CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 7, 2010

Geram dan Marah, tapi..?



Pasti ramai yang geram dan marah dengan tindakan Zionis Yahudi yang tidak berperikemanusiaan, tapi...

masih buat-buat lupa pada 'suntikan jarum Zionis' yang dah berakar umbi dalam masyarakat ~ rokok, dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tak solat, budaya hedonisme dan dualisme etc. Maka, tindakan terbaik untuk menunjukkan penentangan dan kemarahan adalah dengan menentang sekeras-kerasnya idealism dan gaya hidup yang dibawa oleh Yahudi dan 'kuncu-kuncunya'!

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


Petikan artikel Ustaz Pahrol Mohd Juoi:

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat?"

Mari demonstrasi hari-hari..



Saturday, June 5, 2010

Mereka Saudara Kita...




Jika tidak kerana peperangan, Gaza dikatakan sebuah bandar beriklim Mediterranean yang amat cantik, setara dengan Los Angeles. Beberapa wartawan dari Belgium dan Itali pernah mendakwa, strawberi terbaik di dunia datang dari Gaza!

Gaza ditadbir oleh Hamas yang memenangi pilihanraya secara sah, namun dinafikan haknya oleh Rejim Zionis. Ini kerana Hamas sekali-kali tidak berkompromi dengan Israel dalam segala aspek, termasuk penaklukan haram Israel ke atas Baitul Maqdis and Palestin secara umumnya.

Hamas yang terdiri dari kalangan mereka yang rela mati dalam perjuangan, bersedia bila-bila masa sahaja untuk syahid. Pejuang Hamas dikatakan berjumlah lebih kurang 25,000 orang tanpa sebarang senjata canggih, namun jumlah kematian direkodkan amat sedikit kerana punya semangat juang yang amat tinggi!

Sekatan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Gaza menyebabkan saudara kita di sana kadang kala terpaksa merebus rumput kerana kekurangan makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri.



Di hospital, sebarang pembedahan atau jahitan di kulit etc terpaksa dibuat tanpa bius kerana tiada bekalan ubat yang mencukupi. Yang pasti, kanak-kanak menangis dan menjerit kesakitan apabila luka di kepala dijahit. Mereka menjadi yatim, tiada pendidikan, makanan, keselesaan hidup, bahkan segala aspek kehidupan mereka tidak sempurna berbanding rakan-rakan sebaya di negara Islam yang lain…

Kita di sini, punya segala keselesaan dan kemewahan… tak tertanggung rasanya jika kita ‘di tempat’ mereka…

Bersama kita doakan mereka selepas solat mahupun tika melaksanakan tugas-tugas harian. Doakan kekuatan iman mereka, ketabahan hati dan kemenangan mereka ke atas Yahudi (Zionis) yang tidak pernah berperikemanusian itu. Sumbangkan doa, wang ringgit, dan sedaya yang termampu untuk saudara kita.. UNTUK ISLAM (dan Baitul Maqdis) di Palestin!





Tuesday, June 1, 2010

Sungguh Melampau!


Apa lagi yang mereka mahu? Tidak pernah puas! Sudahlah tanah Palestin dijajah sesuka hati, saudara-saudara kita di Palestin dibunuh tanpa belas kasihan bertahun-tahun lamanya.. Jika ada perkataan yang lebih kejam dari ‘kejam, biadab dan melampau’, itulah dia gambaran buat rejim Zionis Laknatullah!

Gaza yang telah dikepung oleh rejim Zionis lebih dari 3 tahun ~ merangkumi kawasan darat, laut dan udara ~ telah terhalang daripada mendapat barang-barang keperluan dan keluar masuk manusia dari Semenanjung Gaza sejak 35 bulan lalu.

1.4 juta saudara kita di Palestin terpaksa hidup bersesak-sesak di dalam kawasan yang kecil. Lebih daripada separuh populasi penduduk Gaza terdiri daripada kanak-kanak dan hampir 80% daripada mereka terpaksa hidup dalam kedaifan. 90% sumber air semulajadi mereka pula tidak boleh diminum. Manakala sekolah dan khidmat kesihatan semakin buruk sejak Zionis menyerang Gaza pada 2008-2009.

Sungguh melampau dan biadab tindakan Laknatullah Israel apabila bantuan kemanusian yang dihulurkan turut dihalang. Flotilla Kebebasan yang terdiri daripada 9 buah kapal; membawa misi bantuan kemanusiaan dan penyertaan 700 aktivis dari 50 buah negara telah bertolak pada hari Ahad (30/5: 4 petang) dari tempat berhimpun menuju ke pelabuhan Gaza setelah menunggu selama 3 hari di perairan antarabangsa (di kawasan pantai Cyprus) supaya kapal-kapal yang turut serta dapat berkumpul di situ. Tiba di perairan Gaza pada pagi 31/5/2010.



Diserang dan dibunuh sebilangan aktivis yang tidak bersalah. Undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan (termasuk ketika mereka berkeras menolak pelaksanaan resolusi antarabangsa berkaitan penghapusan kepungan ke atas Gaza) langsung tidak dihormati.

Apalah cuma dengan sedikit bantuan kemanusiaan berupa ubat-ubatan dan makanan untuk saudara kita di sana… Memang sungguh melampau!!


Pautan:

http://palestinkini.info/

http://www.lifeline4gaza.org/

http://twitter.com/sahabatalaqsha



Saturday, May 29, 2010

Rahsia di Hujung Jari




"Nay, We are able to put together in perfect order the very tips of his fingers".
(Quran 75:4)

Kita sedar, tapi jarang berfikir.. Uniknya seorang 'kita' ~ ada rahsia di hujung jari setiap seorang daripada kita, dan tiada walau seorang pun yang serupa dengan kita.. Hebat betul sang Pencipta!

Sesuatu yang amat menakjubkan! ~ Cap jari adalah BERBEZA dan UNIK bagi setiap manusia yang pernah hidup di bumi ini, bermula dari Nabi Adam hinggalah bumi ini kiamat! Begitu ramainya manusia..namun tiada seorang pun yang mempunyai cap jari yang sama. Uniknya! ~ hanya dengan se’kecil’ ukuran jari sahaja dapat membezakan keunikan identiti seseorang manusia..

SUBHANALLAH…

~ Cap jari mula terbentuk ketika embryo berusia seawal 4 bulan di dalam kandungan ibu.
~ Terbentuk hasil daripada pergerakan/ lipatan yang terjadi ketika kombinasi berlaku antara epidermis dan dermis kulit.
~ Pergerakan yang membentuk lipatan tersebut berlainan dari seorang manusia dengan manusia yang lain.


Allah says in the Holy Quran : “I do swear by the Day of Resurrection. I do swear by the reproachful soul. Does man reckon We shall not gather his bones? Yes indeed; We are able to shape again the tips of his fingers.” (75: 1-4)

{لا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ * وَلا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ * أَيَحْسَبُ الإِنسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ * بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ} القيامة 1-4

• Physicians conducted wide anatomical studies on a large number of people of different nationalities and ages, and they were confronted with the scientific fact to which they bowed their heads, and in submission they testified that no one is ever able to make similar all finger prints scattering all over the universe not even among two persons.

• Here it is noticed that the verse speaks also of the recreation of all finger tips, and not only one. The word fingertips refer to all hand fingers. So shaping them again after being scattered all over the universe on Resurrection Day is a sign of Allah’s almighty power. This is but one side of Allah’s ability to resurrect people on Doomsday with their identifiable parts after annihilation.

• Therefore, it is not surprising that fingertips are one of Allah’s signs that contain the secret of His creation, and certify to the entity of the person without any confusion, thus becoming the most genuine testimony in this world and the Hereafter. The finger print is also a demonstration of Allah’s greatness of shaping such lines on a very small space no more than few square centimeters.

Is it not a wonderful scientific miracle in which the power of Allah the Almighty is evident ? Praise be to Allah the Almighty Who says; “Soon will We show them our signs in the furthest horizons, and in their own souls, until it becomes manifest to them that this is the Truth” (41: 53)

(Article by: Dr Sharif Kaf Al-Ghazal)




Monday, May 24, 2010

'Mana satu yang kita punya?'


‘Mana satu kepunyaan kita?’

Jika difikir-fikirkan… soalan nie dah cukup buat kita insafi diri..

Apa yang dah jadi ‘kepunyaan’ kita sekarang?

