap kami, Ya Allah...

Kami pohon diredhai dan diberkati hidup, usia, amal dan ketaatan sepanjang tahun 1432, 2011 ini... Ameen Ya Rabbana...


~ 1/1/11 ~