CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 11, 2011

Hati yang Bersih


Kadang-kadang hati bermonolog sendiri, berbicara itu dan ini tanpa menapis apa yang terbaik untuk iman. Untuk membiasakan hati dengan zikir,perlu kepada latihan berterusan. Allahu akbar..jika Allah sentiasa ingatkan kita, siapa kita untuk melupakanNya? Diberi nikmat berterusan tanpa henti, sepatutnya kalimah 'Alhamdulillah' juga dilafazkan tanpa henti, seiring infiniti nikmat yang mengalir dalam seluruh ruang kehidupan ini..

Zikir yang paling utama. Keduanya perlu sentiasa berbaik sangka, dengan Allah juga sesama manusia. Bermula dengan kebaikan akan memantulkan kembali kebaikan tersebut buat diri. Jika terdetik unsur-unsur negatif, tukarkannya menjadi positif. Latih minda dan hati.. kerana sesuatu kebaikan yang sukar itulah punya 'nilai KPI' yang tinggi di sisi Allah.

Ketiganya 'supplement kesihatan' untuk hati. Perlu digilap dengan ilmu dan iman agar kebaikan sentiasa bersemi. Apa yang dibaca, didengari dan ditonton, semuanya mempengaruhi hati dan diri. Yang paling bijaksana, cuba untuk istiqamah dengan masa dan sesuatu amalan tersebut.

Jom latih diri untuk punyai hati yang bersih.. Allahu Rabbana.. Kami mohon kekuatan dan bantuan dariMu..