Diri kita, milik Allah.. Setiap detik bernafas, berkedip, berfikir, bergerak, bercakap dan infiniti koordinasi dalaman tubuh badan kita, Allah yang aturkannya untuk kita.. Sistem yang cukup kompleks dan sistematik. Cukup walaupun satu mutasi genetik berlaku, hilang keupayaan normal sebagai manusia yang sihat.

Keluarga, adik beradik, suami/ isteri, anak pinak, saudara mara, sahabat handai, semua milik Allah.. Bahagianya kita bersama mereka..

Kesihatan kita, Allah yang pinjamkan. Sekarang mungkin kita sihat, tapi masa depan kita tak tahu.. Doakan selalu agar Allah masih dan terus bagi pinjam sampai akhir hayat..

Kerjaya yang hebat? Allah juga pinjamkan. Senang je Allah nak tarik balik. Ilmu time belajar dulu-dulu pun, Allah yang mudahkan segalanya.. Jika diuji dengan kesakitan ~ contohnya lumpuh selepas kemalangan, hilang segala kehebatan kerjaya itu..

Pangkat di dunia? Apa yang ada pada pangkat, ya? Paling lama dihormati selama di dunia pun, setakat ‘pendeknya’ umur kita sahaja.. Akhirat sana adakah turut ‘dihormati?’ Ya..jika menjadi penghuni Firdaus yang kekal abadi.


Tapi bukan mudah untuk ke syurga!! Kita bukanlah para Nabi dan Syuhada’ yang bermati-matian berjuang untuk Islam. Lantas, apa yang dah kita perjuangkan untuk Islam, ye? Lebih teruk lagi jika kita le agen ‘perosak’ Islam! ‘Musuh dalam selimut’ yang mengikut kebanyakan jejak yahudi dan Nasrani!!
m..apa lagi yang kita ‘punyai’ di sini? Kereta & rumah yang besar + mewah? Rezeki yang Allah bagi semuanya.. Nak hilang kejap aje, kebakaran/ dicuri, lenyap sekelip mata.

Wang simpanan yang berlambak-lambak dalam bank? Juga pinjaman sementara di dunia. Mati tak bawa pun semua tu, bahkan jadi faraid untuk keluarga yang ‘ditinggalkan’ di sini.
Bertanya pada diri… Mana satu yang kita punya sebenarnya? None!! Memang fakir rupanya kita… bukan miskan, bahkan ‘fakir’. Kalau ada word yang lebih fakir dari ‘fakir’, ha.. itu la status kita sebenarnya.

Tapi kenapa yea… kenapa perlu riak, ujub/ takabbur? Ya Allah.. hamba-Mu ini mohon dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian. Manusia mudah lupa… terutamanya ‘Melayu yang mudah lupa’;) Dah la fakir, semua yang ‘diberi pinjam’ pun jarang sangat disyukuri..bahkan selalu mengimpikan sesuatu yang lebih dari itu..

Bermula dari pinjaman sedikit ‘kelebihan’ itu, layanan pada manusia lain pun ‘berbeza’ mengikut pangkat, harta, etc kelebihan2 tersebut. Kenapa ye, manusia menilai berdasarkan penilaian ilusi dunia? Walhal jika disoal, mana satu yang kita punyai, jawapannya TIADA! Semua MILIK ALLAH yang DIBERI PINJAM SEMENTARA aje pada kita..

Ya Allah…hamba mohon untuk terus bersyukur pada-Mu atas pinjaman-pinjaman ini.. Terus taat membuat kebajikan dan menghindarkan diri dari segala kesalahan pada pandangan-Mu.. Hamba-hambaMu ini mohon diberi petunjuk, kekuatan dan keyakinan.. agar apa yang salah pada pandanganMu tetap salah! Dan apa yang Engkau redhai itu..diberi petunjuk dan kekuatan untuk melaksanakannya..

Kerana kami hanya seorang ‘fakir’ yang sentiasa sujud dan berdiri memohon segala-galanya dari sisi-Mu.. Maka bantuilah ‘fakir-fakir’ ini, Ya Allah Yang Maha Kaya… agar kami sentiasa mengingati akan hakikat ‘kefakiran’ diri ini…

~…Maka sedarlah wahai diri yang ‘fakir’…~



"Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?" (Surah ArRahman)
"Fair in the eyes of men is the love of things they covet: Women and sons; Heaped-up hoards of gold and silver; horses branded (forblood and excellence); and (wealth of) cattle and well-tilled land. Suchare the possessions of this world's life; but in nearness to Allah is thebest of the goals (To return to)" (Surah Ali 'Imran: 14)

"What is the life of this world but play and amusement?
But best is the home in the hereafter, for those who are righteous.
Will you not then understand?"
(Surah al-An'am: 32)


Tuesday, April 27, 2010

Ini 'Kisah Silam' Kita...


Ini ‘kisah silam’ kita.. Sekadar perkongsian ilmiah untuk kita lebih mengenali diri kita suatu ketika dahulu.. Agar kita lebih mengenali betapa hebat dan agungnya Tuhan yang Maha Mencipta. Bermula dari setitis mani yang hina dan kotor.. ditumpangkan pula di dalam rahim ibu yang gelap.. membesar dengan nutrien dari si ibu, berubah dari cantuman sperm dan ovum lalu membentuk sel-sel, tisu dan organ yang lengkap sebagai fetus.. dan akhirnya lahir pula tanpa seurat benang di badan..

Sudah la lemah sebegitu rupa, permulaan hidup di dunia juga tidak punya apa-apa.. lantas diberi pinjam pelbagai nikmat berupa keluarga, kesihatan, sedikit ilmu dan harta.. maka membesarlah insan ini dengan semua ‘barang pinjaman’. Akan tetapi, semakin banyak ‘barang pinjam’ yang diperolehinya, semakin sombong, riak dan takabbur pula insan tersebut. Makin culas untuk beribadat, makin tidak taat pada Pemberi semua ‘nikmat’ tersebut.. Sungguh menghairankan!!


“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur lalu kami mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat”. Surah Al-Insan : Ayat 2

[Rujukan lanjut: Surah Al-Mu'minun (ayat 12, 13 & 14), Surah Al-Mursalaat (ayat 20-23), Surah Ali-'Imran (ayat 6), Surah Yaasin (ayat 77), Surah As-Sajadah (ayat 7-9), Surah Al-Hajj (ayat 5)].

Kisah bermula apabila hanya satu sel telur (ovum) yang keluar dari ovari (lebih kurang selepas dua minggu dari hari pertama period) melalui tube fallopian, menanti untuk disenyawakan. Terdapat cuma satu sel sperma dari 40-150 juta sperm yang berenang akan berjaya menembusi sel telur tersebut. Jangka hayat sperm hanya mampu hidup dalam masa 48-72 jam. Bukan mudah, hanya tinggal beberapa ratus sperm yang berjaya merintangi halangan sepanjang perjalanan ke tube fallopian. Subhanallah... kita memang juara sedari awal penciptaan kita…

Persenyawaan berlaku di mana sperm menembusi ovum di tube fallopian. Proses persenyawaan mengambil masa selama 24 jam. Selepas itu, perubahan berlaku pada permukaan sel yang telah disenyawakan untuk mengelakkan sperm lain dari menembusi ovum tersebut. Gabungan genetik telah sempurna pada saat persenyawaan berlaku, termasuk penentuan jantina fetus tersebut.

Satu-satunya sel yang telah disenyawakan tadi mula membahagi dan berkembang menjadi semakin banyak sel. Sel tersebut meninggalkan tube fallopian dan mula memasuki uterus antara hari ketiga dan keempat selepas persenyawaan. Penempelan berlaku di dinding uterus (endometrium). Sel tersebut (inilah permulaan kita) terus membahagi dan berkembang.

Selepas penempelan,sesetengah sel berkembang menjadi placenta manakala yang lain berkembang menjadi embryo. Jantung mula berdenyut pada minggu kelima. Otak, saraf tunjang, jantung dan organ-organ lain mula terbentuk. Selepas 8 minggu, embryo tadi dikenali sebagai fetus dan berukuran lebih kurang setengah inci. Antara lain perkembangan fetus (kita pernah menjadi fetus suatu ketika dahulu=):


4 minggu: Stuktur muka dan leher mula terbentuk. Pembentukan jantung , saluran darah, paru-paru, perut, dan hati mula terbentuk dan terus berkembang.


8 minggu: Saiz fetus (saiz kita suatu ketika dahulu) hanyalah seperti saiz sebiji anggur. Kening dan telinga mula terbentuk, malah puncak hidung mula kelihatan. Kaki dan tangan pula telah terbina sepenuhnya, manakala jari kaki dan tangan semakin memanjang.

12 minggu: Fetus (kita suatu ketika dahulu) hanyalah berukuran dua inci setengah dan mula membuat pergerakan sendiri. Doktor akan dapat mengesan degupan jantung fetus (kita) pada saat ini. Pembentukan organ jantinanya juga semakin jelas.


16 minggu: Fetus (kita pada usia 16 minggu) berukuran 4.3 – 4.6 inci dan mempunyai berat dalam 2.8 ounce. Mata fetus (kita) mula berkedip pada usia ini. Pembentukan jantung dan salur darah telah sempurna sepenuhnya. Cap jari pada jari tangan dan kaki mula terbentuk.

20 minggu: Mempunyai berat 9 ounce dengan panjang 6 inci, fetus (kita) pada usia ini mula menghisap jari, menguap, menggeliat dan membuat pelbagai expresi muka. Subhanallah… dalam perut mama pun dah pandai menggeliat dah rupanya kite =) Maha Suci Allah! ~Ultrasound dilakukan pada usia kandungan 20 minggu di mana denyutan jantung dan pergerakan badan, tangan dan kaki fetus (kita) dapat dilihat. Jantina bayi (kita) juga ditentukan pada minggu ke-20 ini.

24 minggu: Dengan berat 1.4 pound, fetus (kita) mula memberi respon kepada bunyi-bunyian melalui pergerakan atau denyutan. Dengan perkembangan telinganya yang lengkap terbentuk, fetus (kita) mampu memberi ransangan kepada suara.

28 minggu: Fetus (kita) mempunyai berat 2 pound dan 6 ounce, menukar posisi yang lebih kerap pada permulaan minggu ke-28 ini. Mempunyai peluang yang tinggi untuk hidup sekiranya lahir pra-matang pada tempoh ini.
32 minggu: Semakin kerap ‘bergerak’, fetus (kita) pada usia ini mempunyai berat lebih kurang 4 pound. Kedut pada kulit bayi (kita) mula berkurangan kerana lapisan lemak di bawah kulit mula terbentuk. Pertambahan berat semakin meningkat bermula dari minggu ke-32 ini sehingga waktu kelahiran.

36 minggu: Saiz tumbesaran bayi (kita) berbeza bergantung kepada pelbagai faktor (seperti jantina, kembar/ tidak, saiz ibubapa, etc). puratanya, bayi berukuran 12.5 inci dengan berat 5.5 pound. Otak telah berkembang dengan pantasnya dengan pembentukan paru-paru yang hampir lengkap. Kepala sudah berada di posisi bawah pelvis pada saat ini. Bayi (itulah kita yang tak sabar-sabar nak lahir=) sudah dikira ‘bersedia’ pada penghujung usia 37 minggu.

Kelahiran biasanya pada usia 40 minggu kandungan. Kiraan tarikh kelahiran ditentukan bermula dari hari pertama period yang terakhir bagi ibu tersebut. Berdasarkan kiraan ini, kelahiran biasanya berlaku antara 38-42 minggu, dengan tempoh purata selama 40 minggu.

Maka lahirlah ‘seorang kita’…selepas menumpang selama 40 minggu di alam rahim ibu. Menumpang pula di alam dunia selama beberapa tahun, kemudian pasti berhijrah ke alam kubur sebelum dihisab dan ditentukan sama ada di alam syurga atau neraka kah kita…

Ini ‘kisah silam’ kita di alam rahim dahulu,. bagaimana pula kisah kita di alam dunia sekarang? Jalan mana yang ‘dipilih’ sekarang akan menentukan ‘destinasi terakhir’ yang bakal kita kecapi kelak…

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat
Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan?"
- Surah Ar-Rahman


Friday, April 2, 2010

Sukarnya Menempuh Jalan

"Ya Allah... berikanku kekuatan istiqamah..

Ya Rahman... kuatkan imanku kala kebanyakan manusia terumbang-ambing dengan ujian duniawi-Mu ini..

Ya Rahim... kupohon untuk menjadi hamba-MU yang Engkau 'Sayangi'..."

Sukarnya menempuh jalan..
Andai tanpa petunjuk dan kekuatan dari-Mu jua..
Ya Rabbi... sungguh, aku ingin menjadi 'golongan yang sedikit' itu...
Ameen.. ya Zal Jalaali wal Ikram..
La Haula wala Quwwata illa Billah..