CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 19, 2010

Pada Merahnya Darah..


Pada merahnya setitis darah…

Tersingkap seribu satu rahsia

Keajaibannya mempesona iman

Terkaku tika memikirkan

Betapa hebatnya Rabbi.. ‘Pemilik dan Pencipta’

Walau cuma setitis darah

Namun tanpanya, tiadalah ‘kehidupan’…


Fakta tentang DARAH:

· 7-8% dari berat badan manusia terdiri daripada darah.

· Darah berfungsi mengangkut oksigen dan nutrient kepada sel dan menyingkirkan karbon dioksida, ammonia dan bahan buangan yang lain.

· Juga berfungsi dalam sistem pertahan badan (immune system) dan menstabilkan suhu badan.

· Terdiri dari 4 komponen utama: sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma.


1. Sel darah merah (red blood cell/ erythrocyte):


· 40-50% dari jumlah keseluruhan darah.

· Diameter : 0.0003 inci/ 6-8 µm/ ketebalan: 2 µm.

· 95% dari RBC terdiri dari molekul hemoglobin.

· 1 RBC mempunyai 270,000,000 molekul hemoglobin.

· Terdapat 25 trillion erythorcyte di dalam badan manusia

· Setiap mikroliter darah mengandungi 4-5 juta RBC.

· Setiap saat hampir 2.5 juta erythrocyte dihasilkan.

· 900 juta erythrocyte dihasilkan setiap jam.

· Setiap titis darah mengandungi 250 juta erythrocyte.

· Jangka hayat sel darah merah adalah 120 hari.

· 10 juta sel darah merah mati setiap saat dan 200 bilion sel baru dihasilkan setiap 4 bulan.


2. Sel darah putih (White blood cell/ leukocyte)

· Dalam setitik darah terdapat 400,000 ‘tentera kecil’ yang dikenali sebagai leucocyte.

· Berfungsi sebagai sistem pertahanan badan yang terdiri dari antibody, etc.

· 1 inci padu mengandungi antara 7–10 juta leucocyte.

· 4,000–11,000 sel darah putih dalam setiap mikroliter darah.

· 4×109 and 1.1×1010 sel darah putih dalam 1 liter darah (1% darah).

· Terdiri daripada Granulocyte (neutrophil, basophil, eosinophil) dan Agranulocyte (lymphocyte [B cell, T cell, NK cell], monocyte, macrophage).

· Tempoh hayat antara 18-36 jam, sesetengahnya mampu bertahan beberapa tahun.



3. Platelet/ thrombocyte

· 150,000–400,000 platelet dalam setiap mikroliter darah (150–450 x 109/L)

· Diameter: 2-3 µm

· Tempoh hayat antara 8-12 hari

· 1 x 1011 platelet baru dihasilkan setiap hari

· Penting dalam proses pembekuan darah


4.. Plasma

· Cecair jernih (92% air)

· 55% kandungan darah terdiri daripada plasma.

· Mengandungi factor pembekuan darah, gula, lipid, vitamin, mineral, hormon, enzim, antibodi dan protein.



Subhanallah..

Bagi hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir dan bertafakur,

Setitis darah yang pada zahirnya sekadar cairan merah

Punya ‘keajaiban’ untuk dikagumi..




0 comments: