2010 telah berlalu, Alhamdulillah... Allah beri yang terbaik untuk dikenang...
01 '10: Sebulan menjalani 'attachment' di Pusat Darah Negara (PDN), KL.
02 '10: 7 hari awal Februari 2010 saya 'kembali' ke UIA Gombak, menggamit kenangan zaman bergelar pelajar suatu ketika dahulu. Subhanallah... terlalu manis untuk dikenang...
03 '10: Menghabiskan research project.
04 '10: Menyiapkan tesis sarjana.
05 '10: Exam.
06 '10: Viva.
07 '10: Menyiapkan draft untuk penerbitan journal.
08 '10: Konvo Sarjana di USM =)
09 '10: 10 terakhir Ramadhan saya 'kembali' lagi ke UIA. Rindu sangat untuk Iftar, Tarawih, Qiamullail dan bersahur di Masjid UIA Gombak... Allahu Akbar! Allah temukan dengan sahabat-sahabat yang juga merindui Ramadhan di UIA...
12 '10: Aktiviti pasukan kerja ~ menghadiri International Biohealth Science Conference (IBSC) di Bayview Hotel, Penang. Aktiviti bersama keluarga ~ berkelah, majlis dinner amal untuk pesakit palliative, etc.
Subhanallah... wal Hamdulillah... Terima kasih, Ya Allah... atas nikmat kemanisan hidup sepanjang tahun 2010 yang telah berlalu...
Allahu Akbar... Maha Suci Engkau Yang Maha Pengasih...
Allahu Rabbi... Satukan kami bersama dalam keredhaan di dunia, pertemuan di syurga...
Otak manusia merupakan satu organ yang sangat hebat, di mana ia berupaya menyesuaikan diri dan berkembang serta membentuk neuron-neuron baru sepanjang hayat. Otak memantau dan mengawal segala aktiviti jasad, juga berfungsi sebagai tempat simpanan perasaan, memori dan emosi.
Allahu Akbar! Begitu kompleks nya anugerah minda dan otak…
· Otak manusia berupaya menyimpan maklumat 5 kali ganda berbanding encyclopedia. Subhanallah.. · Otak terdiri daripada lebih 100 billion sel saraf yang ‘membentuk’ siapa diri kita (melalui terzahirnya perasaan dan emosi seseorang bermula dari minda) · Otak manusia mempunyai berat sekitar 3 pounds /1.36 kg. · Mempunyai salur darah sepanjang 100,000 batu / 160,900 km (jika jumlahnya disusun secara bersambung). Subhanallah! · Secara kasarnya otak terdiri daripada 80% air (unsur utama binaan sel juga terdiri daripada 80% air) · Organ ini menggunakan hampir 20% sumber tenaga daripada sistem badan. · Saiz otak bayi akan membesar 3 kali ganda sepanjang tahun pertama kelahirannya. Pertumbuhan sel-sel otak mencapai saiz penuh sekitar berumur 6 tahun. · Otak lebih aktif berfungsi pada waktu malam. Sewaktu kita tidur, otak semakin ligat menjalankan fungsi seperti membaiki sel dan kulit yang telah mati serta menyusun atur semula segala maklumat di dalam memori. Kebiasaannya, kita mempunyai lebih kurang 5 mimpi setiap malam.
· Makanan yang penting untuk menjaga kesihatan otak adalah seperti: - Omega-3: Dapat menjauhkan sifat pelupa dan menajamkan minda. - Makanan yang mempunyai vitamin C: Meransang keupayaan minda. - Kafein (dalam jumpah yang sederhana): Meningkatkan konsentrasi. - Vitamin K (dalam brokoli): Menajamkan fugsi berfikir. - Vitamin E: Mengelakkan pengurangan memori. - Magnesium: Melindungi otak dan saraf-saraf yang saling berhubung. - Folate: Bagus untuk pertumbuhan sel-sel otak.
· Setiap hari kita kehilangan 100,000 sel otak (apoptosis), namun terdapat beberapa cara untuk merangsang otak, membaikpulih fungsinya serta mencegah daripada nyanyuk: - Latih otak untuk sentiasa membaca, terutamanya Al-Quran. - Belajar bahasa asing. - Permainan menguji minda seperti Sudoku, Scrabble, teka silang kata. - Mengasah skill intellectual. · Neuron akan sentiasa berkembang sepanjang kehidupan, oleh sebab itu kita harus sentiasa ‘mengilap’ ransangan dan fungsi otak.. (Baca: 70 cara untuk meningkatkan kehebatan ransangan minda: http://www.mindpowernews.com/BrainPower.htm)
Saya tertarik membaca 1 hasil kajian terbaru (2010) yang menyatakan tabiat meninggalkan sarapan pagi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
Kajian selama 20 tahun yang melibatkan 2,184 peserta menunjukkan mereka yang tidak bersarapan dan terus ke tempat kerja dengan perut yang kosong berisiko untuk mendapat:
· Obesiti · Peningkatan paras cholesterol · Pertambahan lemak di sekeliling pinggang · Tanpa bersarapan, level insulin yang dirembeskan menjadi semakin tinggi, seterusnya meningkatkan risiko diabetes.
Sebab utama kita perlu menjamah sarapan pagi:
· Sarapan boleh meningkatkan metabolism badan. Menjamah walaupun sedikit roti/ bun adalah lebih baik dari meninggalkan terus makan pagi. · Peningkatan metabolism badan berupaya mencegah kenaikan berat badan. · Tidak bersarapan menyebabkan badan kita mula menyimpan lemak. · Sarapan juga melancarkan system pencernaan. · Mencerdaskan daya ingatan, tumpuan, dan sistem pertahanan badan (immunity).
Jika berpuasa, makan sahur adalah sunat muakkad yang paling ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. Betapa pentingnya anjuran ini, maka bersahur atau bersarapanlah sesuainya…
Cepatnya masa berlalu.. Telah tiba tahun baru 1432H dan akan hadir tahun baru 2011M kurang sebulan lagi. Bermakna semakin singkat tempoh menumpang di dunia ini.. dan makin hampir tempoh tinggal keseorangan di alam kubur.. makin rapat saat kepanasan menunggu hisab.. juga bertambah dekatnya diri ini dengan syurga atau neraka… Allahu Akbar!
Mengimbas kisah Hijrah… Untuk menyelamatkan Iman dan Islam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sanggup meninggalkan tanah air tercinta, segala harta kemewahan di Mekah dan saudara2 terdekat yang amat disayangi, menuju ke daerah asing di Madinah tanpa mengetahui untung nasib menumpang di sana. Hijrah hanya kerana Allah, kerana ingin menyelamatkan Iman dan memperjuangkan Islam agar terus berkembang membina tamadun.
Islam berkembang menguasai 2/3 dunia bermula dengan perit jerih pengorbanan Rasulullah s.a.w., dengan tertumpahnya darah para syuhada, serta dengan mantapnya iman para mujahidin.. seawal 1 hijrah yang lalu..
Kini selepas 1,432 tahun berlalu, masih berkobarkah semangat jihad Rasulullah dan para mujahidin terdahulu dalam sanubari kita? Masih terkesankah kita akan darah-darah yang tumpah membasahi bumi demi memperjuangkan Islam? Kisah perjuangan agung demi memartabatkan Islam…
Kini.. ketandusan nilai tauhid, akidah, ibadah, akhlak dan segala-galanya tentang Islam semakin berleluasa. Nilai dunia menjadi ‘mahal’ dan akhirat pula semakin ‘murah’ nilainya. Kerana nilai dunia yang ‘mahal’, ramai manusia mengejar apa yang ada pada dunia ini.. padahal hakikatnya hanya sementara tak berharga! Nilai akhirat (dan syurga) menjadi semakin ‘murah’.. maka tinggallah Islam hanya pada nama. Tiada taqwa dan iman menghiasi hakikat Islam…
Allahu Akbar! Kita dimuliakan kerana Islam. Jika tidak diamalkan syiar Islam ini, tidak dihiasinya dengan iman dan taqwa.. maka layakkah kita menghuni taman-taman syurga kelak? Yang wajib laksanakanlah.. solat, puasa, zakat, etc. Yang haram tinggalkanlah... Arak, rokok dan dadah adalah contoh mudah. Yang sunat perbanyakkanlah, agar kita semakin ‘disayangi’ Allah… Quran pastikan sentiasa dibaca dan difahami, hiasi solat dengan solat sunat dan qiamullail, berakhlaq dengan akhlaq Islam, etc. Dan sewajarnya sesuatu yang makruh dan harus, diteliti sebaik mungkin agar segala amal dan tindakan sentiasa bersesuaian dengan iman…
Maka di sinilah erti hijrah.. Hijrah untuk memantapkan iman menghiasi Islam kita.. menjaga syariah, ibadah, akhlak, mu’amalah, budi dan adab. Menjadi hamba yang disenangi Allah, menjadi anak yang menyejukkan mata dan hati ibu bapa, menjadi orang yang membahagiakan pasangan + saudara + teman dan orang di sekelilingnya. Hijrah perlukan pengorbanan… Mohon pada Allah untuk diberi kekuatan agar terus istiqamah melalui jalan ini…
Subhanallah... bumi umpama 'habuk' di sisi matahari. Apatah lagi jika dibandingkan kedudukan bumi (dan kita!!) dalam galaksi bima sakti dan seluruh alam semesta ini.. ~ Allahu Akbar!
Lantas ‘di manakah’ kita di sisi Allah Ta’ala? None! Tapi kerana kasih sayang dan belas kasihan-Nya… infiniti nikmat dilimpahkan buat kita, doa kita didengari, permintaan kita dikabulkan, dosa-dosa kita diampunkan, bahkan terlalu amat baik terhadap kita sebagai HAMBA yang menumpang seketika di bumi ini ~ umpama microorganisme yang tak ternampak jika dibandingkan seluruh keluasan alam semesta ini…
Allahu Akbar!
Bandingkan kebesaran Allah dengan diri kita sendiri... bayangkan dengan perbandingan ukuran alam semesta... Jika kita menyedari betapa perbezaan kebesaran Allah dengan diri kita, masihkah ada ruang untuk tidak taat kepada-Nya?
Untuk lebih mudah membayangkan kekuasaan Allah, teliti fakta-fakta berikut:
Apabila diskalakan dengan diameter bumi = 0.01 cm (= besar 1 butir gandum), maka:
1. Diameter matahari = 1 cm
2. Jarak matahari - bumi = 1 meter
3. Jarak matahari - bintang terdekat (Alpha Century) = 220 mile = 350 km (yang bersamaan dengan jarak Kuala Lumpur ke Johor Bahru)
4. Solar System kita berada di pinggir galaksi Bima Sakti (Milky Way), yang terdiri dari ratusan ribu juta bintang ~ bayangkan pula berapa ukuran galaksi Bima Sakti kita?
5. Kita tahu bahawa alam semesta ini terdiri dari ratusan ribu juta galaksi, bayangkan ukuran alam semesta ini dengan menggunakan kemampuan otak kita (?! ~ tak terlangkau dek fikiran)
6. Dengan demikian kita sedar bahawa alam semesta ini memiliki massa yg sedemikian besar (amat2 besar sekali)… Bahkan jika difikir-fikirkan… umpama ada tiang yang menahan alam semesta sehingga tidak jatuh berselerakan. Akan tetapi, yang pastinya memang tiada tiang yang menongkah langit dan seluruh keluasan alam semesta ini…
[Qur'an, 13:2]: "Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu."
[Qur'an, 17:44]: “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
[Qur'an, 2:255): "Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. “Kursi" Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Ya Allah.. bantulah kami untuk sentiasa mengingati dan mensyukuri segala nikmatmu...
(2:186) "When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when he calleth on Me: Let them also, with a will, Listen to My call, and believe in Me: That they may walk in the right way"
Pelihara Hatiku...
~ Ya Allah... Peliharalah hatiku agar segalanya keranaMu jua... Engkau matlamatku, dan kepadaMu tempat kembaliku nanti... ~
Usrati Jannati
-
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Bahagiakan kami sekeluarga dengan kebahagiaan dari Mu yang tidak pernah
putus...
Bantulah kami un...
12 years ago
Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab bersedekah, dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi hamba-hambaNya yang pemaaf serta mengangkat darjat orang yang bertawadhu'. (HR Muslim)